Guangzhou Travel | Jalan-Jalan Cari Makan: Fast Food Halal Salam Harbor

Kat Guangzhou makanan halal senang dapat. Cuma nak kena pandai kenal pasti dan cari.

Tak perlu risau kebuluran ye kalau ke Guangzhou, China..he..he

Fast food halal pun ada. Boleh makan ayam panggang yang memang best dan juga pelbagai jenis burger. 100% sedap dan halal!

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

Lupakan McDonald atau KFC tu. Kalau you all makan fast food Salam Harbor di Guangzhou ni mesti rasa jauh lebih sedap dari McD dan KFC..he..he

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

Salam Harbor ni terletak di San Yuan Li Avenue. Restoran Salam Harbor ni terletak betul-betul sebelah San Yuan Li Metro Station. Metro ni kira intercity train LRT macam Putra dan Star LRT kat Kuala Lumpur tu.

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

Ayam panggang dia memang best sehingga menjilat jari. Eh.. tak leh jilat jari sebab masa makan pakai sarung tangan plastik yang disediakan!

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

Salam Harbor Guangzhou ni siap bagi sarung tangan plastik sepasang seorang kalau makan kat situ. So, tak payah cuci tangan!

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

Menariknya makan di Salam Harbor Guangzhou ni dia tak bagi sos cili macam kebiasaan kita makan fast food di Malaysia (mesti dapat sos cili kan). Tapi kat sini ada cili juga tapi serbuk cili yang I rasa sangat sedap.

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

Burger di Salam Harbor Guangzhou pun sangat sedap terutama Salam Harbor Chicken Burger dan Salam Harbor Beef Burger. Manakala Salam Harbor Fish Burger rasanya agak kurang best bagi I sebab digoreng dengan tepung.

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

Setiap set makanan disertakan dengan secawan kopi panas yang best diminum terutama dalam cuaca sejuk.

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

Kat restoran Salam Harbor Guangzhou ni ada kemudahan toilet, surau dan tempat main kanak-kanak juga. Izzah lah seronok dapat main slide sampai tak nak makan.

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

Kalau you all datang Guangzhou mesti datang makan fast food Salam Harbor tau!

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

Salam Harbor Guangzhou Halal Restaurant

3 Comments

    • faisya, ayam dia kecik tak besar mcm ayam kat malaysia.. more mcm ayam kampung isi padat camtu.. bagi i best mkn ayam mcm ni

  • Memang Salam Harbour sangat sedap. Minggu lepas, kami singgah di situ dahulu dan tapaw untuk bawa berkelah di Chime Long Safari di Guangzhou. Selain daripada itu, mereka juga ada “delivery” servis ke hotel. Memang mudah. Peserta Guangzhou 102 yang kami bawa ke China juga dibawa makan ke sana untuk tengahari sebab mudah untuk pergi menggunakan Metro. Alhamdulillah, mencari makanan halal di Guangzhou bukan suatu isu lagi. Terima kasih Little Mama atas perkongsian ini. Moga dilimpah rezeki yang tidak terhingga dengan berbisnes dari China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *