Apa akan anda buat jika anak demam panas?
Terus bagi ubat demam Paracetamol? Terus sumbat suppository Voren dalam punggung anak? Sabar!
Cuba sokong dulu proses demam panas.
Sebab demam panas menunjukkan sistem imun bayi dan anak kita berfungsi dengan baik. Demam panas adalah reaksi semulajadi badan untuk melawan jangkitan kuman.
Semasa demam panas, sistem imun badan anak sedang berusaha keras untuk melawan bakteria dan virus dalam badan anak. Suhu badan perlu naik sekurang-kurangnya 38’ celcius untuk mematikan kuman yang menyebabkan penyakit.
Allah sudah jadikan badan kita lengkap dengan sistem imun untuk melawan penyakit.Tapi kita menghalang fungsi sistem imun anak untuk jalankan tugasnya melawan penyakit dengan memberikan anak ubat demam!
Berikan masa untuk sistem imun badan anak untuk menjalankan tugasnya. Sokong proses demam panas kerana demam panas menunjukkan sistem imun badan anak sedang berfungsi dengan baik untuk melawan penyakit.
Cara Menguruskan Demam Panas Bayi & Kanak-Kanak
Jika anak anda berumur lebih dari 3 bulan dan tidak mempunyai penyakit kronik, anda boleh ikuti langkah berikut untuk mengendalikan demam panas bayi dan kanak-kanak.
1. Semak Suhu Dengan Kerap
Pastikan anda menggunakan termometer untuk menyemak suhu.
2. Teknik Sponging
Sponging atau mengelap badan dengan kain basah boleh membantu mengawal darjah kepanasan semasa demam panas.
Amaran! Jangan sesekali lap badan anak dengan air sejuk berais. Air yang sejuk bertemu kulit yang panas boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan menyebabkan suhu panas terperangkap di dalam organ dalaman.
Gunakan air biasa bersuhu normal atau air suam untuk proses sponging @ mengelap badan. Letak tuala lembab di kepala, belakang, perut dan ketiak.
3. Pakaian dan Suhu Persekitaran
Waktu siang boleh buka terus baju dan hanya pakai diaper atau seluar.
Waktu malam pakaikan pakaian nipis atau baju jenis net (berlubang) pada bayi dan kanak-kanak.
Pasangkan kipas dan air cond supaya suhu sekitar membantu mengurangkan kepanasan akibat demam panas.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
4. Teknik Mandian
Amaran! Jangan sesekali mandikan anak dengan air sejuk berais. Air yang sejuk bertemu kulit yang panas boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan menyebabkan suhu panas terperangkap di dalam organ dalaman.
Mandikan anak dengan air suhu biasa atau air suam kuku (tepid/luke warm). Mulakan dari kaki ke atas hingga kepala. Mandikan selama 10 minit.
5. Teknik Stokin Basah @ Hidroterapi
Rendam sepasang stokis kapas nipis di dalam air dan perah. Sebelum anak tidur, pakai stokin basah ni dan kemudian pakai lagi sepasang stoking kering di atasnya (double socks).
Stokin akan kering pada waktu pagi. Ulang teknik stokin basah ini selama beberapa hari.
6. Teknik Stoking Bawang Putih (Garlic Socks)
Sebelum anak tidur, pakaikan anak stokin sebaiknya yang nipis sahaja. Kemudian masukkan bawang putih yang telah ditumbuk kasar ke dalam sepasang lagi stokin. Pakaikan stokin berisi bawang putih pada kaki anak yang sudah memakai stokin nipis tadi.
Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time!
7. Tingkatkan Sistem Imun
Bantu sistem imun badan melawan penyakit melalui demam panas dengan:
- Menyusu badan dengan kerap
- Pastikan anak minum banyak air kosong, air buah segar, air kelapa muda (antibakteria) dan makan makanan jenis berair yang berkhasiat tinggi seperti sup tulang kaya protein (bone broth) dan sup ayam untuk elakkan kekeringan (dehidrasi).
- Makan makanan antiviral seperti bawang putih, halia dan brokoli.
- Elakkan makanan bergula sebab gula adalah makanan bakteria. Makin banyak gula dalam badan makin meriah bakteria membiak dan menyerang sistem imun tubuh.
- Makan vitamin C semulajadi yang kaya antioksidan dari buah-buah segar seperti oren dan betik.
- Makan probiotik asli (tanpa pewarna dan perasa).
- Minum minyak kelapa dara (virgin coconut oil – VCO) atau ekstraks zaitun Olivenol
8. Pantau Keadaan Anak
Pastikan anak kekal aktif dan makan minum mencukupi. Demam panas akan menyebabkan anak hilang selera jadi kita perlu memastikan anak cukup minum air dan makan makanan yang mudah ditelan dan berkhasiat seperti sup tulang dan bubur nasi.