Dulu-dulu la kan…. kalau nak beli mainan di gedung mainan Hamleys yang terkenal tu mesti lah kena pergi London. Baru ada feel shopping di kedai mainan bertingkat-tingkat.
Sekarang… tak payah pergi London pun dah boleh beli-belah di kedai mainan Hamleys tu beb.
Sebab kedai mainan Hamleys sudah dibuka di Malaysia… mak suka.. mak suka.. mak suka.. ekekeke!
- Apa yang best sangat tentang kedai mainan Hamleys ni?
- Apa bezanya kedai mainan Hamleys dengan kedai mainan lain tu?
Banyakkkkkkkk beza!
Kalau nak tau cuba terjah kedai mainan Hamleys Malaysia ni dengan anak-anak. Confirm rabak poket punya lah….ekeekee.
Kedai mainan Hamleys telah diasaskan di London sejak 250 tahun dahulu. Kedai mainan yang ada sejarah tersendiri. Jadi…. mestilah unik dan menarik.
Sejarah gedung mainan Hamleys bermula dengan William Hamley, yang berbangsa Cornishman dari Bodmin, England. Kedai Hamleys yang pertama telah dibuka di Holborn, London pada tahun 1760 dan pada tahun 1881, ia berpindah ke Regent Street.
Gedung mainan utama Hamleys di London mempunyai lebih daripada 40,000 jenis mainan di kesemua tujuh tingkat gedungnya!
Sebagai mak lah kan… saya rasa memang kedai mainan Hamleys ni memang terbaik.
Sebabnya.. kedai mainan Hamleys ni bukan semata-mata jual mainan yang dipamer di rak tapi juga ada hiburan dan demonstrasi mainan. Kita berpeluang menonton persembahan boneka atau mengambil bahagian dalam pertunjukan silap mata.
Reka bentuk kedai mainan Hamleys ni juga sangat cheerful dengan warna dekorasi yang berwarna-warni.
Budak-budak mesti suka seba kat depan kedai Hamleys ni kita akan disambut oleh maskot beruang Hamley dan Hattie.
Hamleys Untuk Kanak-Kanak dan Toys Collector
Kedai mainan Hamleys ni bukan semata-mata untuk budak je tau. Pengumpul mainan set keretapi, anak patung Barbie, anak patung Monster High dan lain-lain pun mesti seronok memburu mainan kegemaran mereka di Hamleys.
Saya suka kedai mainan Hamleys ni sebab jenis mainan seperti seni dan kraf, aksi, binaan, anak patung, alatan permainan luar, prasekolah dan kenderaan diletakkan label dengan jelas di ruang masing-masing.
Mudah sangat nak cari permainan tertentu di kedai mainan Hamleys ni.
Jenama-jenama yang terdapat di Hamleys adalah dari jenama Hamleys sendiri, Marvel, Star Wars, Transformers, Nerf, Hotwheels, Max Steel, Disney Planes, Disney Princess, Megablocks dan Sylvanian Families.
Begitu juga My Little Pony, Littlest Pet Shop, Baby Alive, Monster High, Barbie, Teenage Mutant Ninja Turtle, Playskool, Fisher Price, Furby, Leap Frog, Thomas & Friends, Tomica, Play-doh, Hornby, Hasbro Gaming, Upin & Ipin dan banyak lagi.
Majlis Pembukaan Hamleys Malaysia di 1 Utama
Saya dan Izzah antara mereka yang hadir pada majlis pembukaan Hamleys Malaysia pada 29 November 2013.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Antara yang hadir pada majlis pembukaan Hamleys di Malaysia baru-baru ini ialah:
- Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Ludendo – Rudolph Hidalgo
- Ketua Pegawai Eksekutif Hamleys – Gudjon Reynisson
- Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia – Ray Kyles
- Pengerusi GRV Toy Store Sdn Bhd – Datuk Ishak Osman
- Pengarah GRV Toy Store Sdn Bhd – Kim Manaf and Noor Azlin Ishak
Selain daripada itu ada beberapa selebriti terkenal yang turut hadir:
- Pengacara TV – Belinda Chee
- Mrs Universe 2013 – Carol Lee
- Pelakon – Dynas Mokhtar
- Penyanyi – Sheila Majid
- Pengacara TV – Sheahnee Iman Lee
Seronok Izzah sebab semasa register dapat goodie bag berisi mainan di dalamnya. Tapi anak selebriti yang datang lagi best sebab goodie bag mereka lagi besar… jelesnya… ekekeke.
Makan masa berjam jugak tunggu semua tetamu jemputan penting tu datang. Sempat jugak saya ke ground floor untuk tengok London bus ni. Tak payah pergi London pun boleh merasa naik London Double Decker Bus ni.
Jemputan yang datang semakin ramai dan terasa semakin menyesakkan. Panas pun ye jugak.
Nasib baik ada disediakan air dan juga pop corn Hamleys yang sedap tu. Rasanya dekat sepuluh kali Izzah ulang alik ambik pop corn dalam bekas kecik tu…heh heh.
Cotton candy @ gula-gula kapas berwarna purple pun ada. Tapi kena beratur panjang la nak dapatkannya.
First time kot Izzah saya bagi makan cotton candy. Suka pulak dia. Nak lagi pulak tu.
Since lama sangat menunggu tak jugak dirasmi dan dibuka Hamleys Malaysia tu lagi… saya pun menjalankan misi mengambil gambar Izzah dengan artis dan selebriti…ekekeeke.
Boleh tambah koleksi gambar Izzah dengan artis. Banyak dah ni…ha ha ha.. poyo!
Okay… saya sempat tangkap gambar Izzah bersama Dynas Mokhtar dan anak-anak Dynas yang comel iaitu Khyra Khalyssa (3 tahun) dan Mohamed Haqaish (1 tahun). Kiranya anak bongsu Dynas tu sama umur lah dengan anak saya Irfan Harith. Lahir tahun 2012.
Sempat jugak saya capture aksi kelakar Dynas dengan Haqaish tu. Nanti saya share gambar-gambar tu.
Tentang Dynas Mokhtar ni pulak. Mak aihh…. tinggi sungguh Dynas ni. Lebih kurang tinggi Erra Fazira. Model mesti lah tinggi kan. Tak kan model rendang macam saya ni pulak ekekeke.
Lepas Dynas…. saya kejar penyanyi Sheila Majid pula. Ni kira penyanyi otai ni. Saya paling suka lagu Lagenda nyanyian Sheila ni.
Teringat dulu masa minggu orientasi pelajar baru di kolej 5 Universiti Malaya (1992)… junior kena buli menyanyi depan senior. Saya nyanyi lagu Lagenda tu sebab tu je lagu yang saya hafal liriknya…ekekeke.
Sheila Majid datang dengan suaminya dan anak-anak Khadeja Zaireen dan Khalefa Laila.
Oh… Mrs Universe 2013 pun ada tau. Mula-mula saya perasan seorang perempuan berusia yang kelihatan sangat elegant. Artis mana ni? Selebriti ke?
Rupa-rupanya dia ialah Carol Lee yang menang title Mrs Universe 2013 tu. Mrs okey… bukan Miss tau. Mrs Universe tu pertandingan ratu cantik dunia untuk menyanjung “the most honourable married woman” dan dibuka kepada wanita berusia 25 – 45 yang telah berkeluarga dan mempunyai kerjaya.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Carol Lee @ Mrs Universe 2013 ni umur dia 39 tahun babe. Sama usia dengan saya ahahhh! Kenapa lah saya lupa nak ambik gambar Izzah dengan Mrs Universe ni…manyak lugi loh.
Next selebriti… Ammar…he he he. Gurau je. Bukan selebriti tapi anak blogger BabyIbu.
Sementara dapat tangkap selebriti lain-lain tu… Izzah kena posing dulu depan kedai mainan Hamleys yang belum dibuka lagi tu.
Izzah tengak syok makan cotton candy bila saya nampak pengacara TV Belinda Chee. Apa lagi terus tangkap gambar lah dengan Belinda yang comel tu.
Saya ternampak pengacara TV Sheahnee Iman Lee dengan anak perempuan dia yang sungguh kiut Zara Aaliya (3 tahun). Memang manis budak Zara ni. Senyuman tak lekang dari bibirnya yang merah bak delima tu. Sweeettt.
Adeh. Dah habis bergambar dengan artis dan selebriti tapi kedai mainan Hamleys tak jugak dibuka. Izzah dah penat sampai terduduk atas karpet merah depan Hamleys Malaysia tu. Muka pun dah kelat…ekekke
Akhirnya… lepas ucapan demi ucapan oleh para jemputan terhormat…pintu grill kedai mainan Hamleys Malaysia tu di buka sedikit demi sedikit.
Barisan staff dan maskot Hamley serta Hattie berbaris sebelum majlis pemotongan riben.
Sempat jugak saya ambik gambar riben Hamleys ni ekekeee.
Jemputan terhormat beramai-ramai memotong riben manakala anak-anak Sheila Majid pula membunyikan loceng simbolik merasmikan pembukaan kedai mainan Hamleys di Malaysia.
Semua jemputan selebriti dan media dibenarkan menerjah Hamleys untuk meninjau dan membeli-belah.
Izzah memang happy sangat bila masuk dalam kedai mainan Hamleys tu. Tak tahu mana satu nak tuju dulu. Semuanya best… jangan dia buat perangai nak beli semua mainan dalam Hamleys tu sudah… parah tu.. ekekke.
First booth… Izzah nak beli papan magic ni. Alahai…saya bukan suka sangat benda papan lukis magic bagai ni.
Tapi dalam banyak-banyak mainan ini yang dia pilih… adeh.. kena lah beli.
Saya bagi syarat satu mainan je dapat beli hari tu kalau tak rabak kocek seluar mak.. ekekeke. So… mainan yang lain just pandang dan posing!
Soft toys…..
Patung Barbie… hmm.. Izzah actually nak Barbie yang baru ada sayap tu. Tapi saya tak bawak banyak cash (sengaja je bawak duit sikit ekekeee) so tak boleh la beli.
Rumah Barbie pun ada… sesuai la ni untuk Barbie collector.
Furby Boom! Furby dengan bulu warna warni.. nak jugak tapi tidak le beli.. RM249 sebijik nak ooii….
Safary toys… sempat lah bergambar dengan pet Panda. Eh.. macam mana Panda boleh jadi haiwan safari ni… dah berhijrah dari China ke Afrika ke…hehh heh
Thomas and Friends… tooot….toooott… bunyi siren daaa.
Transformers… robot in the sky!
Sempat juga sekodeng Sheila Majid, Sheahnee Iman Lee dan anak masing-masing tengah bermain dalam kedai mainan Hamleys tu.
Mascot-mascot pun banyak berkeliaran dalam Hamleys tu.
Upin & Ipin….
Hattie…
Hamley…
Mr Leap Frog…
Oh… kalau nak buat birthday party pun boleh booking party room dalam kedai mainan Hamleys tu.
Teddy bear Hamleys ni Izzah suka. Katanya ni adik punya. Kena lah sambar satu untuk Irfan.
Jom terjah Hamleys Malaysia!
Kedai mainan Hamleys Malaysia terletak di tingkat satu bersebelahan Parkson, 1Utama New Wing.
Untungnya anak mama, dapat bergambar dengan bayak retis… Boleh di jadikan kenang-kenangan bila dah besar nanti… 😉