Guangzhou Travel | Menyidai Seluar Dalam di atas Jejantas?

Guangzhou adalah sebuah bandar yang moden. Jejantas pejalan kaki memang banyak memberi kemudahan kepada penduduk.

Seperti bandar maju yang lain, Guangzhou juga ada mereka yang tidak berumah (homeless). Memang sangat ramai homeless people di Guangzhou ni.

Mungkin sebab kadar harga rumah dan kadar sewa rumah yang sangat tinggi di Guangzhou menyebabkan ramai penduduk Guangzhou tidak mampu tinggal di sebuah rumah.

Dengar cerita kalau gaji penduduk Guangzhou sebanyak RMB5,000 (RM2,500) sebulan memang 90% duit gaji akan digunakan untuk bayar sewa rumah. Ya.. sewa apartment pun boleh cecah RM2,000 sebulan.

homeless

Maka tak hairan ramai homeless people tak mampu tinggal di rumah dan hanya menjadikan lorong-lorong kotor atau jejantas sebagai “rumah”.

Homeless people di Guangzhou makan, tidur dan mencuci pakaian di atas jejantas.

Ada sekali kami menggunakan jejantas dan menyaksikan sendiri homeless people ni tengah basuh baju dan menyidai pakaian dalam di dahan pokok hiasan atas jejantas! 

Bayangkan bagaimana mereka survive hidup di jalanan semasa musim sejuk dengan suhu 2-3 darjah celcius?

Bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada!

ps.. Gambar Pak Cik Google punya.. I tak sampai hati nak ambik gambar dioarang..hu..hu

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *