Event Menarik | The Lifestyle Circle Kuala Lumpur (TLCKL) anjuran Bioinfinity dan Lipstiq.com

Masa saya melepak dalam wad sebelum bersalin tu… banyak event menarik yang saya terlepas macam Nissan Almera Media Launch dan jugak Eat, Play and Drive with Nissan Almera yang macam best sangat.

Boleh jalan-jalan cari makan kat Melaka free naik Nissan Almera beb. Masa tu Nissan Almera baru keluar so mestilah excited.

Tapi sayang sejuta kali sayang lah. Dah kena tahan dalam wad dengan perut memboyot ada hati nak jalan-jalan lagi…heh heh.

Bila baby dah lahir mesti lagi susah nak pergi event menarik. Betul?

Salah tu salah…ngeeee.

Event menarik @ media invites pertama saya selepas pantang ialah The Lifestyle Circle Kuala Lumpur (TLCKL) anjuran Bioinfinity dan website Lipstiq.com. The Lifestyle Circle ni event khas untuk wanita sahaja tau.. so full of surprises for women.

The Lifestyle Circle

Bila dapat email dari PR company saya sangat teruja. Pulak tu saya boleh invite beberapa orang untuk sama-sama datang. Tapi tak seorang pun yang saya invite can make it sebab last minute sangat…semua ada plan lain dah… adeh.

So… saya ke event The Lifestyle Circle tu dengan anak-anak!!

The Lifestyle Circle

Yaaa… anak-anak. Saya angkut sekali Izzah dan Irfan… hoyeeh.

Kalau Izzah tu memang biasa sangat ikut saya pergi event. Tapi Irfan tu kan baby baru 3 bulan you… heh heh.

The Lifestyle Circle

Nasib baik ada Snuggbaby Stork… senang nak bawak baby ke mana-mana event.

The Lifestyle Circle Kuala Lumpur

Bioinfinity ni rasanya famous sebab dia pasarkan alat senaman lantai pelvik iaitu The Vibrance Kegel Device.

Vibrance Kegel Device

Lantai pelvic, apakah? Alaaa.. lantai pelvik = pelvic floor yang hanya perempuan ada tuuuuuu..* search kat internet lah kalau nak tau…heh heh*

Sempena dengan International Women’s Day, Bioinfinity anjurkan The Lifestyle Circle (TLC) di Paradox Art Cafe Bandar Utama.

The Lifestyle Circle

Jemputan kebanyakannya readers Lipstiq.com yang menang contest. Selebihnya adalah media macam suratkhabar NST, Berita Harian dan saya (me.. media? blogger maaah).

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Ada makan-makan.. penting ni…heh heh

The Lifestyle Circle

Ada ceramah pendek tentang kesihatan wanita… saya tak dengar sebab sibuk layan anak…ngeeee.

The Lifestyle Circle

Ada Dance N’ Attitude by Celebrity Fitness… pun tak join dancing session with Baby G dari Celebrity Fitness tu.. kalau tak ada budak kecik dua orang tu confirm saya join belajar menari ala-ala tarian tiang tu… muahhh haaaaa haa!

The Lifestyle Circle

Ada Tips & Tricks for a DIY Beauty Session by Lipstiq… ajar tips menjaga kecantikan dengan benda-benda yang ada di dapur.. macam MADU!

Tahu tak kita boleh buat facemask (topeng muka), lip scrub dan hand massage dengan madu? Lipstiq siap bagi resepi nak buat semua tu. Tinggal rajin dengan tak je…

Ada Skit Blitz.. peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan dan kena buat persembahan…o la la!

Ada Special Screening of “I Eat KL” oleh Fried Chillies…

The Lifestyle Circle

Tapi masa dua acara last ni saya dah balik dah. Cabut awal sebab Irfan merengek nak tidur..

The Lifestyle Circle

Gambar pun tak banyak saya ambik. Nasib baik ada Izzah jadi photographer saya. Ada bakat besar si Izzah ni jadi jurugambar.

The Lifestyle Circle

Overall… okey jugak bawak Irfan ke event. Tak menangis sangat pun… sikit-skit je merengek sebab lapar dan mengantuk. Next time boleh angkut lagi.

Passed!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *