Iklan Raya TV3 Terlampau Ditarik Balik!

Dulu kan, tiap-tiap tahun ana suka tengok iklan raya kat TV3. Tak kira lah iklan dari Petronas atau TV3 sendiri. Terutama iklan raya Petronas. Tapi, semenjak Yasmin Ahmad meninggal dunia.. iklan raya atau iklan merdeka dah macam hilang semangat. Tak best langsung.

Entee ada tengok iklan raya yang style zaman P-Ramlee *black & white*.. kisah suami isteri gaduh sebab isteri nak balik kampung dia. Pastu suami settle dengan bawak both parents punya RUMAH naik lori datang rumah dia. Iklan apa la macam ni. Langsung tak ada logik.

Ada ye parents yang sanggup tinggalkan kampung dan angkut rumah naik lori pergi beraya rumah anak? Dunia dah terbalik la ni. Kita raya balik kampung sebab nak berkumpul satu famili di rumah ibu bapa. Ni ibu bapa tinggalkan tradisi tu datang beraya rumah anak. Hmmmm…

Pastu iklan raya TV3 yang terlampau tu telah ditarik balik. Entee ada sempat tengok? Tak sempat tengok je kat YouTube ni… KLIK SINI UNTUK TENGOK IKLAN RAYA TV3 DITARIK BALIK *PST..DAH TAKDE DAH KAT YOUTUBE.. TENGOK GAMBAR JE LA YE*

Sebab apa iklan raya TV3 ditarik balik. Sebab bloggers dan penguna Facebook bersatu menyuarakan rasa tak puas hati. Iklan raya TV3 tu kononnya nak letak mesej 1Malaysia tapi yang jadi mesej 1Agama yang mengabungkan icon agama-agama lain dalam iklan agama Islam!

KLIK SINI UNTUK SERTAI PROTES TV3 ATAS IKLAN RAYA TERLAMPAU DI FACEBOOK

Memang TV3 dah tarik balik iklan raya tu. Tapi kalau sekadar pengumuman pembaca berita semasa Buletin Utama adalah tidak mencukupi. Patut diadakan satu sidang media khas untuk ini.

UPDATE TERKINI – 2.50PM 6TH sEPT 2010

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.”Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.”Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,” katanya

Bagi yang tidak nampak apa yang mesej iklan raya TV3 tu cuba paparkan maybe apa yang Suara Satu Hikayat ni jelaskan dapat membuka mata.

NOTA: ANA COPY PASTE DARI EMAIL YANG DITERIMA. TERPULANG UNTUK ENTEE MENILAI. TIDAK ADA PAKSAAN UNTUK MENERIMA PENDAPAT ITU BULAT-BULAT.

Saya yakin, ramai di antara kita yang telah pun menonton iklan ini. Iklan Sinari Lebaran yang ditayangkan di TV3 mengundang pelbagai spekulasi dari banyak pihak. Berlatarbelakangkan hari raya Aidlifitri, tetapi terdapat beberapa unsur iluminati di situ.

Kalau tak pernah tonton lagi, sila klik video di atas. Dan di bawah ini, hasil pencarian lanjut saya tentang makna tersirat iklan tersebut, saya lampirkan jawapan kepada makna tersirat yang mengundang spekulasi itu.

Sila nilai dengan mata hati anda..

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.

Iklan Raya TV3

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.

  1. Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
  2. Buku – Bible *ana: kenapa baca buku dikaitkan dgn bible pulak eh?*
  3. Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
  4. malam Yang Gelap – Islam yang mundur
  5. Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
  6. Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
  7. Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Iklan Raya TV3

Iklan Raya TV3

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

  1. Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
  2. Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
  3. beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
  4. North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
  5. Pokok Krismas – Simbol Paganism

Iklan Raya TV3

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

  1. Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
  2. Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
  3. Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

  1. Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

  1. Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
  2. Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
  3. Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

  1. Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

  1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Iklan Raya TV3

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Iklan Raya TV3

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Iklan Raya TV3

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Iklan Raya TV3

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan?
Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam.

Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran:
“Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang hal ini. Tidak salah rasanya jika saya kongsikan perkara ini untuk menjadi pengajaran dan rujukan kita di masa hadapan. Akhir kata, salam Ramadhan buat semua dan semoga kita menikmati detik2 terakhir ramadhan yang mulia ini dengan amal ibadah yang diberkati. Amin..

Credit to: Suara Satu Hikayat

Ana: mungkin ada antara entee tak setuju dengan pendapat di atas. Mungkin juga ada yang setuju 1000%. Terpulang pada entee la ye.
Bagi ana, iklan raya TV3 tu memang langsung tak sesuai untuk memaparkan mesej hari raya yang disambut oleh umat Islam. Ada unsur fantasi terlampau yang menyelitkan icon-icon agama lain di situ.
Tentang ulasan di atas petikan dari Suara Satu Hikayat (tak tau siapa dia ni).. Bagi ana, jika kita melihat sekali imbas iklan tersebut memang tak nampak apa pun maksud simbol-simbol tu. Mungkin yang mempunyai minda yang tajam je boleh nampak kot. Apa pun, iklan raya TV3 tu memang terpesong jauh dari mesej Sinari Satu Lebaran tu.

30 Comments

  • first time tengok iklan ni dh rase pelik. nape cam chrismas plak..mak ana pun ckp ape punye iklan nih..misleading..
    harap ditarik balik iklan nih.

  • first time tengok iklan ni dh rase pelik. nape cam chrismas plak..mak ana pun ckp ape punye iklan nih..misleading..
    harap ditarik balik iklan nih.

  • Iklan tu mmg tak sesuai dan menyimpang betul dari konsep hari raya kita. tapi yang review iklan tuh .. nampak sangat sempit pemikirannya…

  • Iklan tu mmg tak sesuai dan menyimpang betul dari konsep hari raya kita. tapi yang review iklan tuh .. nampak sangat sempit pemikirannya…

  • saya boleh menerima sebahagian besar penjelasan di sini, terutama scene 2 tentang jawi terbalik. akan tetapi, penjelasan scene 1 seperti terlampau dibuat2. apa sahaja tafsiran boleh dibuat tentang rumah di malam hari tu.

    2. Bible? Kenapa buku tu mesti didakwa Bible? Apa semua buku yang dibaca di dalam gelap/rumah daif mesti ialah Bible? Apa rasional kajian anda?

    4. Malam gelap = Islam mundur? Maaf seperti juga penjelasan 2, saya tidak faham ape kene mengene malam hari itu dengan Islam. Langsung tiada simbolik Islam di situ.

    5. Pencerahan = Lucifer? Hah? Langsung tak kena

    6. Lagi sekali kenapa kene gambarkan burung ialah simbolik Islam? Sorry you’ve gone too far.

    7. erm saya jugak boleh kata tingkap tu terbuka kerana nak memudahkan proses rakaman.. kalau tutup langsung imej ‘illuminati’ tu tak nmpak kahkahkah

    p/s: saya tau saudara/saudari bukan pemilik asal artikel ni cuma saya tak dapat cari pemilik asalnya.. jadi komen kat sini je harap maklum.

  • ai tak suka iklan nih
    hatta kalau bukan sbb musabab agama sekali pun apa kes???apasal raya naik beca terbang
    ai nak lemang terbang ketupat layang rendang banjir..hujan serunding wahahahahahahaaaaaa

    saya org kampung otak kampung ja laaa

  • kot ye pun nak 1 Malaysia, serius cakap, iklan tu sgt pening. dah tak tentu hala apa yang dia nak sambut sebenarnya.

  • kot ye pun nak 1 Malaysia, serius cakap, iklan tu sgt pening. dah tak tentu hala apa yang dia nak sambut sebenarnya.

  • Ana rasalah kan, Malaysia ni kurang penghasil karya yang melandaskan karya2nya dengan ilmu Islam. Itu sebab terhasil perkara2 begini. Perkara yang tak disangka2. Adapun kejadian begini, sebenarnya memang telah ditanamkan yang ‘bintang 6 bucu’ itu mudah dilukis mcm dalam iklan Wardina “bentuk apa ni- segitiga” ingat?? Itu perkara yang terang-terangan, belum lagi perkara simbolik yang dinafikan oleh “aku” di atas..

    Wallahua’lam…sesungguhnya hedonisme telah berjaya merasuk jiwa kita 😐

  • kalo iklan begini telah menimbulkan byk taksiran semua pihak yang semuanya jelas menunjukkan terdapat unsur penghinaan terhadap islam.. mmg patut pun dikecam. takkanlah takde penilai yang beragama islam dlm tv3 tuh.. datuk farid selaku org yg penting kat situ pun boleh pikir sendirila. memangla tema tu boleh dibuat mcm tu mcm ni..tp setiap apa yg nak dipaparkan kepada umum kena la teliti terhadap sensitivi kaum dan agama.. inikan malaysia..masyarakat majmuk berbilang kaum, bangsa dan agama.. sendiri pikir la.. pakai otak 😡

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *