Disney Channel | Kempen “Dream Big, Princess” Malaysia Di Lancarkan

Bismillah. Aloe!

24 Mei 2016, Malaysia: Disney telah melancarkan “Dream Big, Princess”, satu gerakan antarabangsa yang mendorong gadis-gadis di mana jua untuk yakin pada diri sendiri dan mengejar impian mereka dengan keberanian, keazaman dan penuh kasih sayang. Kempen 3 tahun ini menonjolkan ciri-ciri murni setiap Disney Princess yang ingin diterapkan dalam gadis-gadis masakini.

Kempen Dream Big Princess

Disney Channel telah memilih empat gadis berbakat di Asia Tenggara yang menonjolkan kualiti unik ini. Dari Malaysia, Aaliyah Hanifah, juara luncur air berusia 13 tahun akan berkongsi kisah semangat dan kesungguhannya dan bagaimana Disney Princess kegemarannya Ariel (dari filem “The Little Mermaid”) telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mencapai impian besarnya. Video ini akan disiarkan di Disney Channel bermula 8 Jun.

Kempen Dream Big Princess

“Disney Channel adalah tempat kelahiran filem dan siri televisyen Disney Princess kegemaran ramai dan cerita-cerita yang tak lapuk dek zaman tentang pengembaraan, keberanian dan kebaikan untuk mengajar gadis-gadis erti kecantikan sejati.Kami harap Aaliyah Hanifah, seperti juga Disney Princess kesayangannya Ariel, akan memberi inspirasi dan memperkasakan gadis generasi baru untuk mencapai apa yang mereka impikan,” kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Media dan Kandungan Berjenama, The Walt Disney Company Asia Tenggara.

Ariel

Siri video yang akan disiarkan di Disney Channel ini juga akan menampilkan kisah penyanyi/artis YouTube Jannine Weigel (Ploychompoo) berusia 16 tahun dari Thailand, peluncur ais bersemangat Sofia Guidote berusia 14 tahun dari Filipina, dan pemenang berbakat Junior MasterChef Indonesia berusia 14 tahun Syifa Hasan (Afaf) dari Indonesia. Mereka berkongi kisah dan puteri yang telah memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya mencapai impian mereka.

TANGLED_

Kanak-kanak di Asia Tenggara juga boleh mendapat inspirasi daripada Disney Princess kegemaran mereka melalui pertandingan Disney Channel “Create a Dream”. Dari 1 hingga 30 Jun, mereka boleh melayari www.dreambigprincess.asia untuk mencipta ‘Dream Meme’, cara kreatif untuk mereka meluahkan inspirasi besar mereka menggunakan imej, ikon dan font Disney Princess. Semua ‘Dream Meme’ kemudiannya akan diabadikan ke ‘Dream Wall’ di laman web tersebut.

Meme paling kreatif dan penuh inspirasi bakal memenangi koleksi lengkap patung Disney Princess oleh Hasbro setiap minggu dan juga Hadiah Utama – percutian sekeluarga yang menyeronokkan ke negara Jerman untuk 4 orang termasuk lawatan dan penginapan di istana.

Kempen Dream Big Princess

Dream meme aku [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Peminat juga boleh mendapat rangkaian lengkap produk patung Disney Princess oleh Hasbro di semua pusat membeli-belah di Malaysia. Pada 25 Jun, penonton Malaysia boleh menonton filem Tangled untuk melihat impian Rapunzel menjadi kenyataan di Disney Channel (Astro Ch 615).

#DreamBigPrincessAsia

Tonton video: https://www.youtube.com/watch?v=nq0NOANRWLU

Mengenai Disney Channel

Disney Channels Southeast Asia bertanggungjawab ke atas pengurusan, pembangunan kreatif dan operasi komersial saluran milik Disney di semua platform media di Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Cambodia, Brunei, Palau, Papua New Guinea dan negara Filipina). Perkhidmatan utamanya Disney Channel adalah rangkaian television 24-jam yang menumpu khas kepada alam kanak-kanak dan keluarga melalui siri dan filem asli. Disney Channel dapat ditontoni oleh jutaan penonton di seluruh dunia menerusi kabel asas dan satelit. Disney Channel adalah sebahagian daripada Disney/ABC Television Group.
Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.disney.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *