Fotografi Kanak-Kanak | Hari Kraf Kebangsaan 2011

Suka tak barangan kraf? Kalau suka, mesti you all ada pergi pameran Hari Kraf Kebangsaan 2011 kat Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur tu kan.

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Pameran Hari Kraf Kebangsaan 2011 tu baru je habis semalam. Tarikh mula dia dari 23 Februari – 7 Mac 2011. So, kalau dah terlepas tu tunggu tahun depan je lah ye. Hari Kraf Kebangsaan ni memang tiap-tiap tahun ada.

I suka juga benda berseni dan kraf ni. Tapi I tak pergi every year lah. First time I pergi pameran Hari Kraf Kebangsaan rasanya dalam tahun 2007.. lama dah tu.. masa tu Izzah pun belum ada.. he..he

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Sabtu lepas (2 hari sebelum tamat) kami pergi juga tengok pameran Hari Kraf Kebangsaan 2011 ni. Saja pergi jalan-jalan cuci mata. Nak membeli-belah budget tak de sebab dah diperuntukkan untuk shopping kat luar negara… ewaah…ha..ha 

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Kami sampai dah tengahari so apa lagi isi perut dulu. Manusia memang ramai terutama budak-budak sekolah.

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Gerai jual makanan memang banyak dan pelbagai jenis tapi harganya uhhhh… cekik darah. Satu murtabak RM6! Kesian I tengok budak sekolah yang makan biskut je *dan pandang je orang lain makan pizza*. Mesti ramai budak sekolah yang mampu telan air liur je.

Hari Kraf Kebangsaan 2011

I makan ais krim goreng ni – satu RM2. Mahal kan kuih zaman sekarang ni. Tak main dah sen-sen. Semua main ringgit-ringgit seketul. Bukan sedap sangat pun…hu..hu

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Anyway, I rasa pameran Hari Kraf Kebangsaan 2011 ini memang tempat yang sangat sesuai untuk children photographer cari photography props!!

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Banyak giler barang kraf yang unik dan cantik untuk digunakan bagi ambil gambar baby dan kanak-kanak. I ni kalau sebab fikirkan budget mesti dah borong kerusi rotan yang comel itu..he..he

Hari Kraf Kebangsaan 2011

I rasa over excited bila masuk tempat pameran perabot. Semua kerusi kayu disusun cantik dengan hiasan dalaman yang unik. So.. I tak melepaskan peluang suruh Izzah jadi model perabot tu semua..he..he 

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Nasib baik Izzah ni sporting la jugak walaupun agak moody sebab mengantuk. Seronok I rasa sebab Izzah sekarang ni dah boleh disuruh posing.

Hari Kraf Kebangsaan 2011

I minat betul kerusi rotan buatan tangan crafter dari Perlis ni. Ada pelbagai design yang comel. Perfect as photography props. Tapi buat masa ni tak boleh nak beli dulu lah. Sebab kat rumah mana ada space lagi nak simpan semua ni. Tu yang buat I mengidam nak studio fotografi sendiri ni….

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Izzah pulak bukan main seronok posing-posing atas pelbagai jenis kerusi. Siap boleh posing baring lagi tu atas day bed yang classic ni.

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Ohh… nampak tak spek merah Izzah yang besar macam gaban tu? Trend maaah! 

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Seingat I dulu-dulu zaman awal 80-an memang semua orang pakai spek over-sized ni. Kebelakangan ni trend oversize spec ni kembali lagi…he..he

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *