Hong Kong Disneyland – 16th March 2010 Part 2

Kami kena bayar sendiri tiket Disneyland sebab travel agent tak booking. Tapi lepas receptionist confirm dengan travel agent baru dapat refund.

Dah lepas dapat tiket, cepat-cepat kami lari ke bus stand kat depan Hollywood hotel tu. Mak ai… line panjang lagi…*asik kena beratur panjang je bila melancong ni ye..hu..hu*

hong kong disneyland 0421

Since Izzah pun dah cranky nak susu, so hubby pergi beratur. Me bagi Izzah susu kat kerusi. Cepat je Izzah minum.. lapar bebenor *tak kenyang ye makan cereal kosong…ahaks*

Bas ke Disneyland ada dalam 15 minit sekali dari Hollywood Hotel. So, transportation wise senang. Nak ulang-alik anytime from Hong Kong Disneyland Park ke Hollywood Hotel not a problem.

Sekejap je sampai ke Disneyland Park. Tak sampai 5 minit. Tapi nak berjalan ke entrance Hong Kong Disneyland dari bus stand ni agak memenatkan. Tak de jauh sangat tapi bila bawak satu backpack dan satu orang baby 13 kilos yang asyik nak berdukung aje… memang sangat TOUGH. Macam masuk Amazing Race rasa *macam lah pernah masuk Amazing Race nak compare…ha..ha..ha*

hong kong disneyland 043

Me tercari-cari mana Fire Station Disneyland, sebab kat situ ada sewa stroller. Rupanya kat dalam park itself.

hong kong disneyland 044

Sebelum masuk entrance Disneyland tu.. kena lalu MTR Sunny Bay Station dulu *orang berpusu-pusu menerjah Disneyland from there*. Kalau korang tak duduk mana-mana Disneyland hotels, kena naik MTR sampai Sunny Bay lah.

hong kong disneyland 048

Lepas tu, lalu pintu gerbang Disneyland. Then, lalu fountain ikan paus yang agak cantik juga. So, tak dilepaskan peluang bergambar dengan ikan paus dulu.

hong kong disneyland 046

hong kong disneyland 047

Pastu, baru kena beratur *aish.. beratur lagi* nak masuk Hong Kong Disneyland Park. Kat entrance tu ada guard yang check bag for any weapons. Food and drinks tak kisah… boleh bawa masuk.

hong kong disneyland 049

Dah lepas entrance, bergambar lagi depan park tu. Ada pokok bunga yang direka-bentuk jadi muka Mickey Mouse, betul-betul depan entrance. So, apa lagi… ambik gambar dulu.

hong kong disneyland 050

hong kong disneyland 051

hong kong disneyland 053

No wonder… belum masuk Disneyland dah penat giler you…ha..ha..ha..

*tunggu sambungan in the next entry*

Tags from the story
,

4 Comments

  • Yo makecik entry disney kena buat kategori
    1. SEBELOM MASUK PAGAR.
    2. SELEPAS MASOK PAGAR
    3. 200meter selepas pagar
    4. 400meter selepas 200meter dari pagar..

    (sambung)

    Baru puas baca!
    .-= Jiji´s last blog post..Cerita Gangguan Jin dan Syaitan yang ganggu Anis Manis (Efek kelawar terbang!) =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *