Number Blocks yang menjadi permintaan ramai kini di Durioo+!
Alhamdullillah. Pantas sungguh masa berlalu, esok menandakan sudah 10 hari kita berpuasa.
Sempena Ramadan ini, kami akan menambahkan banyak siri dan filem baru khas untuk anda. InsyaAllah.
Khas untuk 20 hari Ramadan terakhir ini, Durioo+ akan menambahkan banyak siri dan animasi terbaru 🧡
Apakah Keistimewaan Number Blocks?
Number Blocks yang mendapat anugerah BAFTA telah membantu banyak kanak kanak untuk belajar bagaimana nombor digunakan – dan anak anak belajar untuk memahami kemahiran nombor untuk setiap pengembaraan baru.
Mengisahkan sekumpulan sahabat yang sentiasa mengambil kira perasaan dan bergantung kepada satu sama lain, paling penting sekali Number Blocks membawa mesej untuk sentiasa bergembira dengan nombor.
Setiap episode telah direka khas dengan bantuan NCETM (National Centre for Excellence in the Teaching of Mathematics) dan dianimasikan oleh Blue Zoo Animation Studio.
Kerjasama rapat NCETM dan NumberBlocks memastikan siri ini menyampaikan skil nombor asas yang boleh membina pemahaman nombor dan asas kukuh untuk anak anak didalam matematik.
Bersedia untuk pengembaraan dan magikal nombor ini yang pastinya boleh membantu anak anda dalam cara yang paling seronok! InsyaAllah. 1, 2, 3 − Mula!
Selain itu, ada banyak lagi siri dan filem baru seperti berikut:
- Number Blocks
- Chuck Chicken Power Up
- Rimba Jimba
- Misi Ady
- Bibitsku
- Bacaan Doa, Zikir Selawat dan Nasyid dari Neurotic
- Doa Zikir Harian dari InTeam
- Dunia Kreativiti
- Zikir, Selawat dan Nasyid dari Bazli
- Timmy Time
- Hopster Jam
- RAWR ‘n’ ROLL
Semoga Ramadan anda lebih bermanfaat bersama Durioo Plus Malaysia. Jazakallah Khair
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Home