Bayi dilahirkan memang takde gigi. Jangan pulak kata anak cac*t kalau takde gigi… buat lawak la tu mak bapak yang panik anak lahir tanpa gigi.
Memang ada bayi yang dilahirkan terus ada gigi.. tapi itu keajaiban satu dalam sejuta. Me pernah jumpa baby yang belum 6 bulan tapi gigi dia dah penuh satu mulut.. pulak tu gigi macam orang dewasa… mak dia kata masa lahir memang dah ada gigi!
Tapi, Izzah ni macam baby biasa. Gigi dia pun cuma keluar masa 6 bulan macam tu.. ha ah.. dah lupa exact month.
Gigi baby kena jaga.. kena bersihkan. Kalau tak… umur belum dua tahun tapi gigi dah rosak dimakan ulat… macam gigi anak sedara me.. dah rongak masa umur 1 tahun setengah! mak dia kata tak sedar bila gigi dia rosak…hoh! camana boleh tak sedar? tak pernah bukak mulut anak tengok ke?
Bukan nak berlagak pandai… me baru anak satu tapi me tahu kepentingan menjaga gigi anak. Kakak ipar tu anak dah 7, so maybe dia dah tak peduli sangat pasal gigi anak kot (tak se-excited orang baru anak satu).. kot la kan.
Anyway, me cuma nak share macam mana me menjaga atau mencuci gigi Izzah.
Masa dua gigi pertama dia baru nak keluar, me ambik bawang putih dan sapu kat gigi dia time dia tidur… Ntah mana me dapat petua ni.. kononnya boleh cegah gigi anak dari rosak. Bukan sapu banyak pun… sikit je sapu each time gigi baru tumbuh.
Rasanya masa me kecik mak pun buat benda yang sama kat kita orang. Sapu bawang putih dan buah pokok senduduk (kaler purple, cuma ada kat area belukar kampung). Hasilnya… gigi susu kami semua putih bersih.. tak de satu pun rosak… walaupun me rasa me macam jarang kot gosok gigi pakai berus gigi dan ubat gigi (rasanya kecik dulu berus gigi pun takde…ha..ha).
Pastu lepas gigi Izzah dah keluar, me bersihkan gigi time mandi dengan kain lampin basah. Mula-mula dia bagi me bersihkan gigi dia… tapi lama-lama mula la dia meronta-ronta. Tak bagi me cuci…ha..ha
Tapi, sebagai ibu…kena lah tegas. Ini untuk kebaikan dia juga. So, me teruskan mencuci gigi dengan kain basah tu sampai la umur dia setahun.
Bila gigi dia dan banyak… me guna berus gigi kecik dan sedikit ubat gigi kanak-kanak. Mula-mula dia seronok me berus gigi dia dengan ubat gigi perasa buah tu. Siap buka mulut sendiri masa berus gigi.
Tapi… lama-lama dia boring kot… asyik kena bukak mulut je.. so dia pun meronta-ronta lagi…ha..ha
Kena tegas lagi. Kalau kita mengalah… nanti lama-lama gigi dia rosak pulak. So, me guna taktik ni masa nak berus gigi dia.
- Beli 2 berus gigi… satu bagi dia pegang… satu kita pegang (letak ubat gigi).
- Cakap kat dia kita nak berus gigi dia… me selalu cakap “let’s brush your teeth okay?”
- Masa beruskan gigi dia tu… me nyanyi-nyanyi la lirik lagu ciptaan sendiri…brush my teeth…i brush my teeth…la..la..la.. walaupun suara me sumbang bak kodok.. tapi Izzah suka…ha..ha..ha
- Lepas me dah beruskan… me bagi dia pulak berus.. guna dua-dua berus gigi!
Lama-lama, takde lagi dia meronta-ronta time nak berus gigi.
p/s Jangan letak banyak sangat ubat gigi berflorida tu…sikit je.. sebab kalau tertelan boleh buat gigi putih jadi kuning (discoloration of teeth).
hr tu me tercari2 jugak teknik nak suh my nuha gosok gigi..biasa my nuha, gigi depan dier bagi lagi cuci..pastu..kat dalam2 tak sempat dah..dier dah tutup rapat mulut dier..huhuhu
dah bagi satu berus kat dier pun,dier tak mo bukak mulut jugak..huhuhu
.-= eliss´s last blog post..Jundeco sticker? =-.
eliss, nak kena paksa la tu…he..he.. takpun u kena demo gosok gigi sendiri sebelum gosok gigi dia.. macam saiko la
me kalau izzah tak mahu bagi me terus cuci dengan kain je (pegang mulut dia… memang meronta tak hinggat tapi kena gak buat..dah tu tak nak bagi berus… cuci dengan kain cepat sikit)
hem..sya pn ngah hadapi mslh cmne nk berus gigi sara…guna kain pn dia marah..skrg ni guna berus gigi tu pn dia meronta2..jenuh dh siap demo gosok gigi sya dpn dia lagi..
.-= lin´s last blog post..DIY Lips Scrub =-.
lin, nak tak nak kena paksa gak.. tak leh belas kasihan bab gigi ni.. izzah before nih selalu lah meraung-raung dalam bilik air masa me paksa bukak mulut cuci gigi… tapi lepas dah cuci me cakap la sebab me buat camtu dan kiss dia
lama2 dia paham kot sebab tu dah ok sekarang ni.
hahaha..miya pun cam izzah gak. kena buat memacam trick la nak cuci gigi dia.
hmm nak try the garlic trick la, cuma takut nnt papa dia komplen anak bau garlic lak..ala2 nak halau vampire.
.-= mamamiya´s last blog post..Mystery Box =-.
mamamiya, ari tu hubby pun kata apahal letak garlic..he..he tapi me letak gak time dia tido.. calit sikit-sikit kat area gigi/gusi tu.. buat sekali je pun
haaa,..bagus pun little mama buat entry ni, mmg tgh pikir2 ape lg aku nak buat utk gigi anak ni..hehe..
.-= unlisted_one´s last blog post..Mom Bloggers Planet =-.
unlisted, bab cuci gigi anak ni tak leh ada belas kasihan tau..ha..ha
Ros, 3 anak3 ku yg tua itu tak sempat nak perati…honestly, masa keje dengan org dulu, dari mandi pagi, sampai ke mandi malam, diorang mandi kat nurseri…but now, Arwa punya keadaan samalah mcm Izzah, sampai kami berdua terpaksa tunggu dia lena seblom dapat godak gigi dia…huhu..
sitisifir, oo ye ke.. izzah pagi je mandi nurseri.. petang walaupun dah dimandikan, me mandikan lagi.. pastu cuci gigi.. dah tido pun cuci lagi..he..he
sama… Lyssa pun ada dua berus gigi! but i masih tak confident nak bagi dia pakai ubat gigi berflorida cos dia tak pandai ludah… dok telan jer memanjang… so pakai toothpaste Pureen jer skrg. (and i think i read somewhere although floride is good for the teeth, it can cause brittle bones if swallowed too much)
.-= Mommylyssa´s last blog post..Monday blues… =-.
mommylysa, izzah ni reti ludah tapi tapi kadang2 tak nak.. so me lap sisa ubat gigi dengan kain.. betul tu..kalau telan banyak tak bagus
me use berus gg elektric utk budak tu. zahra mmg suka sgt la.. suka nak main sebenarnya.. tapi gasak.. as long as dia nak gosok gg..
.-= neeza79´s last blog post..Kuetiau kontot =-.
neeza, mahal tak berus letrik tu.. emm kan izzah asyik nak main pulak he..he
My mom lagi laa bab gigi ni. Malam malam kena tadah gigi dia cek kalo tak kena berus balik.
Semua gigi I cabut pakai tangan.. my mom jugak yg cabut. Tu yang pagar lawa tuh.
Pg jumpa dentist dia kata “jarang jumpa gigi cukup cukup 36 perfect mcm ni!”
Bangga kalo mak i denagr muahaha@!~
.-= Jiji´s last blog post..One Last Kiss =-.
jiji, waah.. patut terima kasih kat mak tu.. kerana tegas dalam bab gigi nih maka u all gigi semua cantik!
me pun kecik2 cabut gigi susu main tarik sendiri je… time dia nak tanggal tu usha dengan lidah je… pastu bila dah tanggal huh..rasa best!
Amirul punya gg dh rosak. huda rase sedih sgt. even tho Amirul mmg xmakan cokolat, ais cream sume, tp still gg dpn dier rosak. sbb nya dier suka tido sambil minum susu.
dah ajar dier gosok gg. mula2 ok la..dier nk mayb after boring dier xnk and kalu gosok pn gg dpn jer.. tp me kenkadang tue paksa dier gosok gg. huhu
huda, dah rosak ke.. a ye lah.. me ada baca kalau baby suka tido nyonyot susu senang rosak sebab susu bertakung dalam mulut..
izzah baru ni je dia bagi gosok sampai geraham dia.. kalau tak depan je
ni satu pengalaman yang boleh dijadikan ikthibar buat semua.
my baby love to eat rusk biscuit..since he was 6 month old, he already ‘indulged’ himself eating that. the result? the first teeth dah jadi kuning because i didn’t brush, just lap dengan kain..now he is one year and 2 months and mulut hampir dah penuh dengan gigi, the first 4 teeth in front dah jadi kuning…macam nak ada karies pun ada..of course now i brush the teeth already but then macam dah terlambat for gigi dia yang awal skali kuar….
dah janji dengan myself, i’ll be more alert next time… 😥 (go to school early in the morning, my baby boy is not yet up, coming home in the evening, my baby already asleep ) i should spend more timme with my baby right…? sampai gigi pun x terjaga tu.. so sorry anak mommy…
.-= mommiZee´s last blog post..a new identity maybe? =-.
mommizee, thanks for sharing.. ni boleh dijadikan panduan buat semua mommies.. me pun kalau weekdays gosok gigi izzah petang je masa mandi…pagi cuma sempat cuci dengan kain basah kadang2(tu pun dia meronta).. kalau weekend 2-3 kali
nak kena jaga betul ni sebab tadi me nampak cam kuning je gigi dia sejak dia suka makan sup carrot nih.. tapi betul tu.. kita kerja kan so masa tu kurang dengan anak.. hu..hu
bila baca n3 ni n komen² sumer rasa tak sabo lak nak tunggu Husin tumbuh gg….
nak share pasal pertumbuhan gg bby…
Nukman tumbuh gg seawal 5 bulan
tgk gg depan nukman cam jarg sikit…
tapi tak per ptg ni ibu nukman ingat nak pg cari berus gg ngn ubat gg yg sesuai untuk nukman..nak kena ajar sebelum terlambat heeee…
thnks 4 sharing ek
salam…anak sy umur 1 1/2 tahun susah sangat kalau nk gosok gigi….sampaikan nangis2 baru leh gosok….x tau dh nk wat cam mana lagi…hrp dpt bg tips…tq 😉