Drypers Malaysia | Drypers SuperHeroes di Setia City Mall Dari 4 – 6 Ogos 2017

Bismillah. Aloe. Cikros di sini.

Aku suka pakaikan anak aku cloth diapers. Tapi ada masanya situasi tak mengizinkan.

Macam hari tu aku sakit lengan (both hands) kena eczema sampai bengkak berdarah. Berbulan-bulan sakit. Memang tak boleh nak handle cloth diapers lah. So kena guna jugak disposables.

Pilihan lampin pakai buang sejak Izzah baby hingga Irfan dan Dina ialah Drypers, Huggies, Pet Pet dan Mamy Poko. Belasah je guna semua. Hehe!

Tapi yang paling banyak aku guna ialah Drypers lah. Semua anak aku masa newborn guna Drypers.

Aku memang dah jadi ahli Drypers Baby Club since Izzah kecik lah kot. Dulu siap kumpul mata polybag Drypers tu nak redeem hadiah. Hehe!

Drypers Superheroes di Setia City Mall

Hari Khamis hari tu aku ternampak someone going to event bernama Drypers Superheroes di Setia City Mall. Macam menarik je bunyinya. Dekat dengan rumah pulak tu.

Drypers Superheroes Setia City Mall

Pastu baru teringat Drypers Baby Club ada emel tentang Drypers Superheroes ni. Terus aku ketik link tengok apa bendanya Drypers Superheroes tu. Oh! Ada aktiviti khas untuk ahli Drypers Baby Club. Kena pergi ni!

  • Drypers Superheroes di Setia City Mall dari 4-6 Ogos 2017 (10.30am-9.30am)

Petang semalam (4 Ogos) terus aku dan famili terjah Setia City Mall. Izzah je tak ikut sebab sekolah. Kesian. Hehe!

Drypers Superheroes Setia City Mall

Antara aktiviti menarik di Drypers Superheros Setia City Mall ialah:

a) Kemunculan Khas Selebriti Undangan – Fad Bocey (5hb Ogos; 5-6 petang) & Sharifah Sakinah (6hb Ogos; 1-2 petang)

b) Promosi Menarik untuk Mommies & Daddies – Dapatkan Drypers Superhero Backpack atau Selimut Drypers Superheroes Edisi Terhad dengan pembelian produk Drypers!

Drypers Superheroes Setia City Mall

Hubby aku beli 2 pack Drypers Drypantz untuk Dina semata-mata nak dapatkan Superhero Backpack tu. Nak ganti beg sekolah Irfan yang dah hancur. Hak hak hak!

Drypers Superheroes Setia City Mall

c) Drypers Baby Club Exclusive – Sapa kami dengan senyuman manis anda untuk menikmati snek dan popcorn khas untuk ahli Drypers Baby Club sahaja!

Drypers Superheroes Setia City Mall

Kalau korang pergi event Drypers Superheroes ni dan nak bagi anak main bungee & trampoline atau aktiviti coloring kena daftar jadi ahli dulu kat situ. Free je daftar. Dah jadi ahli Drypers Baby Club boleh claim popcorn dan candies untuk di makan. Kalau memang dah ahli kena bagi emel untuk mereka check status keahlian.

Drypers Superheroes Setia City Mall

Jangan lupa suruh anak jadi superhero dan ambik gambar dia beraksi macam Irfan ni. Kiut ke kiut tu. Hehe!

Drypers Superheroes Setia City Mall

d) Aktiviti & Sudut Bermain Kanak-Kanak – Superhero Bungee & Superhero Trampoline, khas bagi baby anda untuk bermain dan bergaul dengan kawan baru!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Drypers Superheroes Setia City Mall

Irfan tak nak pulak main Superhero Bungee & Superhero Trampoline tu. Omak tengok macam best je. Nasib baik khas untuk anak-anak je. Kalau tak aku dah lama join main. Hehe!

Masa aku pergi Drypers Superheroes tu dah dekat pukul 4pm. Kira bernasib baik sebab pukul 4 pm ada pertandingan tukar lampin terpantas dan pertandingan susun blok.

Drypers Superheroes Setia City Mall

Semangat aku masuk pertandingan tukar lampin Drypers terpantas tu. Ada 5 orang je boleh masuk. Aku siap tunggu depan stage tu yang dapat join tu. Kiasu tak kiasu omak ni!

Penganjur bagi sekeping Drypers Drypantz, baby wipes dan bedak Drypers. Dina memang pakai Drypers Drypantz masa tu. Omak confident boleh menang ni. Hehe!

Drypers Superheroes Setia City Mall

Sebelum mula aku dah siapkan Dina. Bukak kasut & bukak panty dia. Nasib baik Dina pakai dress so senang bangat nak tukar diaper.

Bila MC sebut mula terus aku koyak Drypers Drypantz Dina, sapu wipe laju-laju dan tabur bedak sikit buat cukup syarat. Biasa mana aku pernah guna bedak pun pada Dina. Hak hak hak!

Aku pakaikan diaper pada Dina laju-laju macam superheroes gayanya. Dah siap terus angkat Dina dan yeay!! Omak menang!!

Drypers Superheroes Setia City Mall

Hadiahnya satu bag Drypers Drypantzs untuk Dina. Kira ok lah tu. Syukur selalu. Hehe!

Psstt. Nak tahu kenapa omak lain lambat tukar diaper anak? Sebab diaorang cabut Drypantz tu macam cabut seluar. Aku biasa koyak tepi dua2 belah.

Drypers Superheroes Setia City Mall

Memang cara bukak Drypers Drypantz macam tu kena koyak tepi pastu ikat dengan pita pelekat kat belakang diaper tu. Kira omak dah practise lama kat rumah ni.

Agaknya omak lain maid & pengasuh yang selalu tukar diaper anak . Sebab tu tak menang. Jangan marah ye omak sekelian alam. Gurau sikit je. Hak hak hak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *