Bismillah. Cikros di sini.
Aku dapat SMS dari CIMB 62666 yang menyatakan NOMBOR TELEFON BIMBIT aku akan di-paut-kan (link) kepada AKAUN BANK CIMB aku dan didaftarkan untuk akses awal kepada servis DUITNOW.
Jika aku tak bersetuju, aku MESTI REPLY DNNO kepada 62666 by 18/10/2018 untuk batalkan nombor telefon dari pendaftaran Duitnow. Jika tak reply aku dianggap bersetuju.
Ishh. Sesuka hati je daftarkan nombor phone orang pada servis DuitNow tu. Pastu DuitNow ni apa ke benda? Tak pernah dengar pun. Ntah-ntah DuitNow ni scam. Mana la tau kan.
So nak buat apa? Ada 2 pilihan sahaja,
- Setuju – tak perlu buat apa-apa
- Tak setuju – reply SMS mengikut arahan untuk batalkan
NOTA: Mesej untuk reply tak bersetuju mungkin berbeza ikut bank. Ada juga bank yang perlu isi form online untuk batalkan contohnya Hong Leong Bank. Agak menyusahkan juga lah. So baca SMS tu. Dia suruh reply atau klik link untuk isi form batalkan.
APAKAH DUITNOW?
Satu cara baru untuk membayar TANPA MENDEDAHKAN NOMBOR AKAUN BANK. So now boleh bayar / pindah duit guna ID DuitNow samada nombor telefon bimbit, kad pengenalan, nombor passport atau nombor pendaftaran bisnes.
Sebanyak 44 bank di Malaysia akan ada servis DuitNow ni.
DUITNOW SCAM KE?
Tak lah. Perkhidmatan DuitNow disediakan oleh Paynet, yang sekarang ni uruskan sistem MEPS, FPX, JomPay dan Interbank GIRO (IBG). Paynet adalah dibawah seliaan Bank Negara.
SELAMAT KE TRANSFER DUIT DENGAN DUITNOW?
Proses transfer duit sama je macam biasa. Cuma sekarang TAK PERLU DEDAHKAN NOMBOR AKAUN BANK. Just bagi ID DuitNow (contohnya no phone) so buyer boleh transfer guna no phone tu ke akaun bank kita.
So kena login online banking like usual dan cari pilihan DuitNow dalam menu Fund Transfer. Now nak transfer duit just masukkan ID DuitNow penerima. Tak perlu masukkan nombor akaun bank dah. TAC pula request macam biasa. Duit yang di transfer akan masuk akaun bank penerima.
So nampak macam lagi bagus la kan. Tapi aku still opted-out. Sebab tak suka didaftarkan tanpa rela. Kalau nak guna servis DuitNow ni in future, nanti aku sendiri akan daftar lah.
KELEBIHAN DUITNOW
- Tak perlu dedahkan dan tak perlu hafal nombor akaun bank
- PERCUMA tak perlu bayar pun nak guna
- Boleh guna Internet dan Mobile Banking
BOLEH DAFTAR BERAPA ID DUITNOW?
Boleh daftar sebanyak mana yang suka. Tapi satu ID DuitNow hanya boleh link dengan satu akaun bank sahaja. So mungkin sebab tu ada bank yang pilih nombor telefon pelanggan tertentu (mungkin akaun aktif) untuk didaftar awal bagi servis DuitNow.
DAH DAFTAR BOLEH KENSEL KE?
Ye boleh batalkan anytime. Jika terima SMS tu boleh reply sebelum tarikh yang dinyatakan. Jika dah lepas tarikh, boleh batal secara online bila DuitNow beroperasi bermula Disember 2018.
SAYA TAK DAPAT SMS, MACAM MANA NAK DAFTAR?
Yang tak dapat SMS tu, boleh daftar bila DuitNow beroperasi mulai Disember 2018.
Semoga bermanafaat.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
INFO LANJUT DUITNOW
Boleh baca details di http://www.duitnow.my/
CIMB DUITNOW
Info: https://www.cimbclicks.com.my/pdf/DuitNow-FAQ.pdf
Cara batalkan: SMS DNNO kepada 62666
HONG LEONG BANK DUITNOW
Info: https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/hong-leong-connect/web/duitnow.html
Cara batalkan: Isi borang untuk batalkan / opt out di sini: https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/campaigns/duit-campaign.html