Bismillah. Cikros di sini.
Musim perayaan kuih bulan @ mid autumn festival yang disambut kaum Cina setiap tahun kini kembali lagi.
Aku paling suka time mooncake festival ni sebab dapat makan kuih bulan lah of coz. Omak super like sangat mooncakes. Hehe!
Perayaan mooncake yang dikenali juga sebagai Pesta Perpaduan @ Mid Autumn Festival ini disambut semasa bulan penuh muncul di langit. Cahaya bulan penuh yang terang dimeriahkan dengan tanglung adalah melambangkan satu keluarga yang lengkap dan bersatu.
Oh! Mooncake ni halal atau tak? Of coz lah halal. Sekarang ni banyak sangat halal mooncakes kat Malaysia ni.
Kebanyakan kedai bakery yang besar ada jual mooncake halal. Tapi kalau masih was-was nak makan kuih bulan halal buatan non-muslim, jangan risau! Sebab ada muslim orang Melayu kita yang pandai buat kuih bulan ni.
Salah satu pembuat halal mooncakes kat Malaysia ni ialah Aihana Mooncakes. Aku pernah cerita pengalaman aku masa first time makan kuih bulan Aihana ni. Pergh!! Sampai terpejam mata lah sebab super sedap sangat. Wahaha!
Baca sini ==> Aihana Mooncake – Kuih Bulan Melayu @ Mooncake Muslim Halal Malaysia Online
Aku nak sambung cerita tentang Aihana Mooncakes ni sebab ada sejenis kuih bulan yang berbeza aku baru cuba. Teruskan membaca!
Aihana Mooncakes – Kuih Bulan Halal Buatan Muslim
Aihana Mooncakes ni based dekat Sungai Petani, Kedah. Alamak! Jauhnya nak pergi Kedah untuk beli mooncake Melayu muslim halal yang sedap ni.
Jangan risau!! Tak payah pergi Kedah pun kalau teringin nak makan kuih bulan Melayu halal dari Aihana Mooncakes ni. Penjual kuih bulan halal Aihana Mooncakes BOLEH POS terus ke depan pintu rumah korang.
Tak payah susah payah cari kuih bulan halal kat kedai bakeri atau pasar raya. Beli online je senang. Hehe!
Of coz nak beli halal mooncakes Aihana ni boleh pre-order dulu lah ye. Sebab Aihana Mooncakes ni akan prepare kuih bulan yang FRESH untuk korang.
Jangan risau mooncakes Aihana ni tak kan pecah masa pos. Sebab mereka letak mooncakes dalam bekas plastik bertutup sebelum dipos.
Kuih Bulan Aihana Sangat Fresh & Bebas Pengawet
Tahu tak? Most kuih bulan kat pasaran ada pengawet sebab tu expiry date atau shelf life dia lama. Tapi Aihana Mooncakes ni tak guna langsung bahan pengawet so sebab tu akan prepare kuih bulan yang segar mengikut tempahan untuk korang nikmati.

Sebab tu lah aku rasa kuih bulan halal Aihana ni semuanya sedap!! Kulit mooncake Aihana memang sangat fresh, tak berminyak dan tak soggy. Paste mooncake pula tak manis dan tak muak. Boleh repeat makan berkali-kali sampai perut kenyang.
Ada sekali tu aku pernah beli mooncakes halal jenama lain secara online. Tapi bila nak makan kuih bulan tu aku rasa sangat kecewa. Kuih bulan tu macam mendap dan berair @ soggy. Kulit mooncake lembik semacam tau. Hilang selera nak makan. Huhu!
Memang lain sangat tahap kesegaran berbanding dengan kuih bulan dari Aihana Mooncakes. Anak-anak aku pun semua suka sangat makan kuih bulan Aihana. Berebut-rebut!
Pilihan Saiz Kuih Bulan Aihana Mooncakes
Kuih bulan yang dijual di bakery biasanya bersaiz besar iaitu 130-150gm. Harga pun ikut berat dan jenis inti iaitu dari RM13-RM30 sebiji.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Aku dulu masa bujang kalau beli mooncake mesti bercinta nak habiskan. Banyak kali round makan baru habis sebijik. Sebab kuih bulan ni kena hiris kecil-kecil untuk dinikmati sedikit demi sedikit.
Tak pernah aku berjaya makan seketul mooncake bersaiz besar sekali hadap. Sebab kuih bulan yang aku pernah makan biasanya cepat muak. Sometimes dapat kuih bulan yang tak sedap memang aku tak kan continue makan lah. Expired macam tu je lah. Huhu!
Pastu bila beli halal mooncakes ni, aku akan beli yang jenis combo pack biasa ada 4 biji kuih bulan saiz besar satu kotak. Ye lah. Tak kan nak makan satu perisa kuih bulan je. Nak jugak rasa lain-lain perisa. Perayaan kuih bulan kan setahun sekali. Tamak la tu. Hehe!
Aku ada berita baik bagi peminat mooncakes halal atau korang yang baru pertama kali nak cuba makan kuih bulan halal. Aihana Mooncakes ada jual kuih bulan bersaiz kecil @ mini yang didatangkan dalam combo pack 6 biji mini mooncakes setiap kotak!
Packaging Aihana Mooncakes kini makin cantik dan nampak semakin ekslusif dan premium. Sesuai sangat kalau nak buat hadiah.

Kuih Bulan Aihana Minis (Traditional Mooncakes)
Aku suka Aihana Mini Mooncakes sebab ada banyak pilihan perisa mooncake yang sedap. So kalau first time nak cuba makan mooncake halal ni, better beli kuih bulan saiz mini macam ni.
Boleh try 6 perisa kuih bulan kecil dalam satu kotak. Aku baru-baru ni dapat makan 6 perisa yang berikut.
- Portugese Custard (the best ever lah…hehe)
- Nutty Red Bean
- Pandan Jade
- Butterscotch
- White Lotus
- Durian
Since anak-anak aku suka sangat makan kuih bulan ni macam omak dia jugak, so aku ingat nak repeat order lagi kuih bulan dari Aihana Mooncakes. Kali ni nak beli saiz besar punya. Baru puas makan anak beranak kan. Hehe!

By the way, harga Aihana Mini Mooncakes hanya RM40 / box yang mengandungi 6 biji mini traditional mooncakes.
Kuih Bulan Aihana Rainbow (Thousand Layer Mooncakes)
Aku dah cuba makan kuih bulan terbaru yang comel dan sedap dari Aihana Mooncakes iaitu Aihana Rainbow.
Mooncake yang mempunyai kulit yang berlapis-lapis dan “flaky” ini juga dikenali sebagai Thousand Layer Mooncake.
Wah! Teruja betul bila aku memotong kuih bulan halal Aihana Rainbow ni tau. Berbeza feeling dia berbanding masa potong kuih bulan tradisional. Sayang pulak nak hiris sebab comel sangat. Wahaha!
Anak aku Dina siap marah omak sebab lambat sangat memotong kuih bulan Aihana Rainbow tu. Tak sabar dia nak ngap!
So, apa rasanya kuih bulan Aihana Rainbow @ Thousand Layer Mooncake ni?
Of coz rasanya agak berbeza dengan kuih bulan tradisional. Kulit kuih bulan rainbow ni yang flaky dan tak manis bila dimakan dengan inti mooncake tu terasa mencair di dalam mulut. Serius sedap sangat!

Aku rasa kuih bulan rainbow ni adalah specialty Aihana Mooncakes. Tak pernah aku jumpa kuih bulan rainbow halal macam ni dijual kat mana-mana bakeri. Handcrafted mooncakes yang peminat mooncakes mesti cuba tau.
Harga pun berpatutan hanya RM45 / box yang mengandungi 6 biji Thousand Layer Mooncakes.
Harga Aihana Mooncakes (Sah Hingga 30 September 2018)
Aku share sini harga halal mooncakes dari Aihana Mooncakes untuk rujukan diri aku sendiri. Nanti nak cuba Shanghai Mooncakes jugak.
Aihana Minis (traditional mooncake) bersaiz mini – RM40/6 biji sekotak
Aihana Mooncakes (traditional mooncake) bersaiz “Large”
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
- Tiada telur masin (RM13/sebiji)
- Ada sebiji telur masin (RM16/sebiji)
Aihana Rainbow (Thousand Layer Mooncakes) – 6 biji sekotak (RM45)
Aihana Shanghai Mooncakes
- Tiada telur masin : RM27 untuk 2 biji RM53 untuk 4 biji
- Ada sebiji telur masin: RM33 untuk 2 biji RM65 untuk 4 biji
Aihana Premium Gift Set – 4 biji traditional mooncakes saiz “Extra Large” Harga bermula dari RM80 hingga RM88
Harga Promosi Kuih Bulan Halal Aihana Mooncakes
- Pembelian RM240 hingga RM299 – percuma 1 kotak Aihana Minis
- Pembelian RM300 ke atas – 5% diskaun + percuma 1 kotak Aihana Rainbow
** Valid sehingga 30 September 2018.
Nak Rasa Makan Kuih Bulan Aihana Mooncakes?
Mudah je nak beli kuih bulan halal buatan muslim Aihana Mooncakes ni. Terjah saja FB Aihana Mooncakes untuk tengok gambar pilihan perisa mooncake halal yang mengecurkan air liur tu.
Facebook Aihana Mooncakes
Whatsapp ==> 019-444 5007 | http://www.wasap.my/60194445007
Shopee ==> Pos Percuma | https://shopee.com.my/aihana7
Selepas tu terus whatsapp team Aihana untuk dapatkan mooncakes fresh! Aku pun nak order lagi ni weh. Hehe!