Demam Panas Bayi & Kanak-Kanak | Bilakah Perlu Memberikan Anak Ubat Demam Paracetamol dan Suppository?

Demam panas bayi, kanak-kanak dan orang dewasa berlaku akibat reaksi sistem imun badan yang berusaha melawan jangkitan bakteria dan virus. Demam panas bukan satu penyakit yang perlu dihapuskan serta merta.

Semasa demam panas, sistem imun badan anak sedang berusaha keras untuk melawan bakteria dan virus dalam badan anak. Suhu badan perlu naik sekurang-kurangnya 38’ celcius untuk mematikan kuman yang menyebabkan penyakit.

Sebolehnya jangan beri sirap Paracetamol & Ibuprofen terlalu cepat dan terlalu kerap.

Ubat Demam

Beri peluang kepada sistem imun badan anak untuk melaksanakan tugasnya melawan penyakit dalam badan.

Pastikan anak makan dan minum seperti biasa. Berikan makanan berkhasiat yang kaya protein seperti sup tulang. Lakukan sponging dengan kerap. Pantau simptom yang menyebabkan demam.

Ubat demam adalah jalan pintas @ short cut untuk memberhentikan demam panas.

Ubat demam boleh menurunkan suhu panas dengan cepat supaya anak merasa lebih selesa. Tetapi ubat demam itu sendiri tidak boleh melawan jangkitan kuman dan virus.

Perlukah cepat-cepat bagi ubat demam sedangkan demam panas boleh membantu anak melawan penyakit?

Kajian Dr Paul Young a Fever Researcher and Intensive Care Specialist at Wellington Hospital in New Zealand – merawat demam panas didapati menyebabkan:

  • increases death rates from infections in animals (kematian haiwan akibat jangkitan meningkat)
  • worsens nasal symptoms in children with colds (hidung kanak-kanak yang tersumbat dan berair akibat selsema semakin teruk)
  • prolongs blisters in children with chickenpox (lepuh chicken pox kanak-kanak lambat kering)
  • blunts the immune response triggered in children in response to vaccinations (merencatkan tindak-balas sistem imum terhadap vaksin pada kanak-kanak)

Pengambilan ubat demam untuk mengurangkan demam hanya menyebabkan anak merasa selesa kerana ubat demam juga adalah painkiller @ pembunuh rasa sakit.

Mengikut Dr Paul Young, merawat demam dengan ubat demam semasa kita sakit teruk akibat jangkitan merendahkan peluang kita untuk selamat dari jangkitan itu.

Maksudnya…. ubat demam juga boleh membunuh pesakit?

Bunyinya menakutkan tetapi dari hasil kajian Dr Paul Young ke atas 600,000 pesakit unit rawatan rapi yang diterbitkan dalam jurnal Intensive Care Medicine 2012 mendapati semakin tinggi demam panas pesakit semasa 24 jam pertama dimasukkan ke hospital, semakin rendah kadar kematian mereka.

“There’s a cost that comes with having a fever. You tend to have a higher heart rate, you tend to breathe faster and the metabolic demands on your body are generally increased. In the absence of infection this might be a bad thing. But if you have an infection, the fever seems to help kill the bugs.”- Dr Paul Young a Fever Researcher and Intensive Care Specialist at Wellington Hospital in New Zealand

Bila Boleh Beri Ubat Demam?

Semasa demam panas, bukan saja suhu badan panas tetapi badan juga terasa sakit-sakit, lenguh dan sakit kepala. Sebab itu anak akan merengek dan meragam.

Pantau suhu badan anak.

Ubat Demam

Sebaiknya ubat demam Paracetamol hanya diberikan jika suhu mencecah 38.5’ celcius. Beri suppository atau ubat bontot jika suhu mencecah 39’ celcius.

Ubat Demam

Amaran! Jangan beri anak ubat demam bentuk sirap dan ubat demam jenis suppository (ubat bontot) serentak pada masa yang sama. Jarakkan masa sekurang-kurangnya 6 jam.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Ubat Demam

Jika boleh elakkan ubat bontot sebab suppository bertindak terus ke dalam aliran darah. Boleh menyebabkan keracunan jika terlebih dos. Pastikan ubat bontot ini hanya diberikan atas arahan doktor.

Ingat! Suppository (ubat bontot) ini berlainan dosnya untuk bayi dan kanak-kanak.

Suppository yang diberikan doktor untuk bayi bawah setahun tidak sesuai untuk anak berumur setahun ke atas. Suppositori yang diberikan doktor untuk anak setahun ke atas tidak boleh sekali-kali diberikan kepada bayi bawah umur setahun.

Berhati-hati dengan pengambilan suppository kerana jika terlebih dos, boleh membawa padah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *