Fotografi Kanak-Kanak | Ketahui Cara Dapat Harga Photobook Malaysia Murah Untuk Buat Album Photobook!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Aku memang suka take photos / fotografi sejak remaja lagi. Masa dulu hobi mengambil gambar adalah sangat mahal. Kena beli filem dan kena bayar kedai gambar untuk cuci gambar. Jika nak cuci sendiri kena ada bilik gelap (dark room) sebab filem akan rosak bila kena cahaya.

Harga filem agak mahal dan jumlah gambar yang boleh diambil juga terhad. Belum tentu lagi gambar jadi cantik. Ada risiko gambar rosak jika salah teknik dan kena cahaya. Boleh rugi dan hilang terus momen yang cuba diabadikan dalam gambar tu!

Sejak tahun 2000 wujud fotografi digital dan dunia fotografi alami revolusi yang sangat cepat. Hobi fotografi semakin murah dan mudah. Omak super like!

Aku masih lagi ada simpan album gambar kuno zaman dulu tu. Mostly adalah gambar masa aku bergelar pelajar sekolah dan universiti. Hehe!

Sekarang hobi aku adalah mengambil gambar anak-anak aku. Aku ada koleksi beribu-ribu gambar digital yang tersimpan dalam laptop dan external hard drive. Even gambar wedding aku masa tahun 2004 pun ada dalam bentuk digital!

Apakah Photobook?

Aku suka Photobook! Sebab ia adalah penyelamat gambar digital daripada hilang. Hehe!

Risiko tau simpan sahaja gambar digital dalam komputer atau external hard drive. Gambar boleh hilang disebabkan komputer/hard disk rosak. Habis hilang segala momen indah!

Photobook Malaysia Murah

Sebab tu aku buat Photobook untuk anak-anak aku. Setiap anak ada photobook masing-masing.

Photobook Malaysia Murah

Photobook adalah album foto yang di rekabentuk (design) terlebih dulu sebelum dicetak menjadi buku. Photobook adalah buku gambar!

Biasa photobook ada tema tertentu contohnya tema Wedding, Birthday, Akikah, Baby First Year, Graduation, Portfolio, Travel dan sebagainya.

Photobook Malaysia Murah

Photobook ada banyak kelebihan seperti hasil cetak kalis air, gambar cantik dan warna anti pudar hingga puluhan tahun.

Harga Photobook Malaysia Murah

Ada banyak kedai Photobook online kat Malaysia ni. Aku rasa yang paling popular ialah Photobook Malaysia dan Pixajoy. Ada banyak lagi yang buat Photobook jika rajin search Google sure jumpa.

Photobook Malaysia Murah

Aku dari dulu sampai sekarang hanya suka guna Photobook Malaysia. Sebab Photobook Malaysia dah lama dan merupakan pelopor industri Photobook di Malaysia dan beberapa negara lain. The best kot.

Tapi harga Photobook Malaysia ni memang kebabom MAHAL!!! Purata harga photobook 40 muka surat dalam RM150. Pergh!

Ye lah. Banyak mana sangat lah gambar yang boleh muat dalam 40 pages tu. Ada option untuk tambah muka surat tapi ada had due to binding limitation). Tambah pages maka tambah lah harga buat photobook tu. Ingat free ke. Hak hak hak!

Photobook Malaysia Murah

Pastu kalau gambar banyak menimbun macam aku, satu photobok 40 pages tak cukup weh. So kalau beli Photobook Malaysia masa harga normal memang tak mampu lah omak.

Bagaimana cara nak dapat harga Photobook Malaysia MURAH untuk buat album Photobook? Simple.

TUNGGU PHOTOBOOK MALAYSIA BUAT SALES!! Haha!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Biasanya Photobook Malaysia akan buat sales hingga 70% diskaun semasa:

  • Hujung tahun (year end)
  • Hari perayaan seperti Krismas, Hari Raya dan lain-lain
  • Hari sambutan seperti Father’s Day, Mother’s Day, Valentine’s Day dan lain-lain

Aku sarankan join mailing list @ subscribe newsletter Photobook Malaysia supaya dapat emel tentang jualan Photobook Malaysia murah tu.

Photobook Malaysia Murah

Biasa aku beli voucher Photobook Malaysia yang jenis “Buy Now, Create Later“. Maksudnya beli kod kupon Photobook Malaysia harga murah masa sales untuk buat album photobook kemudian hari.

Voucher Photobook Malaysia murah tu ada tarikh tamat tempoh (expiry date) yang biasanya 6 bulan dari tarikh pembelian.

Dulu masa aku beli kupon Photobook Malaysia expiry date dia sangat lama iaitu 5 tahun!! Aku beli 2 voucher pada tahun 2010 yang tamat tempoh pada tahun 2015. Banyak betul masa nak reka design photobook aku tu. Hehe!

Photobook Malaysia Murah

Tapi tu dulu lah. Sekarang ni expiry date Photobook Malaysia dah pendek jadi 6 bulan sahaja.

Aku beli 4 kod voucher Photobook Malaysia murah masa sales akhir tahun lepas. Kelam kabut aku nak siapkan photobook untuk Izzah, Irfan dan Irdina sebab expiry date bulan 6.

Bukan mudah nak buat photobook anak-anak aku sebab gambar terlampau banyak. Berpinar-pinar mata memilih gambar yang sesuai. Aku ambik masa dekat 2 bulan untuk siapkan 4 photobook anak-anak aku. Mau tak kelam kabut nak kejar expiry date.

Harga Photobook Malaysia murah yang aku dapat masa tahun 2010 ialah RM99 untuk dua (2) photobook saiz 11 x 8.5 (landscape 40 pages). Bertahun-tahun aku peram voucher tu sebab tak ada idea nak design photobook macam mana untuk Izzah. Hehe!

Photobook Malaysia Murah

Aku dapat harga Photobook Malaysia murah RM120 untuk satu photobook saiz 11 x 8.5 (landscape 80 pages) masa akhir tahun lepas. Harga asal RM347. Aku jimat 65%. So aku beli empat (4) voucher Photobook Malaysia!!

Jenis & Saiz Photobook Yang Terbaik

Photobook Malaysia ada banyak pilihan saiz (inci) seperti:

  • Landscape – 15 x 11, 14 x 11, 11 x 8.5, 8 x 6 dan sebagainya
  • Portrait – 12 x 14, 11 x 11, 8 x 11, 8 x 8 dan sebagainya

Photobook juga ada banyak jenis seperti:

  • Flush Mount, Lay Flat, Image Wrapped
  • Debossed, Soft Cover, Pro Series

Photobook Malaysia Murah

Aku selalu pilih photobook jenis Image Wrapped saiz 11 x 8.5 landscape untuk buat album photobook anak-anak aku. Sebab tak kecik dan tak besar sangat. Just nice untuk dipegang sambil menikmati momen dalam photobook.

Jenis Kertas Photobook Malaysia

Tahu tak? Jenis kertas yang digunakan untuk cetak photobook pun boleh dipilih. Biasanya jenis kertas default ialah Premium Silk.

Ada pilihan untuk upgrade jenis kertas photobook kepada Photo Lustre, Matte Textured, E-Photo Matte, Superfine Eggshell dan Fine Art Paper dengan bayaran tambahan RM30.

Jika mampu boleh terus upgrade kepada jenis kertas photobook High Gloss High Definition harga RM259. Mahal beb! Hehe!

Apa bezanya jenis kertas photobook tu semua?

  • Premium Silk adalah kertas licin dan lembut seperti yang digunakan dalam majalah, katalog dan bahan pengiklanan.
  • Matte Textured adalah kertas tahan lasak bertekstur dan mempunyai kemasan kanvas (170 gsm).
  • Superfine Eggshell adalah kertas bertekstur sedikit kasar dengan kemasan berpasir (150 gsm).
  • Photo Lustre adalah kertas dengan permukaan satin-matte umpama kertas foto sebenar tetapi tidak akan melekat cap jari bila dipegang (190 gsm).
  • E-Photo Matte adalah kertas yang tidak berkilau dan tidak akan melekat cap jari bila dipegang (190 gsm).
  • Fine Art Paper adalah kertas dengan permukaan off-white bertekstur sedikit kasar dan licin (150 gsm).

Photobook Malaysia Murah

Aku pernah buat photobook guna kertas Premium Silk, Photo Lustre dan E-Photo Matte. Yang mana paling best? Sudah tentu Photo Lustre!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *