Drypers Diapers | Kotak Comel dari Program Penebusan Drypers

Saya sekarang guna lampin pakai buang jenama Drypers untuk Irfan. Sudah guna Drypers ni sejak dia lahir sampai lah sekarang nak masuk 7 bulan.

OMG! Cepatnya masa berlalu. Pejam celik dah 7 bulan baby saya tu. Sekarang dia tengah lasak merangkak…. tak lama lagi berjalan pulak.

Rasa macam baru semalam saya cium bauan syurga daripada badan Irfan lepas beberapa minit dilkeluarkan dari perut saya. Rindu betul pada that sweet smell from the heaven.

Haip… hint nak baby lagi ke ni? Eh…eh.. eh…cukup cukup sudah.. cukup sampai di sini saja… ada anak sulung.. ada anak bongsu..cukup lah tewwww… ekee ekeke…

Apa nak tulis tadi ye?

Haa ah… Drypers. Saya nak cerita pasal Drypers redemption program.

Dulu masa Izzah baby saya guna Drypers jugak.. kemudian tukar Huggies.. siap boleh tebus khemah Huggies lagi (menunjukkan betapa banyaknya duit habis beli diaper he he).. kemudian tukar balik pada Drypers sampai lah dia dah pandai membuang sendiri kat toilet masa umur 3 tahun lebih.

Saya pernah juga guna lampin kain @ modern cloth diaper tapi jarang-jarang guna. Kadang-kadang je masa malam dan weekend. Saya malas sebenarnya nak bergelumang dengan cloth diaper… so saya jual je lah koleksi cloth diaper Izzah tu.

Rasanya dulu Drypers ni tak ada buat program penebusan ni. Sebab tu saya tak simpan pun bar code Drypers Izzah. Kalau tak mesti banyak Drypers redemption points terkumpul.

Setakat June lalu… saya hanya ada 170 Drypers points yang gigih saya collect sejak Irfan lahir…ekekee.

Drypers Redemption Program

Bila dapat email dari Drypers cakap pasal latest Drypers redemption program bulan lepas, cepat-cepat saya isi Drypers redemption form dan hantar. Kiasu…ha haha!

Drypers Redemption Program

Ada beberapa barang yang menarik untuk ditebus. Tapi kena ada Drypers point at least 60 lah.

Drypers Redemption Program

Saya ada 170 Drypers point so pilihan barang sangatlah limited. Tak kisah lah tu.. barang free kannnn… lagi mau bising ke…ekekeeee.

Saya boleh tebus samada:

  • Drypers Wee Wee Dry Mini Pack – tak menariknya..he heh
  • Simple Dimple Squeky Toy – hmmm.. tak best.. Irfan dah ada banyak mainan
  • Growing Up Pull Over Bibs – aiseh…ada banyak dah bibs warisan Izzah
  • Foldable Container Set – ahah!! yang ni nampak comel dan menarik!!

Lain-lain barang macam Newlife Lunch Box, Lalababy Soft Boy (saya suka yang ni), Stainless Steel Thermo Flask dan Simple Dimple Diaper Backpack tu semua tak boleh tebus. Tak cukup Drypers points maaaah.

Drypers Redemption Program

Foldable Container Set bertemakan Safari tu dah selamat sampai di tangan saya minggu lepas. Tak menyesal tebus yang ni sebab memang comel dan material pun berkualiti.

Drypers Redemption Program

Baby Irfan pun boleh muat duduk dalam Foldable Container Set tu…ekeekeeke!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Drypers Redemption Program

Buli anak nampak…tak lah… mana ada buli.

Drypers Redemption Program

Irfan suka je duduk dalam tu…heh heh!

Drypers Redemption Program

Senarai barang yang boleh ditebus dan drypers redemption form boleh didapati dari laman web Drypers Malaysia.

Sila download drypers redemption form yang terkini tau. Sebab drypers redemption program ni dia ikut tempoh tertentu (contoh: 1 May – 30 June 2013).

Klik link di bawah dan scroll down untuk dapatkan drypers redemption form yang paling latest.

http://www.drypers.com.my/Your-Drypers/Drypers-Club/Downloads/

Selamat menebus!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *