Guangzhou Travel | Chinese Visa, Baiyun Airport dan Pemeriksaan Imigresen & Kastam

Kalau nak melawat negara China ni kena ada Visa. Sebaiknya beberapa minggu sebelum berangkat ke China kita dah pergi apply Chinese Visa tu.

Nak apply Chinese Visa ambik masa 4 hari untuk siap sebab tu kena make sure Visa dah siap awal. Kalau kita nak Chinese Visa cepat siap pun boleh tapi kenalah bayar extra fee RM140 (same day pick up). Kalau yang biasa tunggu 4 hari tu cuma RM28 je service fee.

Chinese Visa untuk single entry hanya sah untuk 3 bulan dan hanya boleh digunakan untuk sekali masuk sahaja ke negara China. Biasanya kalau kita first time pergi China memang hanya dapat apply Chinese Visa single entry sahaja.

Tapi kalau kali kedua pergi untuk business purpose dah boleh apply Chinese Visa multiple entry. So, kalau nak pergi lagi kali ke tiga dan seterusnya dah tak payah apply Chinese Visa jika berulang-alik ke China dalam masa 6 bulan atau 2 tahun (ikut kategori yang kita apply dan bayar).

Kategori Chinese Visa ada dua iaitu L untuk melancong dan F untuk perniagaan.

Sebab I dan Izzah pertama kali pergi dan untuk holiday semata-mata, so Chinese Visa kami kategori L lah. Big Babah punya Visa kategori F (multiple entry).

guangzhou china 03

Nak apply Chinese Visa kena pergi Kedutaan China lah ye. Actually ada banyak jenis Chinese Visa ni dan bayaran pun berbeza juga. Kalau Chinese Visa single entry tu bayaran cuma $30 + $28 = $58 ringgit.

Klik sini untuk tengok jadual lengkap jenis Chinese Visa dan jumlah pembayaran.

Nak baca lebih lanjut maklumat tentang Chinese Visa ni sila pergi ke laman web VisaForChina (khas untuk pemohon di Kuala Lumpur).

http://www.visaforchina.org.my

Macam negara lain, masa ketibaan ke negara China mesti dah isi Arrival and Departure Card. Maklumat biasa kena isi nama penuh, warganegara, no flight dan lain-lain lagi. Keratan Departure Card tu kena simpan elok-elok. Kalau hilang masa nak balik banyak problem tau…he..he

Biasanya dalam kapal terbang, stewardess akan bagi siap-siap kad tu untuk kita isi. Untuk lebih selamat masa sampai kat sana tu better ambik 2-3 keping extra untuk simpan.

Guangzhou Baiyun International Airport (IATA: CAN) adalah airport yang akan anda jejaki kalau datang ke Guangzhou, China.

Baiyun Airport ni terletak lebih kurang 28 kilometer dari bandar Guanzhou. Macam biasalah, airport mana ada dekat dengan bandar kan.

Kat Baiyun Airport ni rasanya prosedur kemasukan pelancong asing sama je dengan negara lain.

Kena go through beberapa lapis pemeriksaan. Yang paling lama ialah masa nak lepas imigresen sebab kena beratur panjang.

Then, kena mengadap pegawai imigresen China yang akan check dengan teliti muka kita samada sama tak dengan gambar dalam passport. Siap kena pandang video kamera yang tunjuk skrin bandingkan gambar pasport dan muka kita secara live.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Kami sampai Baiyun Aiport dalam pukul 1 pagi so mata pun sembab gila sebab baru bangun tidur kan. I tengok muka I dalam video mata sepet je berbanding muka dalam passport (mengantuk beb).. Nasib baik lepas… he..he

Dah lepas imigresen kena pulak lalui pemeriksaan kastam. Kat sini kita kena buat muka confiden je kalau tak mesti kena tahan. Kalau setakat tahan je takpe ni siap suruh bukak beg untuk digeledah. Tak pasal-pasal kena mengemas balik.

Guangzhou China

Kami lepas semua pemeriksaan dan tiba di depan pintu masuk (dekat kaunter jual tiket bas/teksi). Terpaksa tunggu setengah jam macam tu sementara van yang ditempah sampai untuk bawa kami ke hotel.

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *