I dan family pergi holiday ke Guangzhou, China dari 10 – 15hb Mac 2011. Kami naik Air Asia flight AK114 bertolak pukul 8.30 malam dari LCCT.
Sampai kat Baiyun Airport pukul 12.30 malam. Cuaca kat Guangzhou masa tu masih penghujung Winter so suhu masih sangat rendah (14′ celcius) dan sangat sejuk bagi orang yang tak tahan sejuk macam I ni..he..he
I tengok orang Guangzhou sendiri masih pakai pakaian musim sejuk yang tebal siap dengan boot pelbagai fesyen menarik.Nasib baiklah I ada bawa baju sejuk for me and Izzah.
Tapi Big Babah tu tak bawa sebab ingat cuaca panas kat Guangzhou ni..so..kesejukan tahap gaban lah walaupun kulit tebal he..he
Terkejut juga bila tengok TV ada berita pasal earth quake kat Jepun dan tsunami besar dengan ombak setinggi 10 meter tu. Tsunami di Jepun tu berlaku pada hari yang sama kami sampai ke Guangzhou, China so sudah tentu agak scary for us.
Sebab China dan Jepun adalah hampir dengan each other!
Walaupun tak de lah dekat sangat tapi kira dekat la jugak tu berbanding Malaysia.
Khabarnya lebih 6 ribu orang disahkan mati dan lebih 9 ribu orang dilaporkan masih hilang. Walaupun jumlah kematian tidak sebanyak semasa Tsunami di Acheh, Indonesia (beratus ribu) tapi jumlah di Jepun adalah sangat besar bagi sebuah negara maju yang terkenal dengan amaran gempa bumi/ Tsunami yang canggih.
Malah penghadang Tsunami (Tsunami barriers) yang di buat sekeling bandar utama juga tidak mampu menahan kekuatan ombak Tsunami di Jepun.
Ngeri bila tengok siaran TV China asyik ulang-tayang ombak Tsunami merempuh rumah kediaman dan menghanyutkan kenderaan dalam masa beberapa saat.
Tak dapat elak dari rasa takut sebab Guangzhou ni pun dekat dengan pantai. Alhamdulillah, keadaan baik-baik saja semasa kami di Guangzhou, China.
Banyak gambar dan cerita menarik nak dikongsikan tentang Guangzhou ni.
Guangzhou 101 adalah tajuk entri untuk share pengalaman singkat I di Guangzhou. Ada 101 gambar. Ada 101 cerita. Ada 101 pengalaman.
4 hari tak cukup – rasa nak pergi lagi!
wahhh membeli belah…beg utk ai ada???hahahhahahahahaha
fid, beli dan terus belah..he..he
u kan expert DIY bag..tak perlu beg from China ni..he..he
Syukurlah Kak Ros & family ok aje masa kat Guangzhao tu. Ada beli baju comel2 tak? hehe..
nia, tak sempat shopping sangat pun.. tapi baju comel mmg banyak cuma kena boronglah ..time tu tak niat nak borong cuma ber-holiday sahaja
alhamdulilah.. sebaik China tak kene tempiasnya..
ooo… bercuti ke China.. ni la yg duk update status cakap Izza muntah tu yek?? hehehe…
cepat update.. x sabar nak tgk gmbr nie..hehehe
sumi, tu la nasib baik la tu.. takut gak gempa bumi jadi kat China tu kan dulu ada sekali China kena gempa bumi teruk kan..
aah.. tu la masanya dia bagi mama dia bau masam muntah..he..he
kak ros.. lamanya tak mengomen kat sini.. ngeh2… best tak Guangzhou? teringin nak pegi.. tp ntah bila… 😀
ninie, sibuk dengan baby baru kan..he..he
best juga Guangzhou ni terutama kalau pergi time udara sejuk dan nyaman..kalau time musim panas tak berapa best sbb rasa mcm kat Malaysia..he..he
wah..seronoknya ber holiday sakan..hehehe..
Saya pakai 4 lapis stokin kat sana…tu pun lenguh lagi kaki…5 hari di sana saya memang tak mandi…opss 😛