Huggies Redemption Program – Play Tents

Huggies? Ye benar.. ana mahu bercerita tentang Huggies Redemption Program ni.

Huggies ni lampin pakai buang ya entee semua *mana tau ada yang tak tau…he..he*

Sebelum tu ana story pasal jenis diaper yang Izzah pakai sejak kecik sampai sekarang.

Izzah ni memang pakai cloth diaper tapi tak fully pun. Masa newborn sampai 3 bulan.. dia pakai disposables cap Drypers. Selang seli pakai dengan cloth diaper.

Cloth diaper pakai cuma malam, weekend dan cuti je. Siang kalau kat nursery pakai dispos je. Sebab ana malas nak train orang kat nursery tu cara guna cloth diaper. Buang karan je train sebab penjaga nursery masa tu tiap-tiap bulan bertukar.. tak kuasa ana..he..he

Lepas tu tukar pakai Huggies pulak. Huggies ni best sikit la dari Drypers sebab dia ada redemption program. Dekat polybag tu ada points. Kalau kumpul banyak-banyak boleh tukar dengan barang macam playgym dan play tents.

Tahun lepas Huggies ada buat redemption untuk playgym dan play tent. Masa tu points memang dah banyak. Ada 200 points lebih la tak silap *lama tu kumpul..he..he*.

So, hubby pergi la dekat ofis Huggies di Kelana Jaya tu.. tapi malangnya play tent dah habis. Ada playgym je tinggal. Walaupun Izzah dah besar tak main playgym tapi hubby belasah je redeem.

Jadik dah tinggal sikit la pointnya..hu..hu

Points lama ana simpan sebab Huggies kata akan buat lagi redemption besar-besaran untuk play tents. Tapi Huggies point cuma ada 180 je la sekarang ni.

Huggies Playtime Is Back!

Sejak bulan 6 2010.. sesiapa yang ada Huggies point boleh redeem 3 jenis play tents. 100 points setiap satu.

huggies redemption play tent

Huggies play tent elephant tu paling besar dan ada siap tunnel sekali tapi ana rasa ianya sangat hodoh..he..he

Huggies play tent car tu pulak kecik sikit dimension dia tapi ana rasa yang ni lebih sesuai untuk boy la ye.

Huggies play tent house ni perfect! Sangat kiut.. siap ada tingkap lagi tu. Tapi tunnel kena claim guna 75 points lain la ye (dapat 2 tunnels).

Ana agak busy sampai lupa pasal nak redeem Huggies play tent ni. Sampai la malam tadi nampak Izzah selongkar laci dan main dengan keratan points dari polybag Huggies tu!

huggies redemption 1

Nasib baik masa redeem masih panjang. Cepat-cepat print form dia. Huggies point 180 cuma cukup untuk redeem play tent house dan 2 tunnels. Kira okey lah tu.

So, sekarang kena la tunggu berbulan-bulan dulu baru Huggies nak hantar barang yang ana redeem. Barang free memang lambat dapat kan.. sabar..sabar.

60 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *