Happy birthday yang ke 40 tahun saya ucapkan kepada pelakon dan penyanyi cantik tinggi lampai Erra Fazira!!
Erra Fazira lahir pada 9 Februari 1974. So…. tahun ini hidup Erra Fazira baru saja bermula. Life begins at 40 mahhh!
10 hari selepas Erra Fazira lahir ada seorang lagi baby comel yang lahir. Siapakah baby comel yang lahir sama bulan dan sama tahun dengan Erra dalam tahun harimau yang garangggg itu? Jeng.. jeng.. jeng!
Tadaaa!! Baby girl dalam gambar lusuh yang antik dan layak masuk muzium negara tu lah saya… ekekeke.
Tak sangka *ayat poyo nak cover line* rupanya dah masuk 4 series saya ni. Serius. Tak rasa macam 40 pun. Muka pun muda lagi macam late 20’s je pun kannnn. Eh.. saya tak kata.. orang yang cakap tau.
Apa rasanya bila umur 40 tahun ni? Hmmm.
Tak rasa apa-apa pun. Macam biasa je kot. I mean… tak de lah rasa macam orang tua ke apa ke… tak pernah pun budak-budak yang jumpa saya panggil saya “mak cik”. Panggil kakak ada lah.. kadang-kadang ada yang panggil adik pun ada.
Tak sedar diri tak lama lagi nak jadi nenek pulak tewww… Tunggu anak buah yang bernama Adilah dan Aqilah tu kahwin…cik de tak sabar ni nak timang cucu ni… ekekee.
Masa kecik-kecik dulu… saya rasa mereka yang umur 40 tahun tu (merujuk kepada mak kawan-kawan saya)… adalah sangat tua dan sangat mak cik.
Tapi bila saya sendiri jadi 40 tahun macam hidup baru bermula je. Betul lah tu pepatah kata, life begins at 40.
Life apa yang begins at 40 tu? Life yang baru nak sedar diri kot…ekekeke.
Hmmm… betul ke saya dah 40 ni? Rasa macam tak je ni.
Agaknya Jabatan Pendaftaran salah tulis tarikh lahir saya tu. Tengok muka saya ada macam 40 ke? Tak kannnnnnn.
Saya dan Erra Fazira lahir bulan dan tahun yang sama. Tapi saya tak cukup zat maklum lah orang kampung jadi tak lah tinggi macam Erra. Bayangkan saya tinggi macam Erra. Fuh.. mesti saya pun popular macam Erra Fazira jugak kan…ekekeke
Tak yah tengok muka saya. Tengok muka Erra Fazira tu. Ada macam muka 40 ke? Tak kannnnn.
Kalau muka Rozita Che Wan tu walaupun sikit je lagi nak cecah 40 tapi memang dah nampak muka mak cik. Tapi saya dan Erra Fazira masih maintain sweet 18 lagi….ekekeke.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Saya rasa salah satu sebab saya rasa saya bukan umur 40 ialah saya berkawan dengan ‘kanak-kanak riang’ yang umur dalam 20-30 tahun. Mereka semua masih remaja so tempias keremajaan mereka tu terpalit sama pada saya..he he.
Tak terkejut lah kalau ada yang umur 30 plus bahasakan diri mereka kakak kepada saya yang muda remaja ni. Saya ni bila orang panggil saya adik mestilah suka!!
Apa maknanya bila orang yang lagi muda panggil kita adik? Mestilah sebab saya awet muda. Feel young. Look young. Be young. Saya suka… saya suka… saya suka!
Saya ni dari segi berpakaian adalah tidak mengikut fesyen. But still… masih kelihatan muda. Bayangkan jika saya dress up macam hijabistas dengan fesyen baju, kasut dan tudung yang wahhhh… ternganga mulut tengok tu. Confirm orang cakap saya masih remaja belasan tahun….ekekeke.
Tapi… saya sedar saya dah vintage. Lagi vintage lagi tinggi nilainya tahu. Jangan main-main dengan barang vintage… original mah.. hehhehe.
Selamat melangkah ke umur 4 dekad… Umur 40 tahun merupakan cabaran baru bagi sebuah kehidupan… Orang kata kehidupan kita akan mula stabil dari segi kerjaya dan kewangan ketika berumur 40 tahun…
Happy birthday K. Ros. Mmg akak awet muda. Mungkin sbb selalu senyum kot. 😉