Iklan Raya Bernas | Fenomena Fizi & Ahmad – Satu Malaysia Menangis!

Iklan raya Bernas. Menyentuh perasaan seorang manusia. Mampu membuatkan satu Malaysia menangis!

Hmm. Ada juga hati besi yang tak tersentuh. Sebab dia bukan manusia. Robot Megatron agaknya. Heh heh.

Pertama kali tengok iklan raya Bernas dalam dua minggu lepas. Dalam YouTube. Tersedu-sedu menangis. Hati luluh. Bagaikan berada dalam diri mereka. Terbayang nasib anak-anak kecil yang tiada ibu. Pasti pedih dan sedih.

Iklan Raya Bernas

Apa akan jadi kalau anak kita kehilangan kita? Terus tanam tekad dalam hati. Syukuri nikmat yang ada. Sebagai ibu. Jaga kesihatan dan keselamatan diri. Limpahkan kasih sayang selagi daya.

Iklan Raya Bernas

Peluk. Cium. Marah. Peluk. Cium. Marah. Peluk. Cium.

Sesekali marah tak apa. Tapi peluk dan cium mesti lebih dan lebih dan lebih lagi.

Teringat sekeping gambar ini. Anak yatim Iraq. Terlalu rindukan pelukan seorang ibu. Hingga terpaksa melukis gambar ibu di lantai. Supaya dapat tidur dalam pelukannya.

yatim

Ada peluk anak kita hari ini? Senyum. Heh heh.

Iklan raya Bernas. Mengisahkan 2 orang anak yatim yang kurang upaya. Fizi buta. Ahmad pekak dan sukar bertutur. Ahmad dan Fizi saling melengkapi.

Iklan Raya Bernas

Ahmad jadi mata Fizi. Fizi jadi mulut dan telinga Ahmad. Alhamdulillah.

Rakan-rakan anak yatim lain semua balik ke rumah saudara mara untuk beraya. Mereka tiada siapa-siapa. Tinggal berdua di malam raya. Kesedihan. Kerinduan.

Iklan Raya Bernas

Ahmad hilang ibu sejak masih bayi. Hanya gambar ibu merangkul dia semasa bayi sebagai kenangan.

Iklan Raya Bernas

Terus Fizi & Ahmad nak balik Segamat. Jumpa ibu Ahmad di kuburan.

Iklan Raya Bernas

Tapi tiket bas dan keretapi habis. Terpaksa curi tumpang lori. Nasib baik pakcik lori baik hati. Sampai juga mereka ke Segamat untuk ziarah kubur ibu Ahmad di pagi raya.

Iklan Raya Bernas

Lakonan Fizi & Ahmad bersahaja. Tampak nyata. Terkesan.

Saya cepat menangis bila Ahmad bercakap dengan gambar ibunya. Tentang kerinduan sang anak pada sang ibu.

Iklan Raya Bernas

Menangis lagi bila melihat seorang ibu memeluk erat anak di dalam bas. Mereka tiada peluang sebegitu.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Iklan Raya Bernas

Menangis lagi bila melihat Fizi & Ahmad tidur keletihan dalam lori. Sayu. Sungguh sayu.

Iklan Raya Bernas

Menangis lagi bila di kuburan.Ahmad memegang erat gambar arwah ibunya.

Iklan Raya Bernas

Menangis lagi bila Ahmad memandang ke atas. Seolah memandang wajah ibu semasa masih bayi. Hanya itu kenangan yang ada. Sedihnya!

Iklan Raya Bernas

Dalam sedih saya gembira juga. Sebab kisah Fizi & Ahmad sebagai anak yatim hanya lakonan semata-mata.

Iklan Raya Bernas

Fizi & Ahmad memang anak istimewa dalam dunia nyata. Namun mereka masih punya ibu penyayang. Alhamdulillah.

Iklan Raya Bernas

Ahmad bermasalah pendengaran sejak kecil. Jadi sukar bercakap. Hanya ibu yang memahami dia. Masa di konti HotFM ibu jadi penterjemah. Hebatnya kasih ibu Ahmad.

Iklan Raya Bernas

Sekarang Ahmad belajar di Pusat Pertuturan Kiu. Bersama kanak-kanak senasib. Juga sudah ada girlfriend yang comel!

Iklan Raya Bernas

Fizi bermasalah penglihatan. Seorang yang ceria. Sangat peramah. Senyum sentiasa terukir dibibir. Sangat manis. Sangat ikhlas. Punya mama yang sangat menyayanginya..

Iklan Raya Bernas

Iklan raya Bernas dilakonkan oleh Fizi & Ahmad di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor. Sumbanglah apa yang boleh. Mereka perlukannya.

Iklan raya Bernas lakonan Fizi & Ahmad. Mencetuskan fenomena. Brader yang brutal pun tangkap leleh. Heh heh.

Iklan Raya Bernas

Iklan Raya Bernas

Harapnya. Ada yang sudi biayai kos memulihkan penglihatan Fizi dan pendengaran Ahmad.

Iklan Raya Bernas

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *