Potty training di Guangzhou dan negara China secara umum adalah sangat luar biasa!
Baby telah mula diasuh potty training sejak umur 3 bulan dan semua baby di China sudah berjaya potty trained apabila mencecah umur 2 tahun.
Kebanyakan ibu bapa di China tidak memakaikan anak mereka diaper pakai buang sebab kosnya sangat mahal. Ramai yang tak mampu beli disposable diaper sebab itu mereka mengajar anak mereka pergi ke toilet seawal umur 3 bulan.
No wonder I tengok ramai yang pandang-pandang bila I tukar diaper Izzah dalam kawasan toilet. Sebab budak sebesar Izzah memang tak pakai diaper di China!
Kebanyakan budak dah pandai pergi toilet atau bagitau parents untuk ke toilet sebelum umur 2 tahun tau.
Di negara China, parents potty train bayi mereka menggunakan kaedah EC (Elimination Communication).
Dengan cara ini, seorang bayi boleh bagitau parents yang dia perlu ke toilet seawal usia 3 bulan. Memang ‘accident’ akan terjadi tapi bagi parents China hal ini bukannya satu masalah.
Bagi orang China, kalau baby atau toddler terkencing atau terberak semasa berjalan di luar seperti taman atau shopping kompleks atau semasa menunggu LRT adalah perkara biasa.
Mereka respek parents kepada bayi tersebut dan tidak menjadikan hal ini isu besar. Kalau benda macam ni berlaku kat Malaysia mesti kecoh satu Malaya. Malah mesti ada orang create Facebook page menghentam parents tu pulak..ha..ha
Well, orang Negara China tidak ambil ‘pot’ kalau budak kencing dimana-mana sahaja – dalam tong sampah atau tepi jalan atau longkang atau mana-mana tempat yang sempat.
Parents pula memang akan bersedia dengan plastic bag jika “accident” terjadi.
Seluar Khas Potty Train
I jumpa sesuatu yang amazing semasa di Guangzhou mengenai kaedah orang China potty train anak mereka.
Mereka akan pakaikan anak mereka yang dah boleh berjalan dengan potty training pant. Tapi potty training pant orang China ni lain dari potty training pant kita.
Ada lubang pada bahagian depan dan belakang seluar. Akan nampak dengan jelas bahagian punggung dan kemaluan!
So, kalau baby rasa nak poo poo atau pee pee senang je boleh terus buat tanpa buka seluar..he..he
Budak lelaki dalam gambar ni I rasa umur dia dalam satu tahun lebih. Masa tu cuaca Guangzhou masih sejuk tapi budak ini tetap dipakaikan seluar berlubang nampak bontot dan anu!
Izzah pula seronok main dengan kawan baru. Tak kisah lah kawan baru di Guangzhou ni pakai pakaian menjolok mata…muah..ha..ha
saya pun tgh pening nak potty training si Diha ni, bila dia nak ‘beri’ mmg boleh nampak dari eksperesi muka dia, tp bila kita immediately bwk ats toilet, dia tak nak ‘beri’ pulak..
Kak Ros, kesiannyer budak2 kat sane.. sejuk2 gitu, terdedah macam tu, lagi senang la depa nak shi shi kan..
pd saya, bkn mudah nak potty train anak. Q skang pun dlm proses itu. kat skool dan kat rumah lain betul. kat skool tak pernah ter pee kat lantai, tp kat rumah kerap plak.
lain betul cara sana ek…saya baru tau..kalau kak ros x citer sini, mmg la xtau
kelakar betul la baca entry ni…. yg paling best tang ayat izzah berkawan dgn member yg menyolok mata (ikut style david teo)..hehehe ammar dah nak masuk 3thn belum diajar lagi nii.ehehe
@Manjakuhappy, anak saya akan capai umur 3tahun pada 19/05/2012..start bulan dis 2011 baru ni dia dah xpakai lamping siang hari kecuali waktu tidur..berak kencing semua dlm toilet..saya bagi ye mkn GeniusXtra..Alhamdulillah cepat faham arahan.