Hotel Dekat Legoland | Millesime Hotel Johor Bahru – Hotel Sekitar Legoland Yang Murah!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Masa aku dan famili jalan-jalan Johor Bahru masa cuti sekolah tahun lepas tu, kami pergi Taman Tema Puteri Harbour (Hello Kitty Town & Thomas Town) dan Legoland Johor.

Aku duduk Millesime Hotel Johor Bahru dan juga Hotel Legoland Johor. Best jugak rupanya Millesime Hotel JB ni. Tak jauh pun dari Hello Kitty Town dan Legoland. Bilik luas. Rate pun murah!

Millesime Hotel Johor Bahru

Tujuan utama ke JB memang nak ke Legoland. Memang dah booked duduk hotel Legoland 2 malam.

Tapi sebab nak pergi Hello Kitty Town & Thomas Town kena duduk hotel lain dulu lah. Satu hari memang diperuntukkan untuk ke Taman Tema Puteri Harbour tu sahaja.

Millesime Hotel Johor Bahru

Review Millesime Hotel Johor Bahru

Aku pilih Millesime Hotel Johor Bahru sebab:

  • Ada family room ( 2 king beds)
  • Parking banyak
  • Ada swimming pool
  • Breakfast provided

Millesime Hotel Johor Bahru

Millesime Hotel ni memang dekat dengan Legoland Johor. Jarak hanya dalam 10 km — lebih kurang 11 minit memandu.

Millesime Hotel Johor Bahru

Nak pergi Puteri Harbour Theme Park (Hello Kitty Town) pun dekat juga.

Aku sewa Family Room. Kadar sewa sehari RM330. Kira murah lah sebab bilik tu boleh kata spacious.

Millesime Hotel Johor Bahru

Anak-anak aku siap boleh lumba lari lagi dalam bilik Millesime Hotel Johor Bahru ni tau. Hak hak hak!

Millesime Hotel Johor Bahru

Aku dan famili duduk Millesime Hotel ni pun untuk tidur sahaja. Sampai je JB pagi tu terus aku checked-in hotel.

Millesime Hotel Johor Bahru

Lepas dapat kunci bilik terus ke Taman Tema Puteri Harbour. Seharian main kat Hello Kitty Town dan Thomas Town tu.

Balik hotel dah kepenatan terus pengsan berjemaah. Hehe!

Millesime Hotel Johor Bahru

Fasiliti Millesime Hotel Johor Bahru

Parking memang banyak. So tak perlu risau masalah nak parking kat sini.

Millesime Hotel Johor Bahru

Breakfast spread tak banyak sangat tapi bagi aku dah cukup bagus. Ada Western dan local breakfast. Anak-anak aku pun suka.

Swimming pool Millesime Hotel Johor Bahru ni memang comel. Anak-anak aku tak sempat mandi swimming pool pun. Sebab masing-masing dah bising nak ke Legoland.

Millesime Hotel Johor Bahru

So kalau korang nak ke Legoland atau kawasan sekitarnya — boleh consider duduk Millesime Hotel Johor Bahru ni. Lokasi memang dekat Legoland Johor dan Taman Tema Puteri Harbour.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Millesime Hotel Johor Bahru

Harga sewa hotel Millesime ni pun sangat berpatutan. Terutama kalau booking online kat Agoda. Boleh dapat diskaun sampai 50%!

Millesime Hotel Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *