Hong Kong Disneyland – 17th March 2010 Part 2

Kat Hong Kong Airport Customer Service counter tu ada hiasan Easter Egg. Comel je ada egg dan bunny dalam bakul. Dan, eggs yang bergantungan dengan riben.

Hong Kong Disneyland

Itu pun Izzah main. Nasib dia cuma main sentuh je tak tarik nak cabut…he…he..he

Hong Kong Disneyland

Dah lepas main Easter Egg, main berposing kat depan gambar aeroplanes pula.

Hong Kong Disneyland

Tak lama kemudian Izzah pun poo poo dengan banyaknya! Nasib baik la poo poo sebelum boarding kapal terbang. Kalau tak mahu semerbak harum satu kapal dengan Izzah punya poo poo…ha..ha..ha

Nak cuci poo poo toddler kat toilet Hong Kong ni agak mencabar sikit. Sebab dalam toilet mana ada paip air. Kalau tak boleh simbah je air…ahaks.

Ni kena pakai baby wipes berkoyan-koyan baru hilang segala poo poo dan bauan dia. Sori la kalau geli geleman me cerita pasal anak poo poo nih. Tapi ni memang cabaran kalau travel sama anak kecik kan…

Bila kaunter open for check in kami terus beratur. Bila 2 big luggages dah masuk check in, baru lega sikit. Terus naik lif cari Gate 65 seperti tertera kat tiket.

Kena naik 2 train nak sampai ke Gate 65 tu. Lepas train ke 2, kena naik escalator 2 floors. Me kena dukung Izzah sepanjang jalan you see. Rasa nak pengsan pun ada. Dengan backpack dan 13 kilos baby… rasa macam masuk Amazing Race gitu. Memang sangat penat.

Bila dah sampai kat Gate 65, kami pun duduk la rilek. Me sempat pergi beli air mineral (ganti air mineral yang kena buang masa pemeriksaan kastam). 3 botol HKD60… mahal gilos.

Hong Kong Disneyland

Pastu ingat dah boleh rehat.. tapi rasa naik menyampah bila announcement kata flight kami tukar ke Gate 30!! Aduii..

hong kong disneyland 125

So, terkedek-kedek lagi berjalan ke Gate 30. Bukannya dekat tau. Kalau tenaga dan stamina tak kuat ni.. jangan la sibuk-sibuk nak melancong sana sini.

Bila naik flight rasa lega. Izzah pun tidur dan kami yang dah 3 hari tak makan nasi ni menunggu nasi goreng Air Asia. Nikmatnya sungguh dapat makan nasi nih *walaupun tak sedap mana pun…ha..ha..ha*

Sampai KL pun dah pukul 9.30 malam. Terus naik Taxi Premier (bayar extra RM30 compare to Budget Taxi). Kami naik Permier sebab spacious.

Lega bila sampai rumah. Dah mandikan Izzah, terus bagi dia tidur dalam cot.

Me pulak terus unpacked segala barang dan kemaskan all the things. Pukul 1 pagi baru siap semua dan boleh tidur.

So… dah abis cerita Hong Kong Disneyland….ha…ha..ha

Eh… belum habis lagi… part shopping belum story lagi…muah…ha..ha

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tags from the story
,

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *