Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Legoland Johor Malaysia adalah taman tema keluarga yang direka untuk keluarga dengan anak-anak berumur dari 2 hingga 12 tahun. Ia mengandungi lebih 70 permainan, slides, pertunjukkan dan tarikan interaktif.
Kalau korang duduk sekitar Legoland best lah. Sebab tak perlu fikir tentang nak sewa hotel. Tapi kalau korang duduk jauh dari Legoland Johor — macam aku ni — first thing kena fikir ialah tempat tinggal semasa pergi ke Legoland Malaysia tu.
Pilihan hotel paling best of course lah, Hotel Legoland Johor tu sendiri. Selain sangat convenient sebab depan pintu masuk Legoland — duduk di Hotel Legoland juga memberi pengalaman yang menarik. Bilik hotel bertema serta banyak aktiviti dan kemudahan untuk kanak-kanak semasa tinggal di Hotel Legoland Johor tu.
Klik sini untuk baca tentang Apa Yang Best Hotel Legoland Johor.
Jangan risau jika budget tak cukup untuk sewa Hotel Legoland Johor. Ada banyak pilihan hotel lain dekat dengan Legoland untuk dipilih.
Hotel Murah Sekitar Legoland Johor Malaysia
Ada banyak hotel murah dekat Legoland Johor. Boleh lah pilih mana-mana yang berkenan di hati. [wp-svg-icons icon=”wink” wrap=”i”]
Klik sini untuk tengok pilihan hotel murah sekitar Legoland Johor.
Aku nak share beberapa hotel murah dekat Legoland Johor yang aku personally rasa bagus. Korang boleh dapat harga hotel murah sekitar Legoland Malaysia jika buat booking hotel online.
1: Millesime Hotel Johor Bahru
Millesime Hotel ni memang dekat dengan Legoland Johor. Jarak hanya dalam 10 km, lebih kurang 11 minit memandu. Nak pergi Puteri Harbour Theme Park (Hello Kitty Town) pun dekat juga.
Harga sewa hotel Millesime ni pun sangat berpatutan. Terutama kalau booking online kat Agoda. Boleh dapat diskaun sampai 50%!
2: Hotel Jen Puteri Harbour
Hotel Jen Puteri Harbour dulu dikenali sebagai Traders Hotel Puteri Harbour. Hotel Jen ni memang hotel dekat Legoland yang sangat dekat. Jaraknya hanya 3 km dari Legoland Johor. Hello Kitty Town pulak depan pintu hotel je. Best ke best?
Since Hotel Jen ni letaknya di Puteri Harbour — ada banyak restoran untuk jalan-jalan cari makan. Nak pergi Legoland pun senang sebab ada perkhidmatan shuttle bus dari Hotel Jen Puteri Harbour ke Legoland.
Klik sini untuk book Hotel Jen sekarang!
3: Somerset Medini Nusajaya
Nak hotel murah sekitar Legoland Johor yang betul-betul dekat Legoland? Somerset Medini Nusajaya lah jawapannya.
Jarak Somerset Medini Nusajaya ke Legoland Johor dalam 800 meter sahaja. Boleh jalan kaki je ke Legoland!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Klik sini untuk book Somerset Medini Nusajaya.
4: KSL Resort
KSL Resort Johor Bahru adalah hotel dekat Legoland. Jarak KSL Resort dengan Legoland Johor ialah 20 km sahaja.
Hotel ni bersambung dengan shopping mall, KSL City Mall so yang suka shopping memang best duduk sini. KSL Resort ni sangat sesuai untuk duduk ramai-ramai sebab ada pilihan apartment 3 bilik yang besar.
Klik sini untuk book KSL Resort secara online.
5: Pulai Spring Resorts
Pulai Springs Resort adalah hotel sekitar Legoland johor yang sesuai untuk duduk ramai-ramai.
Kawasan hotel ni pun sangat cantik dan nyaman. Swimming pool dia pun best.
Klik sini untuk book Pulai Spring Resorts dengan diskaun lebih 50%!
6: Somerset Puteri Harbour Nusajaya
Somerset Puteri Harbour Nusajaya ni satu lagi hotel dekat Legoland Johor yang juga dekat dengan Hello Kitty Town.
Jarak Somerset Puteri Harbour ni hanya 5 km dari Legoland Malaysia.
Klik sini untuk book hotel Somerset Puteri Harbour Nusajaya!