Penjaja jalanan memang menguasai setiap ceruk Guangzhou!
Kebanyakannya mengheret pedati kayu beroda dua semasa menjaja makanan atau apa-apa sahaja. Sebijik seperti suasana China di zaman dahulu (tahun 1800+) macam yang kita selalu tengok dalam drama Cina.
Macam-macam makanan ada dijual seperti jagng rebus panas, buah-buahan kering, buah-buahan fresh, air kelapa, pau, tebu dan yang paling banyak ialah buah berangan.
Agaknya memang musim buah berangan atau memang buah berangan banyak kat sana?
Penjaja jalanan ni kadang-kadang agak kasar juga terutama kalau kita tidak jadi membeli. Tanpa segan silu mereka akan memaki kita dengan kasar..he..he
Macam penjaja jajan ni. Dia dah siap masukkan jajan dalam plastic tapi tiba-tiba pembeli tak jadi beli.
Apa lagi.. terus dia maki ‘backout buyer’ tu dengan kuat.
Ramai juga yang membentangkan tikar di kaki jalan dan menjual pelbagai jenis barangan termasuklah barang branded imitation punya.
Macam-macam ada macam beg, kasut, permainan dan sebagainya. Rasa macam Chow Kit pada zaman dulu je.
Bila kak ros gi guangzhou 102 ni? Selamat memborong….
anie, i pegi takde ikut rombongan.. pegi sendiri.. jangan keliru dengan tajuk ye.. letak 101 sebab banyak cerita best nak share pasal Guangzhou ni
salam..kak ros,mcm mana komunikasi dgn org kat sana..coz mostly tulisan semua chinese kan..