Satu cara yang paling mudah, selesa dan selamat untuk bergerak sekitar bandaraya Guangzhou ialah dengan menaiki teksi.
Ada lebih 20 ribu teksi di Guangzhou. Semua teksi Guangzhou menggunakan meter.
Yang menarik ialah semua teksi di Guangzhou adalah kereta model Volkswagon atau Toyota.
Teksi di Guangzhou juga ada palang besi memisahkan tempat duduk pemandu dan penumpang.
Mengikut Big Babah, hanya penumpang wanita di benarkan duduk di sebelah pemandu teksi. Penumpang lelaki kena duduk belakang.
Mungkin sebab keselamatan – takut kena rompak dengan penumpang lelaki.
Pemandu teksi Guangzhou memang hebat. Malah I rasa lebih hebat dari pemandu teksi di Kuala Lumpur.
Mereka sangat pakar masa memandu teksi dan menyelit di celah kesesakan lalu lintas. Kadang-kadang tu selisih dengan tayar bas tu tersangat lah dekat…
Kecut perut tau tengok tayar bas hampir mencium teksi bila pemandu cuba memotong bas yang laju…hu..hu
uii, kak..saya tgk jarak tayar bas tu pun jadi seriau..