Guangzhou Travel | Jalan-Jalan Cari Makan: Gerai Penjaja Halal

Guangzhou, China ni adalah sebuah bandar yang moden. Ia adalah bandaraya ke 3 terbesar di China dengan lebih 10 juta penduduk. Ramai giler kan?

Walaupun bangunan di Guangzhou kebanyakan adalah moden tetapi lifestyle penduduk di Guangzhou adalah old-style.

Kita boleh nampak penjaja jalanan menguasai setiap ceruk Guangzhou!

Penjaja Guangzhou

Penjaja jalanan ni pulak kebanyakannya mengheret pedati kayu beroda dua semasa menjaja makanan atau apa-apa sahaja. Sebijik seperti suasana China di zaman dahulu (tahun 1800+) macam yang kita selalu tengok dalam drama Cina.

Penjaja Guangzhou

Kalau sambil jalan-jalan sekitar Guangzhou dan terasa nak mengunyah boleh je beli makanan dari penjaja jalanan. Ramai penjaja Muslim (boleh kenal melalui raut muka yang putih bersih dah memakai kopiah putih) di Guangzhou ni.

Penjaja Guangzhou

Kalau waswas bagi je salam kat penjaja ni. Assalamualaikum! Kalau dia jawab salam tu confirm Muslim lah tu.

Kadang-kadang kita tak sempat bagi salam tapi dia dulu yang bagi salam..he..he

Penjaja Guangzhou

Makanan penjaja jalanan ni macam biasa jagung rebus panas, buah-buahan kering dan ada juga jual satay versi Guangzhou!

I tak sempat merasa satay halal versi Guangzhou penjaja jalanan ni tapi Big Babah pernah makan. Sedap katanya..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *