Mmmm… ni salah satu cerita basi yang belum dikongsi.
Sekarang saya tengah rajin menulis setelah berbulan-bulan mood hanyut ke laut. Tak pasti berapa lama mood rajin ni akan mendarat di pulau. Bila-bila masa boleh hanyut balik ke lautan dalam…ekekekek.
So.. sementara masih rajin ni baik saya cerita pasal hadiah penebusan yang saya tebus dari Enfamama Club katalog tahun 2013 tu.
Saya tebus hadiah hasil koleksi tin foil @ Kitty Points tu dalam bulan Mac hari tu. Konon sempena hari jadi Izzah la kan.
Tapi hadiah semua sampai sebulan lepas tu. Kira okay la tu. Barang free lagi mau bising kah…eekeekee.
Mari kita tengok hadiah penebusan Enfamama Club tu.
Oxford First Encyclopedia
Saya sangat suka Oxford First Encyclopedia nih. Ulat buku macam saya bagi buku ilmu pengetahuan macam ni memang lah melompat.
Chop!! Hadiah ni untuk Izzah ke untuk saya…ha haha.
Tak kisah la tu. Izzah boleh baca. Saya pun boleh baca jugak.
Banyak benda yang saya tak tau ada dalam Oxford First Encyclopedia tu.
Ada macam-macam topik macam Human Body, Animals, Earth, Plants, Science, Universe dan sebagainya.
Saya suka… saya suka… saya suka!!
Tell the Time Wall Hanging
Kami sedang ajar Izzah tentang masa. So far… Izzah boleh lah tengok jam analog tu walaupun kadang-kadang confuse jarum panjang dengan jarum pendek…ekekeee.
Kalau takat jam digital confirm lulus punya.
So… Tell the Time Wall Hanging memang sangat berguna untuk saya gunakan dalam pendidikan awal Izzah tentang jam dan masa.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Jarum jam daripada kain boleh dialihkan. Ada juga penanda masa untuk setiap waktu iaitu pagi, petang dan malam.
Material pulak sangat bagus. Boleh diwariskan pada Irfan bila dia besar nanti. I like!