Hello, Datin?

Me pun baru je sampai rumah ni… half-day okey.

Tiba-tiba phone berbunyi. Nombor tak dikenali. Biasa kalau nombor tak de dalam phone book ni, me ignore je. Malas nak layan.

Sebab banyak panggilan dari bank nak promote jual insurance. Bank okeh. Bukannya syarikat insurans yang jual insurans tapi bank.

Dan bank-bank ni pulak mana ntah dapat nombor phone me. Me takde akaun dengan dia pun boleh call. Apa cerita? Mesti ada somebody jual nombor phone orang ni. Hantu punya orang!

Ohh.. berbalik kepada phone call baru tadi ni. Sebab mood tengah happy, so me pick-up la.

Caller: Hello, Datin? Datin? *tak bagi salam apa, terus datin datin ni*

Me: Yes, Datin speaking. *dengan suara yang kontrol ayu..ha..ha*

Caller: Datin, bla..bla..bla.. bla.. *urgh..sungguh tak ada noktah sungguh percakapan dia nih*

Me: Dah abis cakap? I think you got the wrong number lor.

Caller: Huh? *terus hang-up… mesti dia nyumpah me tak sudah-sudah tu…ha..ha..ha*

Notti me? Tu la.. siapa suruh call my number and panggil Datin. Mana ada dia cakap.. ni Datin XXXX ke? Terus.. hello, datin? datin? Kan dah kena sebijik.

I also a Datin you see. Datin Little Mama! muah..ha..ha..

Tags from the story
, ,

24 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *