Guangzhou Travel | Jalan-Jalan Cari Makan Edisi Guangzhou

Perkara pertama kita akan fikir selain tempat tinggal semasa pergi jalan-jalan ke oversea ialah tempat makan yang halal. Betul?

Kalau nak Guangzhou, China ni tak payah risau pasal makan. Sebab makanan halal memang boleh dapat dengan senang. So, tak ada lah kena bawak mee segera atau roti dari Malaysia…ha..ha

Guangzhou Halal Food

Ada beberapa tempat yang Muslim boleh makan dengan senang dan riang:

  1. Kopitiam
  2. Fast food (yes! Ada restoran fastfood halal punya!!)
  3. Restoran
  4. Gerai penjaja

Kopitiam halal ni dijalankan oleh Chinese Muslim dan menjual masakan Cina asli. Kalau you all suka Chinese Food mesti suka makan di kopitiam halal Guangzhou.

Guangzhou Halal Food

Makanan sedap-sedap belaka, dalam portion yang besar, dibuat dari bahan yang fresh dan yang paling penting harganya murah. RM6-RM10 dah dapat semangkuk mee panas yang lazat!

Guangzhou Halal Food

Kalau compare dengan portion makanan di Restoran Mohd Chan di Malaysia ni… jauh sangat bezanya. Bagi I portion makanan Restoran Mohd Chan ni tersangat sedikit.

Kira kalau makan Chinese Food di Guangzhou ni memang sangat puas hati dan kekenyangan lah…ha..ha

Fast food halal pun ada di Guangzhou nih!

I’m not talking about McDonald yang memang sah tak halal tapi I nak cerita pasal fast food restaurant yang 100% halal.

Guangzhou Halal Food

Nama restoran makanan segera ni ialah Salam Harbor. Kat sini kita boleh makan ayam panggang (macam Ayamas tu tapi 10 kali lebih sedap) dan pelbagai jenis burger yang best.

I rasa burger Salam Harbor 10 kali lebih sedap dari burger McD!

Restoran halal di Guangzhou ni banyak. Mostly adalah restoran dari Timur Tengah dan Pakistan.

Guangzhou Halal Food

Kalau rasa nak makan nasi beriyani atau nasi Arab dengan peha kambing terjah je restoran-restoran ni. Portion makanan yang besar dan sedap sesuai lah dengan harganya yang mahal..he..he

Restoran Indonesia pun ada kalau lidah rindu sangat nak makan masakan satu nusantara ni.

Guangzhou Halal Food

Kalau sambil jalan-jalan sekitar Guangzhou dan terasa nak mengunyah boleh je beli makanan dari penjaja jalanan.

Ramai penjaja Muslim (boleh kenal melalu raut muka yang putih bersih dah memakai kopiah putih) di Guangzhou ni.

Kalau waswas bagi je salam kat penjaja ni. Assalamualaikum! Kalau dia jawab salam tu confirm Muslim lah tu.Kadang-kadang kita tak sempat bagi salam tapi dia dulu yang bagi salam..he..he

Makanan penjaja jalanan ni macam biasa jagung rebus panas, buah-buahan kering dan ada juga jual satay versi Guangzhou!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Guangzhou Halal Food

Nanti later I cerita lebih lanjut dengan lebih banyak gambar setiap tempat makan Halal best yang I sempat pergi di Guangzhou ni.

Jangan terliur sudah…ha..ha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *