Adeh. Pejam celik pejam celik dah lebih 40 hari saya bersalin. Tak lama lagi dah nak kena masuk kerja balik. Malasnya. Bukan malas sikit-sikit. Malas super banyak.
Saya kerja company swasta. Cuti bersalin 60 hari je. Boleh kalau nak sambung jadi 90 atau 120 hari. Tapi tanpa gaji lah. Haru tu. Heh heh.
Bila eh saya last update blog ni? Oh.. 2 minggu lepas.
Adeh. Ingatkan cuti panjang ni boleh update blog kaw-kaw punya. Tapi hampeh. Lepas beranak ni hormon tak berapa betul sangat. Hormon malas lagi banyak dari hormon rajin. Asyik letih memanjang. Tidur pun awal. Banyak pulak alasan. Keh keh.
Hari tu baby saya kena jaundice kan. Saya nak cerita pasal jaundice pada bayi baru lahir.
Jaundice atau demam kuning pada baby ni memang biasa sangat jadi. Lagi-lagi kalau bayi lahir kurang berat. Pastu darah bayi tak sama dengan mak bapak. Mudahlah kena kuning.
Kesiannya kat bayi jaundis lah. Kena cucuk tapak kaki berkali-kali. Lepas cucuk kena picit-picit pulak. Kalau darah tak keluar kena cucuk urat lain pula. Lebam biru dibuatnya.
Kesian jugak kat kita yang baru beranak ni. Kena turut sama ulang-alik ke hospital atau klinik. Kalau beranak normal masih boleh tahan lah.
Tapi kalau beranak cesar kena potong perut? Adeh. Sakit tahap gaban luka kat perut dibuatnya. Lagi-lagi kalau kereta langgar batu atau lubang atau jalan berbonggol. Rasa nak tercabut nyawa pun ada.
Pengalaman Jaundice Pada Anak – Izzah
Anak pertama saya, Izzah. Kena demam kuning 6 hari lepas lahir. Bacaan bilirubin 296. Tinggi sangat tu. Terpaksa masuk wad hospital kerajaan sekejap. Merasa saya yang sakit selepas dibedah cesar menjaga bayi jaundis. Kena buat rawatan fototerapi pada bayi.
Nurse tak ada bantu pun. Sakit-sakit pun kena jaga bayi jaundis sendiri. Kena buat rawatan fototerapi sendiri. Biasalah tu. Hospital kerajaan. Servis percuma. Jangan harap nak dilayan macam ratu pulak.
Bayangkan je lah. Dengan perut yang sakit. Badan yang lemah. Minda yang celaru. Kena duduk wad sendiri dan jaga bayi jaundis. Hampir meroyan saya dibuatnya. Heh heh.
Nasib baik malamnya bacaan bilirubin jatuh ke 213. Saya paksa suami datang ambil saya dan bayi. Tak sanggup duduk dalam wad.
Memang tak boleh tidur sebab kena jaga bayi jaundis bawah lampu fototerapi. Sangat letih. Baik saya balik sebelum meroyan sorang diri kat situ.
Hari ke 8. Bacaan bilirubin naik ke 244. Terus kami ke KPJ Selangor Specialist. Sebab bayi kuning dan muntah-muntah.
Hari seterusnya bacaan bilirubin naik ke 298. Terus bayi jaundis kena masuk wad NICU. Buat rawatan double fototerapi. Saya dah sangat-sangat letih masa tu. Suami suruh saya balik rehat.
Biar nurse yang jaga bayi jaundis. Memang dah masuk dalam kos servis kan.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
11 hari tau saya berpisah dengan bayi. Trauma tahap maksima.
Pengalaman Jaundice Pada Anak – Irfan
Anak kedua saya, Irfan. Hari ke tiga sebelum dibenarkan keluar wad bersalin, bacaan bilirubin 172. Bawah paras rawatan fototerapi. Boleh balik rumah. Lega saya.
Hari ke 4. Adeh. Sudah nampak kuning bila kulit di tekan. Mata putih pun kekuningan.
Risau sungguh. Badan rasa lemah sangat. Izzah pulak tiba-tiba demam dan batuk teruk. Parah kalau bayi jaundis kena masuk wad. Saya tak nak berpisah dengan bayi jaundis lagi. Kena susukan dia dengan kerap. Kena jaga Izzah juga.
Kenapa tak ikut petua-petua mengubat demam kuning? Mandikan air kuning singseh. Jemur bayi jaundis bawah cahaya matahari pagi. Bagi bayi jaundis minum susu kambing. Bagi bayi jaundis air putih banyak-banyak.
Adeh. Jangan lah buat benda-benda tu semua. Air singseh tu buat kulit bayi jaundis lagi kuning ada la. Cahaya matahari pulak sekarang sangat bahaya. Tak pasal-pasal kulit bayi cedera.
Susu kambing dan air putih? Habislah rosak usus bayi yang suci murni tu.
Cara paling berkesan nak ubati demam kuning ni hanya dengan rawatan lampu biru fototerapi dan menyusu badan dengan kerap. Lampu biru tolong pecahkan bilirubin dalam darah dengan cepat. Susu yang kerap tolong bayi jaundis berak dan kencing sekerap boleh. Bilirubin yang pecah akan cepat dinyahkan dari badan bayi.
Terus saya cari maklumat tentang home phototheraphy. Nak sewa lampu fototerapi. Nak buat rawatan fototerapi pada bayi di rumah. Tak nak bayi jaundis masuk wad.
Alhamdulillah. Ada servis sewa lampu fototerapi di Kelana Jaya. Terus saya telefon Home Phototheraphy Service Sdn Bhd. Tanya tentang doktor/hospital yang terbuka dengan konsep rawatan fototerapi di rumah.
Bukan semua doktor open minded pasal rawatan fototerapi di rumah ni. Terutama doktor yang tua-tua tu. Ada tu siap suruh parent sign surat disclaimer jika berdegil tak nak masuk wad. Tak nak responsible kalau apa-apa jadi.
Nasib baik paed Izzah, Dr Ling dari KPJ Selangor Specialist okey dengan home photheraphy. Terus kami ke sana. Paed Izzah paed Irfan juga.
Tapak kaki kecil Irfan dicucuk dan dipicit untuk ambik darah. Adeh.
Bacaan bilirubin 268. Tinggi. Memang kena buat rawatan fototerapi.
Terus saya minta nak buat rawatan fototerapi di rumah. Alhamdulillah. Dr Ling setuju tanpa banyak cerita.
Lampu demam kuning dihantar ke rumah pada malamnya. Teruja tengok wakil Home Phototheraphy Service Sdn Bhd bawa satu beg luggage berwarna hitam. Beg itu adalah lampu fototerapi bayi jaundis mudah alih.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Lampu fototerapi tu mudah alih jadi boleh dipasang kat mana-mana kita suka. Sudah tentu saya suruh pasang dalam bilik saya. Sebelah katil. Sambil baring sambil buat rawatan lampu biru pada bayi jaundis.
Kena ada satu meja yang kuat untuk letak lampu demam kuning. Ada banyak meja. Tapi meja pink Ikea Izzah tu jugak yang dipilih. Senang nak angkat. Heh heh.
Lepas lampu demam kuning di pasang, wakil Home Phototheraphy Service Sdn Bhd buat demo tunjuk cara guna lampu rawatan fototerapi. Bayi jaundis kena protect mata pakai eye band yang comel.
Malam tu terus saya start rawatan fototerapi pada bayi jaundis. Tiga jam straight saya buat. Pukul 3 pagi baru saya tidur. Penat sangat.
Takut juga kalau Irfan menangis tak henti-henti masa bawah lampu biru. Stress tahap gaban tu. Tapi bayi jaundis saya sangat baik sekali. Tidur je memanjang. Heh heh.
Dua hari seterusnya, saya buat sesi rawatan fototerapi bayi jaundis selama 17 jam sehari. Start dari 7 pagi hingga 2 pagi. Berhenti 10-15 minit setiap 2 jam untuk menyusu dan menukar lampin.
Memang penat tahap gaban. Masa bayi jaundis kat bawah lampu biru fototerapi kita kena sentiasa tengok.
Lepas dua hari rawatan fototerapi di rumah, kena pergi KPJ Selangor Specialist semula.
Alhamdulillah. Paras bilirubin 172. Turun 100+ dalam masa 2 hari. Banyak tu.
Mata putih dah tak nampak kuning. Kulit pun tak ada kesan kekuningan bila ditekan. Dr Ling kata boleh hentikan rawatan fototerapi di rumah.
Tapi saya sambung lagi rawatan fototerapi selama 6 jam. Alang-alang sewa. Guna sampai habis tempoh. Heh heh.
Irfan tu bagus sangat masa rawatan fototerapi. Tak menangis kecuali semasa lapar. Ada rahsianya tu. Heh heh.
Tapi dia suka bergerak. Menggeliat. Hingga eye-band asyik melorot ke bawah mulut.
Sebab tu saya hanya tidur-tidur ayam semasa rawatan fototerapi di rumah. Kena sentiasa pantau bayi jaundis di bawah lampu biru.
Nanti saya cerita tentang cara sewa lampu fototerapi, kos terlibat dan tips-tips buat rawatan fototerapi di rumah dengan cara paling efektif. Alang-alang dah bayar sewa tu baik buat betul-betul tau.
UPDATE 2018
Baca pengalaman saya merawat baby jaundice dengan lampu fototerapi.
- Pengalaman Rawatan Phototherapy Bayi Jaundice di Hospital Kerajaan
- Pengalaman Rawatan Phototherapy Bayi Jaundice di Hospital Swasta
Lampu Phototherapy Rawatan Demam Kuning Terbaik
Baby disahkan kena kuning tinggi? Aku strongly suggest untuk rawat demam kuning dengan lampu biru fototerapi. Sebab rawatan lampu phototherapy memang terbukti berkesan secara klinikal menurunkan bacaan bilirubin kuning bayi dengan cepat, berkesan dan selamat.
Tak usah cuba petua yang suruh bagi baby makan atau minum air rebusan daun / bunga / buah / serbuk mutiara / susu kambing dan sebagainya tu. Usus baby belum matang untuk terima semua benda tu.
RISIKO BESAR JANGKITAN KUMAN & USUS BABY TERSUMBAT! Aku dah pernah kena hingga hampir meroyan bila baby masuk wad 11 hari disebabkan kebodohan aku. Nasib baik baby selamat. Jika tak? Menyesal seumur hidup pun tak guna. Huhu!
Apa Kelebihan Buat Rawatan Fototerapi Di Rumah?
- Bayi akan mendapatkan rawatan dengan lebih selesa di rumah.
- Ibu tidak perlu berpisah lama dengan bayi baru lahir.
- Ibu boleh menyusukan bayi dengan lebih mudah.
- Harga sewa lebih menjimatkan berbanding bayaran servis di hospital swasta.
- Ibu selesa dan tak perlu stress mendapat rawatan di hospital kerajaan.
- Caranya mudah, selamat dan berkesan.
Pertanyaan atau tempahan: Tel/Whatsapp : 012 2711894 | LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN > BLROS UTK HARGA JIMAT BAGI SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE)
Sewa Mesin Phototherapy Dengan Bluelite Malaysia
Bluelite Malaysia ni hanya satu-satunya perkhidmatan sewa mesin phototherapy yang berdaftar dengan Medical Device Authority atau MDA dengan nombor persijilan ISO13485. Ia juga ada sijil pengesahan keselamatan oleh SIRIM.
Aku sendiri adalah repeat customer yang sewa mesin home phototherapy Bluelite ni. Aku guna both untuk anak aku Irfan (2012) dan Irdina (2015). Memang aku sangat puas hati dengan keberkesanan rawatan fototerapi jaundis baby di rumah.
KOD DISKAUN UNTUK HARGA JIMAT SEWA MESIN PHOTOTHERAPY
Berita baik! Pembaca blog ini layak menerima special discount dengan Bluelite jika menyatakan kod BLROS semasa membuat tempahan. Sewa lampu fotoerapi Bluelite boleh didapati di Kuala Lumpur, Selangor, Seremban dan Penang. Klik je link Whatsapp kat bawah ni untuk pertanyaan.
Tel/Whatsapp : 012 2711894 | LINK UTK WHATSAPP (NYATAKAN KOD DISKAUN > BLROS UTK HARGA JIMAT BAGI SEWA MESIN FOTOTERAPI BLUELITE)
berapa sewa kak? kalau tak bersalin kat kpj boleh sewa ke?
@faisya, nanti akak buat entri pasal kos.. lampu tu bukan sewa dari hospital tapi dari syarikat home phototherapy.. so bersalin kat mana2 pun bole je sewa 😀
Lama tak jengah sini. Tahniah Kak Ros. Dah sepasang dah. Seronok lah Kakak Izzah ada gang kat rumah. Moga sihat2 semuanya ye 🙂