Bismillah. Cikros di sini.
Aku dulu banyak guna lampin pakai buang jenama Huggies untuk Izzah. So banyak sangat kupon Huggies yang aku dapat kumpul.
Masa Izzah berumur 2 tahun (2010), Huggies Club Malaysia ada offer untuk redeem @ tebus PLAY TENT yang comel ni.

Ada 3 pilihan Huggies Play Tent iaitu bentuk rumah, kereta dan kepala gajah. Aku tebus Huggies Play Tent bentuk rumah tu dan 2 terowong.

Kira puas hati sangat lah dapat Huggies Play Tent ni free hasil mengumpul Huggies Point since Izzah baby. Haha!
Aku suka sangat Huggies Play Tent ni sebab saiz yang boleh kata besar jugak lah. Boleh muat 3 orang budak dalam tu. Even orang dewasa nak masuk main sekali pun boleh. Hehe!

Masa dapat Huggies Play Tent tu Izzah bukan main seronok. Siap tidur siang pun dalam Huggies Play Tent.

Anak beranak sama-sama main duduk dalam khemah Huggies bentuk rumah tu. Aku pulak yang over.

Omak kan dulu tak merasa main play tent comel macam ini.
Aku dulu ada juga main berkhemah dalam rumah. Tapi guna selimut sangkut kat kerusi. Time tu pun dah rasa best sangat. Wahaha!
Bila Izzah dah boring main Huggies Play Tent tu, aku pun simpan dalam stor.
Time Irfan 2 tahun aku keluarkan balik bagi anak-anak main. Seronok bukan main lah anak-anak aku.
Then bila mereka dah tak nak main Huggies Play Tent aku pun simpan semula dalam stor.

Hari tu suami aku keluarkan semula Huggies Play Tent ni. Ada lagi rupanya. Aku ingat dah kena buang. Haha!

Aku tengok Huggies Play Tent ni masih dalam keadaan sangat baik. Material yang digunakan sangat high quality. Sebab tak ada koyak langsung.

Anak-anak aku, Izzah, Irfan dan Irdina apa lagi memang sangat seronok lah main Huggies Play Tent ni. Berjemaah duduk dalam rumah play tent.

Irfan tu siap boleh terlelap dalam Huggies Play Tent. Nasib baik bumbung Huggies Play Tent boleh bukak so angin kipas boleh lah masuk.
Kalau tak kepanasan anak aku tidur siang dalam tu. Hehe!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Aku ingat nanti bila anak-anak dah besar dan jika Huggies Play Tent tu masih lagi dalam keadaan elok, aku nak jual lah. Huggies Play Tent ni dah jadi barang antik tau. Sudah 8 tahun usianya!
Sekarang ni rasanya dah tak ada Huggies Redemption Program yang offer tebus play tent macam ni. Aku tak ambil tau dah. Masa anak first je excited. Wahaha!