Bismillah. Cikros di sini.
Tak lama dulu kecoh di media sosial tentang isu pengharaman penggunaan straw minuman plastik. Kementerian Wilayah telah mengeluarkan kenyataan bahawa straw plastik konvensional akan berkuat-kuasa bermula 1 Januari 2019.
Tapi mengikut Kaji Selidik FB Harian Metro sebanyak 59% responden tidak bersetuju!
Berikut adalah antara rungutan netizen:
- Macam mana nak minum air kotak dah straw yang biasa melekat pada kotak dah tak ada? Betul jugak tu!
- Susah lah nak minum air yang ada ketulan jelly, pearl atau cincau di dalamnya. Tak boleh sedut tak syok weh. Wahaha!
- Nak minum air yang ditapau dalam plastik pulak macam mana? Eh betul jugak.
Aku rasa mereka tak setuju sebab mereka salah faham dengan pengharaman straw plastik tu. Sebenarnya:
Bermula 1 Januari 2019, penggunaan penyedut minuman plastik atau sering kita panggil ‘straw’ hanya diharamkan di semua premis perniagaan menjual makanan dan minuman bagi mengurangkan pencemaran berasaskan plastik dan memulihara alam sekitar.
Actually, hanya straw plastik sahaja yang diharamkan penggunaanya. Ada banyak lagi jenis straw minuman lain yang boleh digunakan. Malah penyedut minuman alternatif kepada straw plastik ini lebih mesra alam dan mudah dilupuskan.
Kenapa Straw Plastik Diharamkan?
Ramai yang merungut straw plastik diharamkan. Tapi ramai tak sedar kesan pencemaran straw plastik dan produk plastik lain kepada hidupan laut. Tengok video ni!
[ae-fb-embed url=’https://web.facebook.com/LensaMama/videos/527424747739498/’ width=’500′]
Betapa siksanya penyu ni bila straw terlekat dalam lubang hidung dia. Susah nak bernafas dan kesakitan.
Bila dibantu untuk dikeluarkan dia menangis meraung. Meleleh-leleh darah keluar dari hidung. Straw plastik tu kan tajam.
Punyalah susah nak tarik keluar. Selepas 8 minit baru dapat dikeluarkan. Tak kesian ke? Ini baru seekor penyu yang jadi mangsa.
Tahu tak? 71 peratus burung laut (seabirds) dan 30 peratus penyu telah dijumpai dengan plastik di dalam perut mereka. Apabila haiwan laut ini menelan plastik, kadar kematian mereka 50 peratus lebih tinggi.
Tahu tak? Straw plastik mengambil masa 200 tahun untuk mengurai. Malah, selepas terurai ia menjadi mikrofam dan tidak boleh diuraikan sepenuhnya.
Bertukarlah. Ada alternatif yang lebih mesra alam.
Straw besi
Straw besi keluli tahan karat ini aku rasa yang paling best sekali lah jika korang nak beli pengganti straw plastik. Boleh basuh dan tahan lama.
Ada pelbagai bentuk, saiz dan warna straw besi ni tau. Boleh pilih lah yang mana suka.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Malah ada juga straw besi yang boleh lipat (collapsible). So sangat mudah nak bawa ke mana-mana sahaja!
Aku paling suka straw besi sebab bila minum air berais tu perghhhh! Syok weh rasa sejuk air yang mengalir ke tekak tu. Hehe!
Hari tu aku beli penyedut minuman besi ni dari Shopee. Aku beli satu set dalam tu ada 3 bentuk / saiz. Siap ada bekas penyimpanan so mudah nak bawa ke mana-mana.
Ada straw besi lurus bersaiz kecil yang sesuai untuk minum pelbagai jenis minuman dari gelas, botol atau tin.
Ada juga straw lurus bersaiz besar (lubang besar) yang sesuai untuk minum air batu campur, cendol, air cincau atau air yang ada ketulan buah / pearl di dalamnya.
Satu lagi straw besi ialah straw yang bengkok di bahagian atas untuk memudahkan penyedutan minuman.
Anak-anak aku memang suka sangat guna straw besi ni. Best katanya. Wahaha!
Macam mana nak cuci? Senang je. Ada pencuci straw panjang diberi bersama semasa pembelian straw besi tu. Macam pencuci botol straw anak lah. Hehe!
Straw silikon
Tak suka straw besi? Boleh saja guna straw silikon.
Straw silikon ni lembut sangat tapi boleh basuh dan guna berulang-kali. Warnanya juga ada banyak pilihan.
Aku ada beli straw silikon ni yang saiz besar. So mudah nak minum air yang ada ketulan di dalamnya.
Straw Kaca
Straw kaca pun ada! Aku rasa straw kaca ni sesuai untuk kegunaan di rumah sahaja. Tak sesuai bawa berjalan sebab mudah pecah.
Tapi straw kaca ni memang cantik dan nampak elegan sekali.
Straw buluh
Tak suka straw besi, straw silikon dan straw kaca? Nah! Guna saja straw buluh.
Penyedut minuman unik ni memang dibuat dari kayu buluh. Sesuai untuk yang betul-betul nak straw yang mesra alam.
Straw kertas
Straw kertas pun ada tau! Of coz lah straw ni bukan dibuat dari kertas biasa tapi kertas yang dihasilkan dari rumput.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Pertama kali aku tengok gambar straw kertas ni aku ingatkan gambar biskut love letters.
Aku rasa straw kertas ni sesuai digunakan oleh peniaga kedai makanan dan minuman. Harganya aku tak pasti. Mungkin lebih mahal dari straw plastik.
Straw biodegradeable
Ada juga straw yang jenis biodegradeable. Tapi sure harganya berlipat kali ganda dari harga straw biasa kan.