Penduduk Guangzhou ni ada 10 juta orang dan hanya lebih kurang 100 ribu merupakan Cina Muslim.
Bagi I, senang nak kenal Cina Muslim di Guangzhou sebab raut wajah mereka sangat berbeza dari penduduk bukan Islam.
Muka Cina Muslim Guangzhou kelihatan bersih dan bercahaya. Malah raut muka juga berbeza dengan non-muslim.
Biasanya Cina Muslim di Guangzhou mudah dikenali kerana yang lelaki akan berkopiah warna putih manakala wanitanya memakai tudung.
Cina Muslim di Guangzhou agak peramah dan biasanya akan menegur kita dahulu jika mereka pasti kita beragama Islam. Salam akan diberi bersama sebuah senyuman.
Masa yang singkat tidak mengizinkan kami menziarahi masjid di Guangzhou. Tak sempat nak lawat The Great Mosque of Guangzhou, juga dikenali sebagai Huaisheng Mosque (Memorial of the Holy Prophet) atau Guangta Mosque (Light Tower Mosque).
Kalau ada rezeki kami akan ke sini lagi – amin!
Ps… Big Babah pergi lagi ke Guangzhou selepas trip kami tiga beranak. Kali ini dia berjalan kaki menyusuri setiap pelusuk Guangzhou dan telah pergi ke masjid ini. Nanti I share gambar!