Demo Jalanan di KL

Semalam (Sabtu), me dan family keluar rumah dalam pukul 9 pagi. We all nak pergi rumah my sister kat Jalan Bukit Petaling, KL (dekat Jalan Bellamey).

Tujuan me hanya nak pinjam pakai mesin jahit tepi my sister (sebab me belum ada niat nak beli my own mesin jahit tepi lagi… ha..ha). Eh.. nak jahit tepi apa pulak kan?

Ho..ho.., hari tu me beli kain langsir RM18.50 semeter sebab nak buat langsir satu rumah. Maklum la.. dah dekat 2 tahun langsir yang sedia ada tu.. lagi pun dak nak raya ni harus kena tukar langsir baru…ha..ha

Kain dah beli dan dah potong juga… cuma sebelum jahit kena la jahit tepi dulu. Kalau tak berbulu-bulu la langsir me nanti.

Bukan tak boleh hantar kedai jahit tepi tapi tak best la orang lain buat (walaupun jahit tepi semata-mata)… lagipun boleh jimat kos… frugal mah… ha..ha

Eh… merapu pasal langsir pulak.

Sebenarnya me nak cerita pasal hari Sabtu tu… my abang ipar ni petugas Istana Negara so dia dan family dapat duduk salah satu kuarters berhampiran Istana Negara. Memang kena lalu Istana Negara la nak pergi rumah dia ni…

Tanpa disangka-sangka kami hampir terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang amat teruk. Hubby selalu terlepas exit ke Jalan Bukit Petaling tu, so biasanya kami akan buat u-turn dekat Tasik Perdana.

Tapi semalam kami tengok the other side of jalan memang TAK bergerak. Polis buat sekatan lalu lintas tak bagi orang lalu jalan depan Istana Negara tu.

Hubby dah bengang. Tak tau nak pusing ikut mana so terus menghala ke Jalan Sungai Besi. Usshhh, sepanjang jalan memang jem teruk. Terpaksa la hubby masuk KL ikut Cheras. Tapi situ pun jem!!

Hubby dah bising. Tapi me cool aje sebab boleh tengok internet pakai Netbook comel yang baru beli hari tu. Wahh… Celcom Broadband tengah KL ni laju sungguh (tak macam kat Meru…ha..ha)

Lagi pulak masa lalu tol dapat suratkhabar The Star free…he..he..he

Free Newspaper

Dekat sejam lebih kamu pusing2 dan come back tu exit Jalan Bukit Petaling. Alamak! ada road block juga…ish.. tapi nasib baik dilepaskan lepas kami cakap nak pegi rumah kakak.

Dalam pukul 3 petang, we all pun nak balik. Alamak lagi! Jem makin tambah teruk. Lagi sejam hubby pusing2 masuk jalan sana sini kat tengah KL tu. Hoh! Nasib la hubby ni orang KL, tau jalan pintas. Tapi menyumpah gak dia dengan orang yang buat demo jalanan tu. Menyusahkan orang!!

Akhirnya, lepas jumpa balik Highway DUKE tu, baru la kami lega. Sampai rumah dah pukul 5. Dan, tiga-tiga pun pengsan serta-merta.

Demo Jalanan tu sebab nak mintak mansuhkan ISA. Malam tengok berita baru tau rupanya memang dasat rusuhan tu. Siap kena sembur air dan gas pemedih mata oleh FRU. Teringat masa Anwar Ibrahim kena sack dulu… time macam ni la agaknya baru FRU ada kerja kot… sebab tu beria main sembur2 orang. Kedai-kedai kat Chow Kit dan Jalan TAR semua tutup.

We all memang ada niat nak ke Jalan TAR sana tu nak beli kain. Nasib tak pergi, kalau tak korang nampak muka kami kot kena sembur air kat dalam TV…ha..ha

9 Comments

  • owhh i rasa u ckp tuh mmg btol coz i tgok tv mlm td pon cam nk mrh jer tgok org merusuh,menyusahkan org jer..tp i rasa x patut ler dorang tuh merusuh kt jalanan..lgpun ape u ckp psl fru tuh time gni bru ade keja mmg btul tp u kna ingat gak coz dorang nk berhadapan ngan ramai org,kalo x ikut etika betul2 mahu pecah kepala i ckp mcm ni coz hushband i pun fru. bye.

    • niena, husband fru ye.. ok la tu kan.. sebab kalo time rusuhan ni FRU kena strict, kalau tak diri sendiri pulak kena hentam dengan perusuh kan.. peace!

  • Ya, I pegi The Curve tghari tu..meeting ex-collegemates, mmg jam giler! To and fro!! Naik ngantuk den.
    Anyway, langsir rumah I pun bertahun2 tak ganti hee hee..I’m not the kind who will change it every year *like my neighbour*. Sebab masih elok so basuh je ler 😀
    BTW Ros, I’m interested to know about the ad spot in MBP. Blh tlg email I detail2 i.e. cost, duration of slot etc..
    Sebab I ni tak reti sgt le..cari punya cari email addr u tak jumpa pun kat website tu, tu yg sebut kat sini haa haa..
    .-= SOHO Mama´s last blog post..Kids’ Drawings and The Mama’s Work =-.

  • wah berbakat menjahit tuh.. share la kat kitaorg hasil jahitan selama ini (plus the sewing work station).. ku nak tengok.. hehehe 🙂

    • neeza, ada la bakat terpendam sikit-sikit…ha..ha..

      emm… hasil jahitan selama ini? takde sangat pun, nanti2 kalau i rajin jahit2 lagi boleh la share…hiks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *