Guangzhou Travel | Terpaksa Tidur Tepi Jalan

Hari ke dua di Guangzhou, suhu masih sejuk dan perlu pakai baju tebal. Kami ke Baiyun Leather Center untuk membeli beg dan meninjau kedai-kedai di situ.

Sebenarnya dari Clivia Hotel ke Baiyun Leather Center tu dekat sahaja. Kalau jalan kaki pun sekejap sahaja.

Tapi sebab kami malas so kami ambik teksi je..he..he

Lepas ke Baiyun Leather Center, kami terus ke Digital Mobile Phone Center pula. Tujuannya nak cari telefon clone berkualiti tinggi. Mana tahu kot rezeki boleh beli iPhone 4 murah.

Dalam teksi ke sana, Izzah tertidur. Penat sangat kot.

Dah sampai pun tidur lagi walaupun dah kejut. Terpaksa I pangku duduk kat bangku tepi jalan.

Cuaca memang sejuk nyaman so memang best kalau tidur tepi jalan ni. Sampai lenguh tangan kaki I pangku budak dah 15 kilo ni.

Nasib baik lepas 15 minit I kejut dia bangun dan terus segar bugar. Yang penting dia tak meragam so kami boleh sambung shopping.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *