Happy Birthday Little Izzah! She’s 2 Years Old.. Yeay!!

Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to my dear honey bunny baby! Happy birthday to you!!!

kids photography 292

Here’s a birthday speech ‘written’ by Izzah ye kawan-kawan.

Salam semua readers dan peminat Izzah…aha..ha..  Hari ni Izzah genap 2 tahun already you! Dah big girl la Izzah.. horey *alhamdulillah*

Kejap je masa berlalu kan. Pejam celik.. bangun duduk.. makan poo poo.. tengok-tengok dah 2 tahun dah.. Izzah can still remember *ewah* masa saat Izzah first time melihat dunia.

Izzah keluar ikut ‘tingkap’ you see. Masa tu ngeri juga bila tengah syok-syok berenang dalam air ketuban, tiba-tiba ada tingkap terbukak kat perut mama. It was horror you see. Ye lah.. tengok makhluk yang pakai semua baju putih dan bertopeng… Mama pulak time tu sedap je pengsan kena bius.. ha..ha..ha

Okei.. mari tengok falashbak *ish.. susah betul la taip perkataan ni*.. flashback.. sejak Izzah satu tahun hingga menjadi 2 tahun.

April 2009

Hmmm.. dalam bulan 4 tu birthday babah. So, mama buat small celebration sekali harung yang Izzah punya dengan babah. Kedekut pandai jimat kan mama?

Izzah belum boleh berjalan lagi time ni. Tapi mama dah bawak dah. Pergi Photo Clinic kat Taman Tasik Perdana tu yang best sangat sebab boleh main dengan ramai kawan baru. Pastu first time Izzah naik plane pergi Langkawi. Sorry ye mama sebab Izzah masa tu cranky tak hinggat *tak biasa naik plane… so lepas ni biasa-biasakan bawak Izzah jalan-jalan naik flight okeh?*

May 2009

Izzah suka mandi kolam. So, babah belikan kolam kecik buat mandi-manda kat halaman rumah. Izzah sukaaaa sangat tau…ha..ha.. Dalam bulan ni juga, Izzah kena injek Chicken Pox. Tak suka la kena injek.. sakit lah!

June 2009

Ooh.. Izzah ingat lagi bulan ni mama ajak Izzah pergi satu gathering ni.. apa nama dia ye.. a ye.. MSK Gathering! Izzah seronok dapat jumpa kawan baru. Sambil tu dapat posing-posing ambik gambar.  Tapi time ni pun.. Izzah belum dapat kaki lah… so kurang syiok la.

July 2009

Walaupun Izzah kecik lagi, tapi mama dah mula ajar Izzah macam-macam. Izzah dengar mama sebut pasal homeschool.. apa ke benda alah homeschool ni pun Izzah tak tau.

Tapi Izzah tengok mama macam seronok je belikan Izzah macam-macam buku dan flip cards. Tapi seronok juga belajar kenal huruf ni semua.

August 2009

Oooh.. masa bulan ni kes H1N1 menjadi-jadi. So, kami tak pergi jalan-jalan pun. Asyik duduk rumah je lah tengok video Brainy Baby. Masa ni la kes Izzah tersangkut kat cot terjadi.. ganas kan Izzah ni? ha..ha..ha

September 2009

Yeah..yeah.. Izzah dapat balik kampung Tok Wan untuk beraya Aidilfitri for the first time! Seronok tau dapat main-main kat kampung… kejar ayam itik! Time ni Izzah dah dapat kaki dah!!

October 2009

Izzah kena ciri-birit yang teruk bulan ni. Sampai bocor kena cadar. So, bilik mama jadik harum dengan poo poo…ha..ha.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tak lama kemudian, Izzah kena Acute Bronchitis pulak… ada wheezing macam kena asma.. so kena masuk wad. Mama pun sama la kena masuk wad sekali.

November 2009

Hmm.. rasanya tak de apa yang menarik bulan ni. Eh ada lah! Izzah dah tak pergi nursery sebab babah jadik WAHD… yeay!

December 2009

Masa ni mama makin seronok mengajar Izzah macam-macam. Siap belikan Izzah art easel supaya Izzah senang menunjukkan bakat jadik Picasso…ha..ha

January 2010

Waaahh… Izzah menang hadiah pergi melancong Disneyland lah… horeh!!! So, bulan ni mama kelam-kelibut pergi settlekan passport Izzah.

February 2010

Aiseh… Izzah kena chicken pox buat kali ke dua. Kali ni memang teruk. Penuh satu badan. Nasib baik lepas sembuh tak nampak sangat parut *mama takut Izzah jatuh saham.. errr.. saham tu apa mama?*

March 2010

Bulan ni birthday Izzah!! Dan bulan ni Izzah dapat pergi Hong Kong Disneyland!!

Okeh.. itu sahaja yang Izzah ingat untuk flashback. Tak nak wish Izzah birthday ke?

52 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *