Gigi Bayi | Bila Gigi Bayi Tumbuh & Carta Pertumbuhan Gigi Bayi

Saya nak kongsi ilmu tentang GIGI bayi dan kanak-kanak.Ilmu gigi bayi dan kanak-kanak ni satu ilmu yang menarik tau.

Rasa macam ala-ala dentist pulak bila tahu banyak tentang gigi budak-budak ni. Hik!

Anak sulung saya Izzah (6 tahun) tumbuh gigi masa umur setahun rasanya. Saya tak pasti sebab saya tak kisah sangat walaupun gigi bayi saya lambat tumbuh.

Tapi saya memang sangat ambil berat tentang penjagaan gigi bayi. Sebab tu gigi susu Izzah masih putih dan cantik tersusun semuanya. Bab jaga gigi ni saya cerita lain kali saja lah ye.

Hari ni nak cerita tentang carta pertumbuhan gigi bayi. Kenapa lah tetiba nak tulis pasal gigi pulak ni. Buang tebiat? No lah!

Gigi Bayi

Saya teruja sebab baby girl saya Izzah tu dah besar. Gigi susu pertama dia dah tanggal dengan sendirinya minggu lepas. Gigi kekal baru pun dah tumbuh!

Gigi Bayi

Bila gigi Izzah tercabut tu baru saya terfikir nak monitor pertumbuhan gigi bayi Irfan. Terutama bila saya nampak gigi geraham kecil Irfan dah mula tumbuh!

Carta Pertumbuhan Gigi Bayi

Kebanyakan bayi tumbuh gigi pertama pada umur 6-7 bulan. Ada juga bayi yang lambat tumbuh gigi macam bayi saya Irfan yang tumbuh gigi masa usia 10 bulan. Ada bayi tumbuh gigi pertama masa umur setahun lebih.

Gigi Bayi

Bayi anda lambat tumbuh gigi? Jangan risau. Nikmati saja saat comel dia tak ada gigi tu. Terutama kalau anda breastfeeding…ekekekeke.

Biasanya gigi pertama bayi yang tumbuh ialah gigi kacip bawah (insisor tengah di rahang bawah).

Gigi Bayi

Gigi yang terakhir (gigi geraham kedua, terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua.

Semasa umur 3 tahun anak kita sepatutnya sudah ada set lengkap 20 gigi bayi!

Gigi Bayi Irfan Tumbuh Umur Berapa?

Baby saya Irfan tumbuh satu gigi kacip rahang atas dan satu gigi kacip rahang bawah masa umur 10 bulan. Hanya satu gigi atas dan satu gigi bawah!

Gigi Bayi

Nampak pelik, kelakar dan comel. Biasa bayi tumbuh gigi sepasang. Kacip bawah sepasang. Kacip atas sepasang.

Tapi Irfan special sikit…ekekeke.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Gigi Bayi

Masa dia umur 12 bulan barulah pasangan gigi kacip atas dan bawah tu tumbuh.

Gigi Bayi

Irfan sekarang berumur 18 bulan. Sekarang dia ada 6 batang gigi (4 gigi kacip atas, 2 gigi kacip bawah).

Gigi Bayi

Terbaru sedang tumbuh gigi kacip bawah rahang bawah kanan dan juga gigi geraham kecil rahang bawah kiri.

Gigi Bayi

Makin hensemlah Irfan bila gigi tumbuh makin banyak ni…heheheh.

Gigi manusia ada dua jenis iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu adalah gigi yang tumbuh pada usia 6-30 bulan dan akan tanggal pada usia 6-12 tahun dan digantikan oleh gigi kekal.

Gigi susu ada 8 gigi kacip, 4 gigi taring dan 8 gigi geraham (molar).Semuanya berjumlah 20 gigi. Gigi kekal ada 32 gigi iaitu 8 gigi kacip, 4 gigi taring, 8 gigi geraham kecil (premolar), dan 12 gigi geraham (molar).

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *