Kami sampai Guangzhou, China dalam pukul 1 pagi. Setelah habis pemeriksaan di Baiyun Airport, kami menunggu van untuk bawa kami ke hotel.
Mata pun memang sangat mengantuk sebab pukul 1 pagi. I dalam flight memang tak boleh nak tidur sangat sebab tak selesa. Sempit you..he..he
Dalam setengah jam menunggu baru pengurus hotel, Mr F sampai dengan van yang di sewa. Pengurus hotel siap datang jemput tu.
Kami menginap di sebuah hotel 3-star bernama Guangzhou Clivia Hotel. Clivia Hotel ni sebuah hotel kecil terletak di tempat strategik, Jiefang BeiLu.
Jiefang BeiLu ni Jiefang Road lah ye. Lu tu dalam bahasa Cina bermaksud “jalan”.
I katakan Guangzhou Clivia Hotel ni berada di tempat strategik sebab ianya dekat dengan pelbagai tempat menarik macam Western Han Nanyue King’s Tomb Museum (ahh.. kami tak sempat pergi walaupun lalu hari-hari) dan Yue Xiu Park yang cantik itu (ahhh.. kami hanya sempat bersiar di kaki gunung Yue Xiu sahaja.. tak sempat meninjau 5 tasik di dalamnya).
Dari Guangzhou Clivia Hotel boleh jalan kaki je untuk ke tempat tersebut.
Guangzhou Clivia Hotel ni memang terkenal di kalangan orang Malaysia yang selalu datang ke Guangzhou untuk memborong.
Masa I duduk situ pun ramai orang dari Malaysia menginap di Guangzhou Clivia Hotel. Big Babah dah banyak kali datang Guangzhou dan memang duduk di Clivia Hotel setiap kali.
Clivia Hotel ni tak besar sangat tapi memang selesa untuk berehat dan tidur. Kita datang Guangzhou pun nak jalan-jalan, shopping atau memborong kan so hotel yang sederhana macam ni dah memadai.
Harga bilik bergantung pada musim dan juga samada ada ada Fair/Exhibition berlangsung di Guangzhou pada masa itu. Macam kalau datang masa sukan Asia Guangzhou hari tu mesti harga semua hotel melonjak naik.
So, kalau nak datang Guangzhou better check dulu samada ada apa-apa pameran atau event seperti Canton Trade Fair dan sebagainya diadakan di Guangzhou. Elakkan dari melawat Guangzhou pada masa ini sebab biasanya susah mendapat bilik hotel (fully booked) atau harganya meningkat dua tiga kali ganda dari asal.
Macam Guangzhou Clivia Hotel ni, harga biasa RMB168 (RM84) untuk satu malam. Kalau dah biasa menginap di situ dan pengurus kenal baik dengan kita mungkin boleh dapat special rate yang lebih murah.
Sebab Guangzhou Clivia Hotel ni hotel 3-star jangan expect ada kemudahan 5-star pulak ye. Kemudahan basic macam air panas, towel dan air minuman panas/sejuk ada disediakan.
Televisyen pun ada tapi of course bukan LCD TV..he..he. Selain siaran TV China boleh tengok siaran bahasa Arab, Al-Jazeera dan English movie seperti dalam Astro. Internet access melalui wi-fi pun ada upon request.
Masa kami pergi Guangzhou hari tu, ada sebuah restoran Halal sedang under renovation betul-betul di sebelah Clivia Hotel ni. Rasanya restoran Arab.
So, next time kalau you all nak duduk Clivia Hotel ni senang nak makan.
bestnya kan dapat pergi China..
naimul, best
Puan mana tempat paling best untuk shopping di guangzhou? n boleh tolong bagi tip2nya?tq in advance
aahh..sangat teringin nak ke sana untuk bershopping..harga hotel tu sgt la berpatutannya kak.
nia, best tau .. tunggu airasia jual tiket murah nak pegi lagi..he..he
faisya, toilet ovesea mmg tak de paip air..he..he
so, kena bawa wet tissue siap-siap.. kalau ada botol air mineral kecil pun ok juga
pss.. public toilet kat guangzhou semuanya jenis cangkung
salam… ada no contact nak book hotel ni x?… saya cadang nak pegi 25 – 30 ni…
terima kasih…
dear mama izzah
nak tanya psl hotel ni, dekat ke dgn tempat-tempat makan yg u sebut eg salam harbour,SABA,Abdullah qinghai. maklum lah kali ni nak gi bawa family yg tengah membesar lagi pun masa nak gi tu winter,mesti lapar nak makan je. boleh tak mama izzah bagi contact no or e-mail hotel ni, saya bercadang nak ambil airport transfer sekali kalau boleh. salam
lupa nak tanya , hotel ni ada family room tak 🙄
Hehe…ok jgk..now dkt hotel clivia…melepak ats katil…hehe…not bad hotel cnie..pngurus pn peramah orgnye..haha..smpt lgkn…
As salam,
Boleh beri contact / email / website Hotel Clivia, Guangzhou?
Macam mana nk buat booking kalau nk stay di Hotel Clivia?
I & my other half plan to stay there July 2012.
Many thanks in advance & thank you for helping.
Wasalam
dear mama izzah
i will travel to guangzhou next month 10 Feb. boleh bagi emel adress or contact emel hotel tu tak nak buat reservation.
Bantuan di perlukan
sekian terima kasih
Clivia @ Jun Zi Lan Hotel, Number 823, The north of JieFang Road, Guangzhou,China Tel: 020-83545816;
Boleh bantu saya. Macam mana nak book hotel ini. Nak p bulan Okt – Nov ini.
Mcam mane nk contacg sane..huhhbh
boleh bqntu saya macam.mane nk booking ek..saya nk pegi 3hb mei nnti..huhuhu
tengok komen saya sebelum ini ada contact number ;D
hmm..mggu dpn saya akan ke quanzhou..da book clivia hotel.. setsen train/subway terdekat dengan hotel ni yg mana ye..thanks
zuzu, camana book? tak jumpa online booking.. call direct ke? mahal tak phone charge?
A’kum Puan/Tuan,
Boleh minta tolong dapatkan email untuk Clivia Hotel, Guangzhou. Planning nak pergi 22/08/2013. Harap dapat membantu.
Kak..macam ne akak booking hotel clivia ni..ade x emaill add die