Menariknya Guangzhou! Pejalan kaki diberikan penghormatan yang tinggi..he..he
Di setiap simpang jalan mesti ada zebra crossing dan lampu isyarat pejalan kaki yang sentiasa berfungsi dengan baik.
Malah lampu isyarat pejalan kaki akan sentiasa memberikan laluan pada pejalan kaki tanpa perlu kita tekan apa-apa butang. Mungkinkah ada auto detection?
Sikap pemandu kenderaan di Guangzhou juga sangat hebat. Mereka akan tetap berhenti di lampu merah walaupun tiada pejalan kaki melintas. Tak macam kat KL.. lampu merah pun langgar. Pemandu kat KL tak kisah ada pejalan kaki nak melintas pun terus pecut.
Satu lagi perkara unik di Guangzhou ialah semua lampu isyarat pejalan kaki juga mudah digunakan untuk mereka yang buta. Bila lampu isyarat pejalan kaki menyala hijau mesti akan juga ada bunyi seakan bunyi cengkerik yang memberitahu orang buta bahawa ianya selamat untuk melintas.
Walaupun pemandu kenderaan seperti kereta, teksi dan bas akan sentiasa berhenti apabila lampu merah dan memberikan laluan pada pejalan kaki tapi kita tetap kena berhati-hati.
Sebab ada satu jenis kenderaan yang langsung tak akan berhenti pada lampu merah iaitu basikal!!
Basikal memang ada laluan khas sepanjang jalan di Guangzhou. Penunggang basikal pulak memang tak akan stop punya dan risiko dilanggar basikal pulak yang tinggi..he..he
Oh ya.. zebra crossing pejalan kaki di Guangzhou ni pun selalu di gunakan sama-sama dengan penunggang basikal dan tut tut. Hati-hati masa melintas!