Hari ni I nak cerita sikit-sikit pasal sesi fotografi dua hari lepas dengan photographer dan wartawan Tech N U suratkhabar NST (New Straits Time).
Lepas the NST reporter contact I kata nak datang interview dan buat photoshoot special untuk Mothers’ Day punya story dalam NST.. terus kami kelam-kabut kemas rumah…ha..ha
Maklumlah.. rumah lagi teruk dari kapal pecah dah. Yang buat rumah jadi sepah tu tak lain dan tak bukan budak bernama Izzah tu lah.
Lepas rumah dah cantik, I dan Izzah pun kena juga jadi cantik banyak-banyak *sebab asalnya cantik sikit-sikit je…he..he*.
Izzah tu siap pakai mekap bagai – dengan eyeshadow, lipstick, bedak dan blusher. Nasib baik dia tak pakai foundation sekali..aha..ha..ha
Izzah pakai baju Jenama IzzahKids buatan sendiri.
psss… untuk pengetahuan.. Izzah suka sangat kacau I mekap pagi-pagi.. kalau I pakai bedak asas pun mesti dia nak calit jugak.. sebab tu kalau nak mekap kena cepat dan pantas.
Dekat sejam jugak photo session tu. Naik lenguh dan berpeluh kena posing menjahit baju.. posing buat kerja kat komputer.. posing layan Izzah main gadgets dan posing tengah ambik gambar Izzah.
Nasib baik lah budak Izzah ni ‘cool’ je sepanjang sesi fotografi. Macam model kecik je dia ni..he..he
Barulah I tau rupanya penat giler weeh jadi model nih. Siap kena berlakon macam-macam gaya tu.
Hasilnya? Kenalah tunggu cerita keluar NST sempena Mother’s Day in 2 weeks time la kot.
Bajet gempak la mak kan sebab katanya jadi story dalam Tech N U.. tak tau lah jadi ke tidak..
wah x sbrnya nak tgu hasilnya…cayalah kak!
Wawawa diva2… akak nnt jgn lupa bgtau kalau dah kua.. hihihihi