Kalau datang ke Guangzhou ni tak perlu risau pasal pengangkutan. Sebab pengangkutan awam di Guangzhou adalah pelbagai dan efisien.
Teksi adalah cara paling senang untuk berjalan sekitar Guangzhou. Ada lebih 20 ribu teksi di Guangzhou. Semua teksi Guangzhou menggunakan meter.
Kalau rasa nak adventure sikit boleh naik subway Metro Guangzhou. Subway Metro ni murah je dari RMB2 to RMB5. Tiket boleh beli kat mesin tiket di stesen Metro.
- Metro Line 1 meliputi dari Xilang di Fangcun District hingga East Railway Station.
- Metro Line 2 meliputi Jiangxia, Baiyun District hingga Pazhou, Haizhu District.
- Metro Line 3 meliputi East Railway Station hingga Panyu Square.
- Metro Line 4 meliputi Wanshengwei hingga Huangge.
Dan kalau rasa nak lagi adventure boleh cuba naik tut tut – sebuah kenderaan seperti motosikal tetapi beroda tiga dengan tempat duduk penumpang di belakang.
Naik tut tut adalah cara paling pantas untuk bergerak dalam Guangzhou dan merupakan cara paling merbahaya..he..he
Nanti I cerita dan tunjuk lebih banyak gambar teksi dan tut tu Guangzhou. Semasa di sana kami tidak menggunakan subway Metro – hanya teksi semata-mata sebab kami tak ada feeling untuk adventure…ha..ha