Gambar Perdana Menteri | Izzah Bergambar dengan Perdana Menteri Malaysia!

Korang ada pernah bergambar dengan Perdana Menteri Malaysia?

Mungkin ada la kot dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir. Itu pun lepas dia dah bersara dari jawatan Perdana Menteri – jumpa dekat kedai roti The Loaf.

Kalau dengan bekas Perdana Menteri mungkin senang nak bergambar. Sebab dah tak de body guard dan polis yang mengawal, betul tak?

Tapi dengan Perdana Menteri Malaysia sekarang ni? Dengan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak?

Issh… susah tau nak bergambar dengan Perdana Menteri Malaysia ni. Kalau ada peluang bergolek tak kan nak lepas kan.

Perdana Menteri Malaysia

Masa sambutan Ulang Tahun ke 10 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di PWTC, I terkejut sebab LPPKN (dalam suratnya) menyatakan telah arrange satu sesi khas bergambar dengan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak – Perdana Menteri Malaysia ni untuk KAMI!!

Perdana Menteri Malaysia

Kami tu I, Izzah dan keluarga jemputan LPPKN yang lain lah.

Waaaah! Mahu tak teruja sakan. Teruja tahap gaban!

So, sebab nak sangat bergambar dengan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak ni kan, I sanggup tunggu sampai 4.30 petang.

Perdana Menteri MalaysiaBakal Perdana Menteri yang terer gimnastik..he..he

Plan nak balik dalam pukul 3 pm sebab nak elak jem. Tau je lah area PWTC tu…sesak.

Perdana Menteri Malaysia

Tunggu punya tunggu punya tunggu…. sampai sakit dah kaki ni berdiri.. sampai Izzah dah cranky sebab mengantuk.

Barulah Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak pun sampai. Kami kat dalam Dewan Merdeka ni siap boleh nampak ketibaan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak dalam skrin besar.

Perdana Menteri Malaysia

Meriah betul sambutan ketibaan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak tu. Siap ada tarian tradisional dan paluan gendang (yes, gendang ye bukan kompang).

Bingit memang bingit. Sesak memang sesak.

Ingatkan masa Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak lalu on the red carpet tu boleh la Izzah salam dia. Tapi Perdana Menteri pandang sebelah sana pulak.

Perdana Menteri Malaysia

Lepas tu ada lah acara Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak berucap atas pentas berpusing tu.

Perdana Menteri Malaysia

Kami semua dah excited dan tak sabar untuk mulakan sesi bergambar dengan Perdana Menteri ni. Tapi lama pulak dia berucap.

Perdana Menteri Malaysia

Lepas berucap, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak pergi makan pulak. Adoooi… sampai bila nak tunggu ni.

Staff LPPKN siap bagi kami belon untuk pegang masa bergambar dengan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tunggu punya tunggu… akhirnya saat yang ditunggu sudah tiba.

Ehh.. I sambung lain entri je la ye…he..he

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *