Guangzhou Travel | Pengilat Kasut Old Style di Guangzhou

Penjaja jalanan memang menguasai setiap ceruk Guangzhou!

Kebanyakannya mengheret pedati kayu beroda dua semasa menjaja makanan atau apa-apa sahaja. Sebijik seperti suasana China di zaman dahulu (tahun 1800+) macam yang kita selalu tengok dalam drama Cina.

Malah ada juga pengilat kasut jalanan old style punya!

Pengilat kasut di Guangzhou akan membentangkan kain dan peralatan mengilat kasut di tempat yang ramai orang lalu lalang.

Guangzhou Shoe Shine

Semasa I di Guangzhou, semua pengilat kasut jalanan adalah perempuan. Tak jumpa pula pengilat kasut lelaki.

Kalau rasa kasut tak berpa berkilat tu boleh cuba perkhidmatan kilat kasut pengilat kasut jalanan Guangzhou ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *