Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010

Semalam, 15 Januari 2010.. kita di Malaysia ada chance tengok gerhana matahari. Bukan gerhana matahari penuh.

Walaupun, cuma gerhana matahari separa atau disebut juga gerhana matahari annulus tapi ia tetap satu fenomena yang hebat. Sebab jarang-jarang berlaku.

gerhana matahari

Dalam abad ini, penduduk Malaysia cuma akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019! Masih hidupkah lagi kita pada tahun 2016?

So, semalam me pun ingat nak tengok juga gerhana matahari separa ni kat rumah (half day tapi bukan sebab nak tengok gerhana matahari annulus tu okeh).. Tapi intai langit tengok mendung pulak…ha..ha

Macam mana nak tengok kalau awan hitam tebal ada kat langit. Kena tunggu 2016 lah..hu..hu..hu

Dulu masa kecik-kecik, tengok gerhana matahari ni senang je… letak air dalam baldi.. pastu tengok bayang gerhana matahari dalam air. Ye la.. dulu duduk kampung… mana ada cermin mata khas ke.. balai cerap ke. Kalau tengok direct dengan mata tak pasal-pasal buta tau.

Anyway, gerhana matahari ni buat me teringat masa sekolah dulu. Masa exam Geografi mesti kena lukis camana gerhana matahari ni terbentuk. Me suka subjek Geografi ni tahu.. SPM dapat A1 okeh..ha..ha

Proses Terjadinya Gerhana Matahari

Gerhana matahari terjadi ketika posisi bulan terletak di antara bumi dan matahari sehingga menutup sebagian atau seluruh cahaya Matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya karena Bulan yang berjarak rata-rata jarak 384.400 kilometer dari Bumi lebih dekat dibandingkan Matahari yang mempunyai jarak rata-rata 149.680.000 kilometer. *faham ke? ha..ha.*

Gerhana matahari itu terjadi akibat bulan berada segaris dengan matahari, sehingga cahaya matahari tertutupi oleh bulan.

eclipses solaresengerhana

7 Comments

    • hanie, elektif subjek tu samada Sejarah atau Geografi.. tu zaman me dulu-dulu la.. me hate history sebab kena hafal tarikh…sebab tu ambik geografi..ha..ha

  • My son nak jadik scientist so he was so excited telling about this, kesian dia, mama dia langsung tak excited…

  • hmm… sama laa… tak dapat tengok sebab mendung..
    tiap kali ada gerhana je, mesti mendung…
    takde rezeki nak tengok lagi la tu..
    kena la tunggu lain kali… huhu
    .-= sya´s last blog post..Breastfeeding Talk Kumpulan Sokongan Susu Ibu Ratuhati.com (+ babywearing) =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *