Guangzhou Travel | Jalan-Jalan Cari Makan: Restoran Halal Abdullah Qinghai

Restoran Abdullah Qinghai ni paling famous sebagai tempat makanan halal di Guangzhou. Kalau orang kenamaan Malaysia macam Perdana Menteri datang ke Guangzhou mesti akan singgah di Abdullah Qinghai Moslem Restaurant ni.

Abdullah Qinghai Moslem Restaurant Guangzhou

Restoran Abdullah Qinghai ni memang besar dan selesa. Siap ada tempat khusus untuk orang kenamaan menjamu selera.

Abdullah Qinghai Moslem Restaurant Guangzhou

Kalau orang Malaysia datang Guangzhou memang tak sah kalau tak singgah makan di Abdullah Qinghai Moslem Restaurant Guangzhou ni.

Abdullah Qinghai Moslem Restaurant Guangzhou

Masa kami makan tu pun ada satu rombongan dari Malaysia tiba dengan sebuah bas. Katanya mereka satu keluarga dari Terengganu.

Kat Restoran Abdullah Qinghai ni selain masakan Timur Tengah, ada juga western food macam macaroni ni. Izzah suka macaroni so bagi dia makan ni tapi portion sangat besar sampai terpaksa kami tapau bawa balik..he..he

Abdullah Qinghai Moslem Restaurant Guangzhou

Abdullah Qinghai Moslem Restaurant Guangzhou

Nasi dengan kambing panggang ni tersangatlah best! Masa menulis pun rasa teringat kesedapan daging kambing panggang yang lembut dan sedap tu…he..he

Abdullah Qinghai Moslem Restaurant Guangzhou

Daging goreng celup tepung ni pun sangat best!!

Abdullah Qinghai Moslem Restaurant

Kat Abdullah Qinghai Moslem Restaurant ni setiap meja di sediakan teh cina dalam teko berbentuk klasik ni. Boleh tahan sedap juga teh cina ni.

Abdullah Qinghai Moslem Restaurant

Jus buah pula memang sangat pekat rasa macam minum buah 100%. Tak macam jus buah kat Malaysia cair tapi mahal..ha..ha

Abdullah Qinghai Moslem Restaurant

Tak tau berapa biji buah dia blend untuk dapatkan jus sepekat itu dalam segelas besar. Berbaloi dengan harganya la kan.

Abdullah Qinghai Moslem Restaurant

3 Comments

  • gambar dh cantik2. tp information tk lengkap. at least kasi la alamat dan how to get there. isk isk

    • @zalish, kalau rajin google cari maklumat mesti dapat alamat restoran ni. saya menulis kongsi pengalaman saya makan sahaja pun, bukan sebagai tourist guide yang kena bagi maklumat lengkap.

      cuba-cubalah google ye.. banyak blog yang cerita pasal restoran ni.. meh.. saya tolong google..

      111 Guang Hua Yi Lu, San Yuan Li (8657 0920)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *