Hotel Terbaik Kuantan | Review The Zenith Hotel Kuantan Pahang – Hotel 5 Bintang Kuantan Paling Best!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Masa 14/1 hari tu — aku dan famili pergi Kuantan. Aku ada majlis makan malam Platinum Star Award Dinner anjuran Dato Desmond Kong Forever Living Products.

Dinner tu aku sorang je yang dapat tiket. Laling dan anak-anak kena tinggal dalam bilik hotel.

Mereka berjimba-jimba dalam Family Suite sementara aku pergi melahap Chinese Food kat Cashmere Ballroom Hotel Zenith Kuantan tu. Hehe!

Choppp! Dapat invitation pergi dinner sorang je tapi angkut satu famili pergi Kuantan?

Aku ni family person. Mana boleh tinggal anak-anak aku kan. Especially Dina-saur tu masih menyusu badan. Kalau dekat KL tu memang tak angkut lah. Ni Kuantan beb. Jauh tuuuuuuuuu.  [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Hotel Terbaik di Kuantan, Pahang

Pening jugak aku nak sewa hotel Kuantan yang mana satu. Nak hotel yang dekat dengan event Platinum Star Award Dinner  (Zenith Hotel), harga sewa bilik hotel yang murah dan nak bilik yang besar with 2 katil kings memang mimpi lah. Hak hak hak!

Hotel budget bawah RM100 semalam memang ada dengan jarak kurang 500 meter dari Zenith Hotel. Tapi bilik kecik katil satu. Pulak tu aku kena jalan kaki malam-malam buta tu nak pergi dinner. Idok ler!

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Last-last aku masuk Agoda dan booked hotel Zenith lah senang. Dapat rate murah sebab booked awal sebulan. Omak like!

Hotel Zenith Kuantan ni letaknya di tengah bandar Kuantan. Depan hotel Zenith ada East Coast Mall — shopping complex yang terbesar di Kuantan. Jalan kaki 10-15 minit dari hotel Zenith dah sampai ke East Coast Mall tu.

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Nak ke pantai Teluk Cempedak pun dekat. Rasanya dalam 15 minit driving. Tak jauh mana lah.

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Aku sewa bilik Family Suite kat hotel Zenith Kuantan tu.

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Family suite aku kat hotel Zenith ni nombor 1401 – kat tingkat 14, corner room yang sangat luas (72 sqm).

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Boleh nampak almost sekeliling bandar Kuantan tu. Hehe!

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Kalau korang ada anak ramai memang sesuai sangat sewa bilik Family Suite hotel Zenith Kuantan ni. Aku suka sangat sebab ada 1 katil Super King dan 2 katil Super Single dalam bilik berasingan.

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Masuk je dalam bilik Family Suite hotel Zenith Kuantan ni terus nampak 2 katil single, kitchenette dan bilik air.

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Pastu ada pintu untuk masuk ke bilik tidur utama yang sangat spacious dan selesa.

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Bilik air ada dua jugak. Yang dalam bilik tidur utama ada bath tub tu. Seronok je anak aku berendam mandi air buih dalam tu. Hehe!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Dua2 bilik ada 32-inch LCD flat screen TV. Iron dan ironing board pun ada disediakan so aku tak payah bawak iron sendiri. Senang nak iron baju pergi dinner.

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Kolam Renang Hotel Zenith Kuantan

Aku kalau nak sewa hotel kena tengok 3 kriteria utama iaitu:

  • Katil at least 2 king beds (atau 1 king 2 singles)
  • Breakfast included
  • Ada swimming pool — anak2 aku nak main air!

Hotel Zenith Kuantan Pahang

So, hotel Zenith Kuantan Pahang ni memang perfect choice lah untuk family aku. Kolam renang memang superb.

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Breakfast spread pun sangat banyak dan yang penting — sedap! Hehe!

Hotel Zenith Kuantan Pahang

The Zenith Hotel Kuantan ni juga ada fasiliti Fitness Centre, Yoga Room dan Kids Room di tingkat 4 — sama floor dengan swimming pool.

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Aku lepas checked-in dan tidurkan baby — terus terjah Fitness Centre ni. Sebab nak lengkapkan larian 5 km virtual run yang aku masuk. Omak semangat!

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Kids Room hotel Zenith Kuantan ni pun luas, bersih dan banyak mainan.

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Buku bacaan pun ada. Memang best!

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Aku memang bagi 5 bintang kat hotel Zenith Kuantan ni. Memang hotel ni bertaraf 5 bintang pun. Hehe!

Hotel Zenith Kuantan Pahang

Nak sewa hotel Zenith Kuantan pada rate yang murah? Cuba check kat AGODA — klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *