Demam Kuning Pada Bayi | Sewa Lampu Fototerapi Mesin Home Phototheraphy Malaysia Untuk Rawatan Demam Kuning Jaundice Baby Di Rumah

Tak habis lagi cerita pasal jaundis pada bayi ni. Memang tak semua bayi baru lahir akan kena sakit kuning. Hanya 60% bayi baru lahir akan kena sakit kuning ni.

Bayi jaundis yang paras bilirubin bawah paras fototerapi (rendah – tak perlu fototerapi) akan sembuh jika disusukan dengan kerap.

Tapi bagi bayi jaundis yang paras bilirubin tinggi memang perlu buat rawatan fototerapi.

Rawatan fototerapi menggunakan cahaya biru (blue spectrum of light) untuk memecahkan bilirubin dari yang tidak larut kepada yang larut. Kalau dah larut mudah untuk dibuang dari badan melalui air kencing dan najis.

Biasanya rawatan fototerapi bayi jaundis ni kena buat di hospital. Bayi jaundis kena masuk wad. Kalau wad hospital kerajaan, dengan maknya sekali kena masuk wad. Adeh.

Home Phototherapy

Tak ramai yang tahu kita ada pilihan. Kita boleh buat rawatan fototerapi bayi jaundis di rumah. Lebih selesa dan lebih tenang.

Rawatan fototerapi di rumah memang mudah, selamat dan berkesan. Malah kita dapat jimat 75% kos rawatan berbanding fototerapi di hospital swasta.

Kalau rawatan fototerapi di rumah kita hanya perlu bayar kos sewa lampu biru. Tapi kalau bayi jaundis dirawat di hospital kena bayar kos sewa lampu biru, kos peralatan hospital, kos perkhidmatan doktor dan jururawat dan macam-macam kos lain.

Saya tak stress langsung masa rawatan fototerapi bayi jaundis saya, Irfan di rumah. Beza sangat masa Izzah kena jaundis. Masa tu rasa macam nak meroyan pun ada. Heh heh.

Baca pengalaman baby kuning aku (1st baby, Izzah) masa rawatan lampu biru fototerapi di hospital kerajaan dan hospital swasta. Omak super duper stress sangat masa tu tau.

Home Phototherapy Malaysia – Sewa Lampu Fototerapi

Nak sewa lampu fototerapi ni senang saja. Ada satu syarikat bernama Home Phototherapy Services Sdn Bhd yang menawarkan pakej sewa lampu demam kuning. Khidmat diberi sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam. Kalau luar kawasan pun boleh tapi kena telefon tanya sebab ada caj tambahan dikenakan.

Update 9/8/2018: Perhidmatan sewa mesin phototherapy Bluelite kini boleh didapati di Penang dan Seremban.

Kalau nak sewa lampu fototerapi kena ikut langkah berikut:

  • Bawa bayi jaundis jumpa doktor yang open minded tentang rawatan fototerapi di rumah. Tak semua doktor open minded tau. Kita boleh call Home Phototherapy Services dulu dan tanya doktor kat hospital mana yang open minded. Jadi boleh terus jumpa doktor tu untuk periksa tahap kuning bayi. Tel/Whatsapp : 012 2711894 | KLIK LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN > BLROS UTK HRG JIMAT BAGI SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE)
  • Kalau jaundis tinggi dan perlu rawatan fototerapi, doktor akan telefon Home Phototherapy Services dan beri nombor telefon kita untuk dihubungi.
  • Selepas dihubungi, lampu biru fototerapi akan dihantar ke rumah dalam masa 2 jam.
  • Kita kena bayar deposit sebanyak RM300 semasa penghantaran dibuat.

Baki RM145 dibayar semasa lampu fototerapi diambil semula. Jumlah semua kos sewa lampu fototerapi selama 3 hari (72 jam) ialah RM445. Banyak ke?

Bagi saya okey lah tu. Berbanding kena bayar ribu-ribu kalau bayi jaundis buat rawatan fototerapi di hospital swasta. Berbanding kena harungi stress tahap hampir meroyan kalau bayi jaundis dan kita masuk wad hospital kerajaan. Heh heh.

Pecahan kos sewa lampu fototerapi RM445 tu ialah:

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

  • Sewa lampu biru fototerapi 3 hari (100 x 3) RM300
  • Pelindung mata (eye band) RM25
  • Caj perkhidmatan RM120

Kos penghantaran sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam adalah percuma. Kalau luar kawasan kena bayar lah sikit. Macam saya kat Klang kena bayar kos penghantaran RM40.

Update 9/8/2018: Harga sewa mesin lampu fototerapi Bluelite terkini sila terus contact Tel/Whatsapp : 012 2711894 | KLIK LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN > BLROS UTK HRG JIMAT BAGI SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE)

Home Phototherapy

Biasanya pelindung mata (eye band) akan dibekalkan spare untuk digunakan jika terkoyak. Tapi kita kena bayar kos tambahan lah jika kita guna spare eye band tu.

Home Phototherapy

Kalau tak nak guna eye band pun boleh. Tapi kena protect mata bayi jaundis dengan satu kotak penghadang. Letak kepala baby bawah kotak tu. Tapi nampak macam tak comel lah kan. Macam kena dera pun ada. Heh heh.

Tips Rawatan Fototerapi Jaundice Baby di Rumah

Rawatan Fototerapi Minimum 18 Jam Sehari

Alang-alang dah sewa lampu fototerapi tu kan, kenalah gunakan sebaik mungkin. Bayi jaundis mesti berada bawah lampu biru sekurang-kurangnya 18 jam sehari. Kalau dapat 24 jam sehari lagi bagus. Tapi kita pun nak kena rehat jugak kan. Bayi pun nak minum susu dan tukar diaper. So.. minimum 18 jam lah.

Ada parents yang sewa tapi guna sekejap-sekejap (tak tahan baby jaundis menangis) lepas tu marah kata rawatan fototerapi di rumah tak berkesan.

Padahal tak buat betul-betul. Jangan mengelat sebab kat lampu fototerapi tu ada meter tau. Meter tu akan bergerak bila lampu fototerapi digunakan. Kalau meter tu sikit sangat bergerak memang dapat detect lah siapa yang mengelat. Heh heh.

Bayi Jaundis Menangis Semasa Rawatan Fototerapi

Memang kebanyakan bayi jaundis akan menangis masa rawatan fototerapi. Ada tu menangis tak henti-henti. Kalau kita pergi NICU hospital mesti dapat tengok bayi jaundis bawah lampu biru tengah melalak. Nurse yang jaga buat bodoh je kan.

Janganlah marah nurse tu. Betul la tu apa dia buat. Kalau asyik nak pujuk dan pegang bayi tak menjadilah rawatan fototerapi. Hati ibu kena kering bila buat rawatan fototerapi bayi jaundis di rumah. Kena tabah, kuat dan kental. Heh heh.

Tak payah risau kalau bayi jaundis menangis. Biasalah tu. Periksa diaper dan tukar (kot lah dia membuang). Bagi minum susu dulu.

Kalau bayi jaundis masih menangis tak henti-henti tu mesti ada sebab lain. Periksa suhu bilik. Panas sangat tak? Sejuk sangat tak?

Biasanya bayi jaundis semasa rawatan fototerapi akan menangis sebab SEJUK. Tak payahlah pasang air cond. Cukup dengan kipas. Kalau bilik tak ada kipas, pasang aircond pada suhu bilik 25’c.

Kalau pasang suhu macam kat oversea confirmlah bayi jaundis melalak. Bayi kan hanya pakai diaper masa rawatan. Cuba kita sendiri hanya pakai spender dan tidur dalam bilik aircond bersuhu 18’c direct 24 jam. Tak gigil? Kulit biawak la tu. Heh heh.

Home Phototherapy

Masa Irfan buat rawatan fototerapi di rumah tu, saya pasang kipas paling slow. Bila saya check aliran udara, rasa angin kuat masih kena pada bayi. Saya ambik kain lampin buat tirai dekat kotak lampu tu. Bayi selesa mama gembira. Bereh.

Susukan Bayi Jaundis Dengan Kerap

Setiap 2 jam sekali kita kena susukan bayi jaundis ni. Lagi banyak menyusu lagi banyak bayi berak dan kencing. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar.

Jangan membebel pulak kalau bayi jaundis asyik berak je. Kentut sikit je berak. Kentut sikit je berak. Heh heh. Berak tu lah yang tolong keluarkan 98% pigmen kuning (bilirubin) dari dalam badan bayi tau.

Ambil masa 15-20 minit untuk menyusu, membersihkan dan memeluk bayi. Lepas tu continue rawatan fototerapi. Ingat, jangan mengelat.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Bergilir Menjaga Bayi Jaundis

Kalau agak-agak penat tu take turn lah dengan suami. Pandai buat anak pandai lah jaga sama-sama kan. Heh heh.

Bolehlah ibu tidur dan ayahnya pulak jaga bayi jaundis bawah lampu biru. Kalau take turn macam ni tak mustahil boleh buat 24 jam sehari.

Home Phototherapy

Masa Irfan jaundis hari tu, saya seorang je yang jaga dia masa rawatan fototerapi. Nak take turn tak boleh sebab suami masa tu tengah demam dan batuk. Takut lak jangkit kat baby kan.

Sebab tu masa rawatan fototerapi di rumah selama 2 malam tu saya hanya tidur-tidur ayam. Alah. Kita ibu kan biasa tidur-tidur ayam je pun selepas bersalin. Bukan 2 malam je tak leh tidur dengan betul. Beratus kali malam. Sampai la baby besar sikit kan.

Biasa dah. Bereh. Heh heh.

Sewa Mesin Phototherapy Dengan Bluelite Malaysia

Aku rasa sekarang ada banyak servis sewa mesin fototerapi untu rawatan jaundice baby / demam kuning bayi di rumah. Tapi aku highly recommended untuk sewa lampu fototerapi ni dari Bluelite Malaysia.

Tak seperti lain-lain perkhidmatan sewa mesin home phototherapy, Bluelite Malaysia ni hanya satu-satunya yang berdaftar dengan Medical Device Authority atau MDA dengan nombor persijilan ISO13485. Ia juga ada sijil pengesahan keselamatan oleh SIRIM.

So jangan sebab nak sewa lampu biru harga murah sampai nyawa anak jadi taruhan pulak. Ramai yang buat servis sewa mesin phototheraphy secara illegal dan tak ikut standard. Hari tu ada kes mentol lampu mesin fototerapi yang tak diluluskan SIRIM terbakar dan meletup tau. Mujur baby kat dalam tu tak apa-apa.

Jaundice baby perlu dirawat dengan menggunakan mesin photherapy yang ada ciri-ciri keselamatan dan menghasilkan cahaya biru yang maksima.

Bluelite Malaysia membekalkan mesin fototerapi di rumah dengan fungsi yang sama seperti mesin fototerapi di hospital iaitu untuk merawat bayi jaundis. Tapi aku rasa mesin lampu fototerapi Bluelite ni lagi best sebab design dia tu buat proses rawatan demam kuning bayi lagi cepat dan berkesan.

Aku sendiri adalah repeat customer yang sewa mesin home phototherapy Bluelite ni. Aku guna both untuk anak aku Irfan (2012) dan Irdina (2015). Memang aku sangat puas hati dengan keberkesanan rawatan fototerapi jaundis baby di rumah.

Servis home phototherapy Bluelite ni sudah beroperasi sejak tahun 2001 bermula di Kuala Lumpur dan kini beroperasi di bahagian Utara. Mereka menggunakan mesin buatan Malaysia yang berkelulusan SIRIM IEC60601. Setiap mesin fototerapi yang digunakan diuji secara klinikal untuk memastikan keberkesannya dan keselamatan bayi yang melalui proses rawatan.

Setiap peralatan yang digunakan di Bluelite diservis bagi mendapatkan gelombang yang bersesuaian dengan bayi iaitu antara 1300-1800 microwatt per cm persegi. Sepanjang kewujudan Bluelite Malaysia, sudah lebih daripada 10,000 bayi demam kuning sudah dirawat.

Kelebihan Melakukan Rawatan Lampu Mesin Fototerapi di Rumah

Sebab apa aku sewa mesin phototherapy untuk rawatan jaundice baby aku? KESELESAAN! Aku tak stress langsung bila buat rawatan home phototherapy ni. Sebab boleh letak tepi katil aku kat rumah. Selesa sangat berbanding bila baby kena duduk dalam wad.

  • Bayi akan mendapatkan rawatan dengan lebih selesa di rumah.
  • Ibu tidak perlu berpisah lama dengan bayi baru lahir.
  • Ibu boleh menyusukan bayi dengan lebih mudah.
  • Harga sewa lebih menjimatkan berbanding bayaran servis di hospital swasta.
  • Tidak perlu menghadapi tekanan di hospital kerajaan.
  • Caranya mudah, selamat dan berkesan.

Testimoni Pengguna Sewa Mesin Fototerapi Demam Kuning Bluelite

Mesin home phototherapy Bluelite ni dah berjaya merawat demam kuning lebih 10,000 bayi tau. Terbukti berkesan dan selamat.

Sewa Mesin Home Phototherapy Bluelite Malaysia

Sewa Mesin Home Phototherapy Bluelite Malaysia

Sewa Mesin Home Phototherapy Bluelite Malaysia

Harga Sewa Mesin Fototerapi Demam Kuning Bluelite Malaysia

Home Phototherapy Services Sdn Bhd menawarkan pakej sewa mesin fototerapi Bluelite berikut:

  • RM395 untuk 3 hari 2 malam
  • RM485 untuk 4 hari 3 malam

Harga termasuk penghantaran dan pengambilan semula mesin serta penerangan penggunaan. Tilam dan penutup mata juga turut tersedia bersama pakej. Kadar sewaan mesin Fototerapi untuk radius 30 km daripada pejabat Bluelite terdekat

Untuk kawasan di luar lingkungan, surcaj akan dikenakan.

Cara Sewa Mesin Fototerapi Demam Kuning di Rumah

Hubungi Bluelite Malaysia:

Tel/Whatsapp : 012 2711894 | KLIK LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN: BLROS)

Aku pasti ramai ibu yang baru bersalin masih sangat lemah dan sakit untuk berulang-alik ke hospital. Ada juga yang alami masalah transport. Kalau anda ibu kepada bayi yang demam kuning, tetapi sukar untuk bergerak dari rumah ke hospital dari rumah, mesin fototerapi Bluelite Malaysia pastinya penyelesaian terbaik untuk merawat jaundice bayi anda.

KOD DISKAUN UNTUK HARGA JIMAT SEWA MESIN PHOTOTHERAPY

Sewa Mesin Home Phototherapy Bluelite Malaysia

Berita baik! Pembaca blog ini layak menerima special discount dengan Bluelite jika menyatakan kod BLROS semasa membuat tempahan. Kod BLROS hanya sah untuk tempahan Bluelite di kawasan Kuala Lumpur dan Seremban sahaja. Klik je link Whatsapp kat bawah ni ye.

Tel/Whatsapp : 012 2711894 | LINK UTK WHATSAPP

3 Comments

  • bg saya rm445 tu mahal jgk tu. bg yg bkemampuan maybe ok harga tu sbb compare dgn private hosp. saya biasa ke GH, free TAPI stress la. anak 1st saya n baby warded skali.anak ke2 baby je warded so saya tenang sikit TP masih risau keselamatan baby.anak ke3 alhamdulillah x warded,maybe sbb saya makan anggur hitam.

    • @faisya, akak dah kena masuk GH masa izzah kuning dulu.. hampir meroyan jugak lah.. dah lah perut kena bedah.. sakit + stress giler..

      pastu pernah gak masuk swasta.. izzah jugak le.. habis beribu (insurans tak cover newborn @ jaundice).. tu sebab kali ni cari alternatif 😀

  • Bagus juga kan service ni.. mcm nak try utk 3rd baby nanti if kena jaundice… Thanks for sharing 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *